Translate

Sahabat Bapak

Thursday, February 2, 2012

Bawa Khalish, Ilhan berjalan

Sepanjang berkahwin dalam tempoh hampir empat tahun ini, Orang Rumah Bapak tidak pernah ke luar negara sehinggakan pasportnya pun lama tamat tempoh. Khalish dan Ilhan tak payah ceritalah.

Sehubungan itu sempena tahun baru 2012, alhamdulillah Bapak diberi keluangan waktu dan rezeki sikit, kami mula merancang untuk percutian ke luar negara buat kali pertama.

Pelbagai destinasi menjadi cadangan tetapi buat permulaan ini, kami memutuskan untuk ke negara jiran sahaja.Faham-faham sahajalah feel Khalish dan Ilhan yang baru nak naik, lasak dan sukar dijangka.
 Kami memilih untuk pergi ke Hatyai, Thailand atas beberapa faktor : -

a) memberi pengalaman kepada Khalish dan Ilhan menaiki keretapi jarak jauh buat pertama kali. Ia secara tidak langsung menunaikan impian Khalish yang suka menonton kartun keretapi di Cartoon Cannel untuk naik keretapi . Habis dicanangnya kepada atuk dan nenek di kampung beberapa hari sebelum pergi..heheh...

b) seperti kelaziman wanita lain, selain melawat tempat menarik, erti melancong bagi Orang Rumah Bapak ialah membeli-belah. Hatyai sesuai kerana ia syurga membeli-belah yang agak berpatutan. Selamatlah sedikit Bapak bila beliau mula hilang pedoman, rambang mata, semua hendak dibeli nanti...(sebab tu Bapak awal-awal reject Bandung...heheh)

c) Ada beberapa lokasi yang kami pasti Khalish dan Ilhan akan teruja lketika berkunjung antas menjadi pentas pendidikan tidak formal kepada mereka,

d) Bapak tahu serba-sedikit tentang Hatyai sebab pernah berkunjung ke Songkhla atas urusan kerja Oktober lalu. Malam sikit kalau pemandu tuk-tuk dan peniaga nak tipu harga...

2 comments:

  1. hehehe... ok la tu... ada juga guna pasport... kita pun ada gak angan-angan nak ke negara jiran konon nak pegi universal studio... tapi bila dah kira-kira budget... tak payah la... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadang mula2 nk gi Universal Studio gak tapi tunggu Khalish & Ilhan besar skt lg dulu la..heheh

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails