Kali terakhir Bapak menjejakkan kaki ke kawasan itu kira-kira 7 tahun lalu, ia masih merupakan Asrama Anak Yatim Badan Khidmat Islam Perak (Bakip).
Tidak lama selepas itu bangunan itu terbiar kosong berikutan pemindahan asrama itu di Bandar Meru Raya. Kira-kira 2 minggu lalu, dewan yang pernah menjadi lokasi perhimpunan anak yatim telah di sewa dan diubah suai menjadi kafe yang diberi nama Thumb's Cafe.
Bapak menyedari kewujudannya selepas beberapa kenalan memuat naik foto bebola daging (meatball) yang dinikmati dari kafe tersebut.
Tengok dari gambar persis meatball Ikea tapi rasanya bagaimana? hehe... Keinginan itu membawa kami ke Thumb's Cafe malam semalam.
Dekorasinya persis restoran makanan Amerika yang diadun ciri-ciri tempatan. Dewan yang diubahsuai itu bukanlah besar sangat, bolehlah menempatkan 7 meja, 2 sofa dan sebuah meja panjang seperti yang terdapat di restoran makanan segera.
Pelanggan agak ramai sehingga ada yang terpaksa pulang hampa kerana semua ruang sudah penuh. Kami bernasib baik kerana ketika sampai kebetulan ada satu meja kosong.
Orang Rumah Bapak pesan meatball, spagetti carbonara, lamb chop, sup cendawan, french fries dan air lemon madu.
Meatballnya dihidang bersama sos perang, french fries, salad dan jem strawberi. Tidaklah sekenyal meatball Ikea tetapi masih memenuhi selera.
Makanan lain yang dipesan juga okay sesuai dengan harganya. Untuk semua menu tersebut kami dikenakan caj RM29.
Menurut pemilik kafe tersebut, mereka pernah mengusahakan restoran Hentian Rasa yang terletak di belakang JPJ Perak berhampiran Jabatan Veterinar negeri yang kini hanya tinggal kenangan kira-kira 25 tahun lalu. Ini kira comebacklah setelah mereka sekadar mengusaha kantin selepas era Hentian Rasa berakhir...
dah pegi kedai ni 2x.
ReplyDeletetu pon secara tak sengaja lalu kat greentown nak menuju stadium.
ingatkan kedai kopi
memang dari luar, nampak cam kedai kopi..hehe
Delete