Kali ini mari kita layan tag yang Kak Yan mintak Bapak jawab nih ..
1 Nama-nama timangan anda ?
Along - Panggilan Mama untuk Bapak sebab anak sulung
Bali - panggilan adik-adik Bapak. Takde kena-mengena dengan sebuah pulau pelancongan di Indonesia mahupun sejenis spesies limau. Ia sebenarnya kependekan untuk Bang Li. tak tahu sama ada adik-adik Bapak terpengaruh dengan sinetron Indonesia yang suka pendek pendekkan nama. Contohnya Budi jadi Bud jer...
Roy Aloy - tue nama pena yang Bapak gunakan sejak darjah lima. Ia sempena dua kartunis yang Bapak suka masa kecil-kecil iaitu Roy & Aloy. Tapi bila ada orang kaitkan Roy tu dengan landskap perut Bapak, terus Bapak tawar hati...
Bapak - kata ganti nama yang kekawan kampus berikan semasa di universiti. Semuanya pasal Din, nantilah Bapak ceritakan kisah sebenarnya.
Fabio Cannavaro - Posisi kegemaran Bapak kalau main bola sepak ialah pertahanan. Pengaruh Bapak masa tu mestilah stail defensive Serie A yang agresif, kental dan lasak. Rakan sepasukan mahupun lawan gelarkan Bapak sebagai Cannavaro sebab kalu kena tackle daripada Bapak, mesti ingat punyer berbulan-bulan.
Rudd Van Nistelrooy : Bila ramai orang bising-bising gaya defensive Bapak yang agak kasar, Bapak tukar haluan di posisi penyerang pula. Top striker lagi...Mereka mula gelarkan Bapak sebagai Nistelrooy (Roy lagi...heheh). Sebab stail Bapak main bola cam pemain tersebut tapi bukan pasal asyik jaringkan gol tapi tang suka 'curik ayam' tue.
B - panggilan manja Orang Rumah Bapak. B stands 4 hubby..hehhe. (Mungkin jugak Bali & Bapak..tue kena tanya beliau)
2. Anda orang yang
Antaranya :
- Agak pendiam kecuali ketika bekerja & di sisi individu yang rapat.
- Mementingkan kesempurnaan. Sikap yang Bapak cuba ubah sedikit demi sedikit sejak setahun lalu setelah menyedari ia akan menyebabkan 'orang tersayang' menderita dalam diam...
- Penuh dengan kesenian tetapi tetap disulami dengan kerasionalan. Lu fikirlah sendirik..heheh
- Pembaca tegar Gila-Gila sejak dari 1988 hingga kini..hehehe
3. Insan teristimewa
- Orang Rumah Bapak
-Khalish
- Ayah, Mama & Adik-Adik
-Ayah, Mak & Adik-Adik (keluarga mertua)
4. Lagu kesukaan
lagu yang mempunyai melodi yang indah dan lirik yang puitis. Bapak suka dengar Sinar FM. Faham-faham sendirik la...
5. Makanan kesukaan
-air tangan Mama. Kalau makan nasi berlaukkan telur goreng ngan kicap pun sedap, asalkan dimasak oleh yang dimasak Mama...hehehe
-masakan Orang Rumah Bapak. teringat taglinenya 'Memasak Dengan Kasih Sayang'...
- air tangan Mak Mertua.
6. Warna kesukaan
Biru & Merah
7. sikap yg buatkan stress
- buat kerja last minute
8. 3 Benda mesti ada dlm beg
- laptop
-kamera
-recorder
9. Kali terakhir menangis/ kenapa?
no comment. (tak ingat sebenarnya...hehheh)
10. Tag 6 rakan :
Sebab Bapak baik hati orangnya, tag ini tidak diwajibkan tapi diharuskan. Terbuka kepada sesiapa yang berminat...
Bravo bapak...
ReplyDeleteTahniah, kerana bapak berjaya memenangi cabutan bertuah sebagai pelangsai tag paling folular abad nih..Ngeh3X
Ko mmg best bapak..
Akak suka dan bekonan cara ko..
Untung org umah ko tu.
Apapun akak juga minat Aloy..tapi, tak teringatkan langsung yg dia tu sama ngan bapak plak!! ngeh3X...
p/s masih mnunggu asal usul nama Bapak!!
Herm... telur goreng ngan kicap !
ReplyDeletedah lama tak buat arrr... nak buat sekarang.
hehehe
...Bapak bawa rekoder?
ReplyDeleteKak Yan,
ReplyDeleteBapak menang cabutan bertuah? ada hadiah ker..heheheh
Kalu nak tahu asal usul nama Bapak, kena tunggu!!! Bapak tgh nak dapatkan mood buat entry tue..hehheh
Kak Linda,
ReplyDeleteJangan cari Bapak kalu Danish, Harith & Damia komplen pasal menu tue..Bapak tak campur! heheheh...
CkLah,
ReplyDeletememang Bapak bawa rekoder. selain tue, dalam beg mesti ada buku nota ngan pen. tue lah rutin Bapak setiap hari pergi kerja...