Translate

Sahabat Bapak

Monday, April 20, 2009

Musnahnya Impian Treble


WEMBLEY – Manchester United gulung tikar.

Semalam, skuad kendalian Alex Ferguson itu ditunjuk jalan keluar oleh Everton pada perlawanan separuh akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Wembley.

Everton menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat seri tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan.

Kemenangan itu memastikan tempat Everton ke perlawanan akhir untuk menentang Chelsea pada 30 Mei depan sekali gus menamatkan penantian mereka selama 14 tahun.

Chelsea mara selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada satu lagi aksi separuh akhir kelmarin.

Bagi United, kekalahan itu memusnahkan hajat mereka untuk meraih lima gelaran musim ini.

Pada aksi semalam, penjaga gol Everton, Tim Howard muncul wira pasukannya selepas berjaya menafikan sepakan penalti daripada Dimitar Berbatov dan Rio Ferdinand.

Leighton Baines, Phil Neville, James Vaughan dan Phil Jagielka pula masing-masing cemerlang menewaskan penjaga gol United, Ben Foster. – Agensi

2 comments:

  1. Bapak,
    Ingatkan Bapak yang tulis cerita ni.. Macam pengulas sukan hehe.. Bapak sokong mana?

    ReplyDelete
  2. catz_mafia,

    mestilah Bapak penyokong 'kipas susah nak mati' team yang kalah tu..sob..sob..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails