Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, March 13, 2012

Hiba mengenang Dirang

 "Kenapa kasi mati anak aku!" raung Roselyn Alan, 25, sambil menyebut berkali-kali nama anaknya, Dirang selama lebih sejam sebelum jatuh pengsan.

Ibunya, Minah Jol, 56, juga tidak henti-henti menangis hiba di sebuah bilik lain sementara suami Roselyn yang juga bapa tiri kanak-kanak malang, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih mesra dipanggil Dirang hanya mampu merenung ke luar tingkap sambil berlinangan air mata.

Begitulah peritnya emosi keluarga Dirang apabila rangka mayat rentung di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai di sini Khamis lalu adalah milik kanak-kanak malang itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Pengakhiran penantian selama 12 hari semenjak kehilangan Dirang selepas dilaporkan keluar bersendirian membeli mee segera dan telur di sebuah kedai berhampiran rumahnya di  Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang amat tragis.

Kita sebagai masyarakat turut merasa tempias kesedihan atas kematian kejam kanak-kanak tersebut di samping kemarahan tak terhingga terhadap pembunuh yang tidak berhati perut.

Setakat ini empat suspek termasuk bapa kandung Dirang masih ditahan reman untuk membantu siasatan. Semoga kes ini dapat diselesaikan segera bagi membolehkan penjenayah bertopeng syaitan terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

Sebenarnya tragedi yang menimpa Dirang sekadar mengulang beberapa kejadian yang menimpa beberapa kanak-kanak malang lain beberapa tahun kebelakangan di bumi yang dikatakan ke-19 teraman di dunia ini.

Begitupun jangan biarkan diri kita terlalu larut dalam emosi hingga gagal mengambil iktibar. Kita juga mempunyai anak dan setiap tragedi ada jalan ceritanya untuk dijadikan pengajaran. Itulah yang selalu dilupakan majoriti daripada kita sehingga sering mengulang-ulang kesilapan sama.

4 comments:

  1. herm... anggaplah kejadian ini sebagai iktibar kepada kita.. sama2lah kita menjaga kebajikan anak2 kita mahupun org lain.

    ReplyDelete
  2. zaman dulu, kita berjalan kaki sorg2 gi kedai/sekolah..selamat je balik.

    zaman skrg ni, bahaya sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah terlalu hampir dengan akhir zaman

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails