Translate

Sahabat Bapak

Monday, January 11, 2010

Gigi Pertama Khalish!

Sejak akhir-akhir mood Khalish tak berapa baik. Walaupun dia asyik dengan permainan dan komited mempraktis kemahiran fizikal, emosinya agak resah.

Khalish mahu perhatian lebih daripada biasa. Kalau lambat dilayan, dia akan merengek... membebel dalam bahasanya tersendiri sampai terkeluar air liur. Kadang-kala hampir semua benda nak dimasukkan ke dalam mulut.

Semalam seperti biasa Orang Rumah Bapak akan membersihkan gusi Khalish dengan alatan khas berbentuk jari yang di perbuat daripada fiber.

Macam selalunya, Khalish tak begitu gemar dengan rutin itu....Sedang membersihkan gusi Khalish, Orang Rumah Bapak berhenti dan menjerit kegembiraan,

"B, tengok Khalish dah tumbuh gigi, sebatang kat bahagian bawah!," katanya kepada Bapak.

Khalish kaget dan terus menutup mulutnya. Setelah dipujuk beberapa minit akhirnya kami dapat melihat semula tunggul putih di bahagian bawah mulut dia.

Berita Khalish tumbuh gigi terus disampaikan kepada Mak Mertua Bapak dan Mama. Ternyata mereka berdua gembira dengan perkembangan cucu sulung. Mama kata biasanya gigi akan tumbuh dua batang sekali, tak tahulah sebab nampak macam sebatang je gigi Khalish sekarang ni.

"Ye, Khalish dah ada gigi, esok Ayah nak beli ubat gigi tuk Khalish," kata Bapak kepada Khalish yang melonjak-lonjak gembira seolah-olah faham.

Namun Orang Rumah Bapak melarang kerana bimbang Khalish akan telan ubat gigi tersebut.

"Tunggu sampai banyak gigi tumbuh dan dia pandai dan faham membezakan ubat gigi dan makanan," pesan beliau.

Hari ini Khalish masih merengek tapi semakin selesa dengan gigi baru dia. Cuma yang tak tahan air liurnya semakin banyak meleleh....

10 comments:

  1. wahh..khalish dah tumbuh gigi..nanti dia ley geget ayah dia..aum!

    ReplyDelete
  2. hehe tahniah khalish! bapak, jgn miss gosok gigi/gusi dia supaya dia biasa. esok gigi dah penuh senang kerja kita.

    ReplyDelete
  3. Erina,

    memang dah ada percubaan Khalish nak gigit Bapak...hahhaha

    ReplyDelete
  4. Abu Aiman,

    memang hari2 gosok gigi/gusi Khalish. harap dia biasa dan mahu gosok gigi sendiri apabila masanya tanpa perlu dipaksa...heheh

    ReplyDelete
  5. Bapak..
    Bila Khalish dah umur 7-8 tahun nanti....tibalah 'time' gigi susu dia nak barganti gigi kekal...masa tu comel sangat!

    ReplyDelete
  6. ckLah,

    Bapak nantikan saat itu...insyaallah...

    ReplyDelete
  7. alala..mesti comel...
    dh tumbuh gg dh

    ReplyDelete
  8. lea,

    hehehe, baru tumbuh dua batang...

    ReplyDelete
  9. bapak! khalisah nak adek tewww.. ihiks

    ReplyDelete
  10. en_me,

    Khalish baru 8 bulan daa..hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails