Sambutan Aidilfitri kali ini kali ketiga Bapak bergelar suami dan kali kedua bergelar ayah.
Pusingan tahun ini pagi raya di kampung Orang Rumah Bapak di Masjid Tanah , Melaka.
Cuti raya Bapak tak lama, lima hari sahaja dari satu hari sebelum raya sehingga raya ke-empat. Cukup sekadar untuk memenuhi tanggungjawab beraya dengan keluarga kedua-dua pihak. Nak beraya sakan cam tahun dulu, takde la...heheh...
Mood Khalish beraya pun turun naik. Turun je dari kereta apabila sampai ke rumah atuknya di Masjid Tanah, dia mula meragam.
Kebanyakan masa, Khalish tak nak berenggang dengan Bapak, ibunya pun tak layan..Kejap nak didukung, kejap minta Bapak temankan berjalan sekeliling rumah atuk dan moyangnya.
Puas kedua-dua moyang dan beberapa nenek saudara jemput masuk ke rumah, Khalish balas dengan perkataan 'nanak' (tak nak la tu). Kalau tak dilayan merengek la dia...
Tak tahu Khalish moody sebab nak beradik atau 'putera lilin' yang duduk di Lembah Kinta yang dikelilingi bukit batu kapur ni tak tahan dengan cuaca terik di tepi pantai...
Bapak segan dan takut ayah dan mak mertua kecil hati dengan kerenah cucu kesayangan mereka ni...
Pagi raya Bapak teman ayah mertua solat Aidilfitri di masjid di Kem Terendak. Balik dari solat, melihat Khalish dah tertidur, Bapak ambil peluang beraya di rumah nenek dan atuk Orang Rumah Bapak yang tak sampai 10 meter dari rumah mertua Bapak.
Selepas Khalish tersedar, kebanyakan tugas Bapak melayan teletah Khalish. Ada sahaja alasan nak melalak, pasal iklan masa siaran Upin Ipin Raya terlalu lama pun jadi!
Tak banyak rumah saudara-mara dan rakan taulan yang diziarahi kerana setiap rumah yang dikunjungi Khalish pasti buat perangai. Naik malu Bapak dan Orang Rumah Bapak, selalunya Khalish ok je...
Tengah hari raya kedua, Bapak sekeluarga bergerak ke rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya. Sengaja Bapak pulas penghawa dingin hingga ke paras maksimum. Sepanjang perjalanan Khalish tertidur di kerusi bayinya...
Khalish rimas pakai baju melayu tu... pastu jalan-jalan raya panas lagi... sian dia...
ReplyDeleteape pun Selamat Hari Raya... :)
Maria,
ReplyDeleteKhalish memang rima pakai baju Melayu tapi raya tahun ni, x berbaju pun dia meragam...heheh..
Selamat Aidilfitri buat Maria sekeluarga gak.