Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, September 21, 2010

Hadiah Aidilfitri Khalish

Sejak sampai di rumah orang tua Orang Rumah Bapak, Khalish tak henti-henti meragam.

Apatah lagi baru lepas melalui perjalanan jauh lebih 500 km, makan pun tak tak ikut jadual, peluh sikit pun boleh sebabkan Khalish meragam (mengadalah Khalish ni...heheh)

Atuk Khalish yang risau tengok cucu sulungnya asyik merengek berusaha menenangkan keadaan tapi lalakan Khalish makin lama makin kuat.

Akhirnya Ayah Mertua ajak Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish beli kasut raya Khalish kat pekan Masjid Tanah.

Walaupun sebenarnya kasut Khalish memang dah beli awal-awal, pasal fikir mungkin itu caranya dah tenangkan Khalish, kami ikutkan saja.

Sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta, Bapak sengaja pulas penghawa dingin hingga ke tahap maksimum, elok tak lama kemudian Khalish tertidur dalam kerusi bayinya.

Sampai di tengah-tengah pekan Masjid Tanah, Ayah Mertua minta berhenti di hadapan deretan rumah kedai. Tak nampak di situ ada kedai kasut...

Kemudiannya kami masuk ke kedai perabot yang turut menjual permainan dan peralatan bayi.

Sambil menuju ke sebiji motosikal mini yang dipamer di kedai itu, Khalish diminta mencuba.

Khalish yang mamai-mamai baru bangun dari tidur teruja apabila motosikal mini bergerak sendiri apabila kakinya menekan pedal.


Fahamlah Bapak dan Orang Rumah Bapak, Ayah Mertua nak belikan motosikal mini tu untuk Khalish. Segan pulak kami namun sempat kami bersuara, Ayahh Mertua menjawab :

"Ayah lama aim benda ni, tunggu cucu balik je terus nak beli," katanya sambil mengeluarkan beberapa not ringgit membayar kepada tauke kedai itu.

Sejurus kemudian Bapak menggaru kepala yang tak gatal..."Pas beli kasut raya pulak," kata Ayah Mertua.

"Tak payahla Ayah, Khalish dah ada dua pasang kasut raya,"jawab Bapak spontan.

"Oklah cam tu, singgah Bazar Ramadan dulu, beli sikit kuih buat berbuka," balas Ayah Mertua.

Sekali lagi Bapak menggaru kepala yang tak gatal, Khalish pula tak nak turun dari motosikal mini itu dan buat muka tak puas hati apabila 'hadiah Aidilfitri' atuknya diletakkan di dalam but belakang kereta...

4 comments:

  1. amboi..sukela dia dapat hadiah...seronok kalau jadi cucu kesayangan nie...ngeee

    ReplyDelete
  2. seronok la Khalish dapat moto baru ,atuk belikan lagi..hehe
    gatal kepala bapak dibuatnye..hehe

    ReplyDelete
  3. Nik Hakimah,

    cucu sulung..heheh...

    ReplyDelete
  4. Life Kami,

    sampai sekarang kepala Bapak masih gatal lagi ni..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails