Translate

Sahabat Bapak

Thursday, February 9, 2012

Cayalah Perak kecuali Popovic

Malam semalam Bapak merajinkan diri pergi Stadium Perak menyaksikan perlawanan Liga Super Perak vs Sarawak.

Keputusan semua sudah tahu Perak berjaya mengatasi Sarawak 2-1, kemenangan kelima daripada enam perlawanan setakat ini.
 Kebetulan dua pasukan yang sebelum ini berada di tangga teratas dan kedua, Kelantan dan Terengganu masing-masing seri, secara automatik Perak menaiki takhta Liga Super buat kali pertama dengan kelebihan satu mata.

 Secara keseluruhannya permainan Perak semalam takde lah cemerlang sangat, banyak juga peluang dipersia.  Tapi sebab menang dan sudah berada di persada liga, Bapak dan kebanyakan penyokong lain buat-buat tak nampak je...

Ramai gak tak puas hati dengan penyerang import sorang ni, sapa lagi kalau tak Popovic. Dia ala-ala Torres juga la. Bukan pasal skil tetapi kemarau gol... Perlawanan semalam, nampak sangat, dia malas berlari kejar bola pastu harap badan je besar, asyik jatuh je walaupun takclenye takde kuat mane..ceh..heheh

Tak nafi Popovic nampak pandai setting bola untuk pemain lain hasilkan  gol tetapi bak kata orang, penyerang dibayar untuk jaringkan gol yeop! Seorang lagi import, Kubala; ok siap jaringkan gol pertama lagi semalam.

Begitupun harap selepas ini kelemahan itu dapat diperbaiki, apatah lagi lawan seterusnya T-Team di Kuala Terengganu.
Bapak ingat lagi, tahun lepas awal musim, Perak konsisten juga tetapi mula merundum selepas tewas kepada Terengganu pada saingan Piala FA di Kuala Terengganu. Kalau boleh tak nak skrip sama berulang, ye tak..heheh..

p/s : Dengar cerita Fabio Capello sudah letak jawatan. Sayang benor dia ngan John Terry tu...






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails