Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, March 13, 2012

Ikea : Hajat Orang Rumah Bapak

Orang Rumah Bapak sering mengomel tak pernah menjejakkan kaki ke Ikea. Katanya nama je kahwin dengan orang Petaling Jaya (PJ) tapi Ikea pun tak pernah pergi...

Dalam hati Bapak, logiklah kami bukan tinggal di PJ tapi Ipoh...

"Bukan kita pergi (Ikea) sebelum kahwin ke?," Bapak cuma mematikan ngomelan tersebut.

"Mana ada!," jelas Orang Rumah Bapak.

Setelah Bapak fikirkan balik, memang betul dakwaan Orang Rumah Bapak itu sebab yang keluar dengan Bapak masa itu orang lain!

Oleh itu sebelum Orang Rumah Bapak menyoal lebih mendalam, Bapak cepat-cepat bersiap dan hidupkan enjin kereta mengajak ke Ikea...hehehe

Berjam-jam berpusing-pusing ke Ikea, yang dibeli  cuma alatan dapur yang remeh-temeh. Bagi mengalihkan perhatian Khalish dan Ilhan yang ralit berlari-lari dan tawaf seluruh Ikea, Bapak belanja mereka bebola daging dan spaghetti.
Sebab Khalish dan Ilhan masih tak puas bermain, kami ke Toy R us di One Utama selepas itu. Nak ke Kidzania rasanya tak berbaloi tuk dua budak bawah tiga tahun ni.

14 comments:

  1. layankan je la... org pompuan memang suke tempat ni... saya pun suke (tak nafikan... ;p) cuma tahap suke saya ni dah kurang la banding dengan dulu - gile suke... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya byk lg wishlist tempat Orang Rumah Bapak nk gi. Bapak gi kalu balik umah orang tua x suka keluar, lepak je kt umah. tu la pasalnye...heheheh

      Delete
  2. tak pernah sampai ke Ikea...kalau tak ade apa nak dibeli - sy takkan pergi ke mana pun. Nak beli apa - straight ke kedai tu...malas nak jalan2 !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt Melaka lg banyak kedai perabot kan Kak Sonata..heheh

      Delete
  3. tak suke sangat pi ikea..ramai orang..kecuali ada benda yg nak dibeli.. =)

    nasib baiktak kene soal bagaikan pesalah di kandang tertuduh..hahha =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang cam Bapak ni cuti & off x sama ngan kebanyakan orang lain. tu senang manipulasi pergi time kurang orang..heheh

      Delete
  4. kalo pegi umah angah, singgah jugak le kat ikea

    ReplyDelete
  5. samalah tak pernah jugak ke ikea lagi.. hujung minggu bila nak pergi ada je perkara lain yang harus didahulukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa2 je ikea tu, jalan2 isi masa lapang je..heheh

      Delete
  6. dah lama x sampai ke IKEA nie ..
    x der duit payah gak nak menyinggah ;)

    ReplyDelete
  7. Saya tersenyum pabila terbaca petikan ini :

    "Setelah Bapak fikirkan balik, memang betul dakwaan Orang Rumah Bapak itu sebab yang keluar dengan Bapak masa itu orang lain!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..bole x cakap, yg lepas tu lepas la..heheh

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails