Translate

Sahabat Bapak

Monday, March 26, 2012

Adegan Khalish & Ilhan pertama kali berkelambu

Selepas Atuk menemui Penciptanya tempoh hari, tinggal Nenek berseorangan di rumah yang telah sama-sama mereka huni lebih 60 tahun.

Walaupun rumah Mak Mertua Bapak cuma 10 meter sahaja dari situ, namun Nenek enggan meninggalkan rumah tersebut; mungkin banyak kenangan bersama Atuk yang perlu dikenang...

Bergilir-gilirlah terutama Mak Ulung, Mak Encik dan Mak Su menemani nenek setiap malam. Termasuk sekali Orang Rumah Bapak yang ketika itu masih berada di kampung.

Setiap malam, Orang Rumah Bapak membawa Khalish dan Ilhan ke rumah Nenek (termasuk sekali Bapak..heheh). Oleh kerana rumah kayu tradisional, kemungkinan nyamuk bermaharajalela amat tinggi.

Penyelesaiannya ialah memasang kelambu. Ia sesuatu yang baru buat kedua-dua anak Bapak tersebut. Memang mereka pernah tidur di dalam kelambu bayi tapi setakat dalam pantang sahaja...

Khalish tak banyak hal, mungkin sebab mengantuk (dia automatik masuk tidur apabila jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam, macam Bapak..hehehe) terus masuk kelambu.

Tapi Ilhan banyak songeh (dia jenis tidur malam lambat macam Orang Rumah Bapak..hehehe). Habis tali kelambu hendak dimain selain kain kelambu itu dipintal-pintal.
Sengih Bapak sebab masa kecil-kecil dulu pun Bapak suka gak pintal-pintal kain kelambu. Macam terapi untuk cepat tidur dalam keadaan takde kipas angin.

Walaupun ia mungkin mengundang kehadiran nyamuk tapi takpe, Bapak handal dalam bab menampar nyamuk hingga serangga itu menemui ajal..heheh

Kali terakhir Bapak tidur berkelambu semasa menemani arwah moyang ketika kami sekeluarga menziarahinya di Banting pada awal 1990-an..

6 comments:

  1. kita pun last tido pakai kelambu masa arwah nenek ada lagi dulu - kat kampung la... lepas tu mmg tak pernah... pernah jugak masa kat rumah mak - masa tu dlm pantang, mak pasangkan kelambu... langsung tak boleh tidur... panas la... jd nya tanggalkan balik (tak tau apa motif dlm pantang tido kena pakai kelambu ;p)... tapi klu kat kampung ok kot sbb malam-malam kat kampung kan sejuk... ;p

    ReplyDelete
  2. tak pernah tidur dalam kelambu ! anak kecik je letak dlm kelambu kecik dalam pantang - agaknya kalau pasang kelambu sekarang - ntah apa dikata dik anak2 ni...

    ReplyDelete
  3. Hari ni baru beli kelambu. Jadi bolehlah tidur berkelambu dan tak perlu nak risau pasal nak fogging.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails