Translate

Sahabat Bapak

Monday, July 6, 2009

Untukmu Khalish

Ahad ini Khalish genap dua bulan. Dia masih di kampung bersama ibunya yang memohon 'cuti' berpantang selama 100 hari. Kebetulan hari ke-100 itu jatuh pada 1 Ramadan, Bapak selaku suami 'mithali' berkemungkinan besar akan melanjutkan 'cuti' tersebut selama beberapa hari lagi..heheh

Bukan apa, ia bagi membolehkan kami menyambut awal Ramadan bersama kedua-dua belah keluarga.

Sebenarnya hari ini Bapak lega kerana telah menyelesaikan urusan dana pendidikan untuk Khalish. Pelan pilihan Bapak ialah Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful.

Fakta ringkas Takafulink Cerdik
Pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful yang merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan dan beberapa manfaat lain.

Niat Bapak agar Khalish dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tanpa kekangan kewangan. Tanpa perlu terlalu bergantung harap kepada pinjaman pelajaran mahupun ehsan biasiswa sekalipun...

14 comments:

  1. Alhamdulillah..merancang untuk masa depan anak-anak supaya mereka akan dapat pendidikan yang sempurna

    ReplyDelete
  2. Wah, perancangan awal Bapak nih... Bagus3..

    Saya pun ada plan gak..Tapi, asik tertangguh jek...So far, saya cuma apply medical card..

    Tapi, bila tengok pelan Takaful ni, macam minat la pulak..

    TQ Sharing... Tengah dok pikiaq nih

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    Bapak adalah antara bapak bapak yang begitu advance merancang masa depan anak-anak. Begitulah caranya. Kena ada wawasan. Semoga anakandamu Khalish sentiasa sihat wal'afiat hendaknya.

    ReplyDelete
  4. Betul tindakan Bapak . Menabung diusia yg muda , sangat banyak faedahnya .

    Saya sediakan sistem pendidikan dan perubatan utk anak2 saya seawal usia mereka 2 bulan lagi. Dan memang berkesan .

    ReplyDelete
  5. Bagusnya bapak, awal2 lagi dah buat perancangan terbaik buat khalish..moga2 satu hari nanti boleh dinobatkan sebagai best father of the year..

    ReplyDelete
  6. good bapak..hehe...zaman kita duluxde lg benda2 cmni ni...

    ReplyDelete
  7. salam..

    salam kenal..

    thnx singgah & tinggalkan jejak kat umah combi :)

    cute khalish..untung dpt bapak mithali.

    ReplyDelete
  8. Kak Tirana,

    Insyaallah Bapak akan terus jalankan amanah merancang masa depan anak2. Doakan yang terbaik untuk kami, kak.

    ReplyDelete
  9. Kak Yan,

    pikiaq, jangan tak pikiaq...hehehh

    kalu Kak Yan nak tahu lebih lanjut pasal pelan tue, Bapak boleh tolong explainkan mana yang mampu..sumpah Bapak tak mintak komisen...heheh

    ReplyDelete
  10. Kak Zara,

    terima kasih doakan kesejahteraan Khalish!

    ReplyDelete
  11. Kak Linda,

    sebenarnya dah lama Bapak survey pelan dana pendidikan termasuk refer kat internet. ada sekali tue Bapak rayau kat satu forum, ada sorang tue guna nickname miamanis share info pasal pelan pendidikan anak2.

    Bapak syak dia tue Kak Linda. Kalu betul tekaan Bapak, terima kasih bebanyak...

    ReplyDelete
  12. Kak Zai,

    Best father of the year? berat gelaran tue..hehhe..

    Bapak cuma jalankan tanggungjawab mana termampu sajer..

    ReplyDelete
  13. Wan,

    zaman kita mungkin dah ada cuma kurang pendedahan jer.

    Dari segi keluarga sendiri, Bapak mengaku kalu ada pun, Ayah Bapak memang tak mampu nak mencarum dalam pelan macam nie, gaji beliau dulu kecil jer..

    Tapi Bapak dapat lihat kesungguhan dan susah payah Ayah mencari rezeki untuk kami realisasi impian hingga ke menara gading...

    Dengan asas yang Ayah telah berikan daripada pengorbanannya, Bapak cuba berikan yang terbaik untuk cucunya pula..

    ReplyDelete
  14. Combi,

    Salam kenal. terima kasih sudi singgah, tinggalkan jejak & follow umah Bapak nie.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails