Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, March 27, 2012

Kisah panjang sebuah kenderaan model Bedford

Kenderaan model Bedford berwarna hijau banyak sejarahnya.

Ia mula menjejakkan kaki ke negara ini yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu pada 1930-an setelah dibeli oleh penjajah British.

Pada Perang Dunia Kedua, kenderaan tersebut difungsi sebagai ambulans membawa mangsa-mangsa perang dalam pertempuran yang dimenangi tentera Jepun.

Setelah tamat pendudukan Jepun, kereta model Bedford ini digunakan pula sebagai kenderaan yang digunakan untuk menyebar propaganda atau perang saraf bagi mengatasi pengaruh Komunis yang bermaharajalela pada masa itu.

Namun perkhidmatannya berakhir pada awal 1950-an dan kenderaan yang bernombor pendaftaran JA 1144 ini tersadai di stro Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor di Johor Baru sehingga tahun 1982.

Ia kemudiannya dibeli oleh Persatuan Masyarakat Islam Taiping sebagai kenderaan membawa jenazah di sekitar bandar tersebut.

Enam tahun kemudian perkhidmatan sebagai kereta jenazah berakhir dan diserahkan oleh persatuan berkenaan kepada Muzium Perak, Taiping untuk dipamerkan di perkarangan muzium tertua negara itu sehingga kini.

2 comments:

  1. Asalam..
    Rupanya masih ada sejarah ni ya. Sekarang masih di gunakan kah di tempat tuan ni?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails