Semoga kasih sayang kekeluargaan berpanjangan hingga ke akhir hayat... |
Translate
Sahabat Bapak
Wednesday, February 22, 2012
Monday, February 13, 2012
Atuk sudah tiada...
"Siapa malu, perut berlubang."
Itu gurauan atuk hampir setiap kali di meja makan terutama ketika Bapak masih baru menjadi sebahagian ahli keluarga Orang Rumah Bapak.
Gurauan itu bertujuan agar Bapak tidak segan menjamu selera dan tak cukup syarat katanya, kalau makan tidak bertambah.
Bagi Bapak, bertambah makan tak jadi hal tapi kalau macam paksa rela kena makan sampai dua, tiga pinggan senak juga...hehehe...
Namun semua gurauan itu tinggal kenangan apabila atuk kembali menemui Penciptanya awal pagi tadi.
Berita sedih yang diterima pukul 3.30 pagi itu Bapak terima dengan redha kerana emosi dan mental ini sudah bersedia...
Apabila Orang Rumah Bapak memberitahu pada pukul 2 petang, tahap kesihatan atuk, separuh badan dari paras kaki sejuk, kesudahan sudah dijangka.
Cuma pesanan surah Yasin dititipkan....
Hati agak tersentuh jua apabila pada sebelah pagi Khalish secara rutin mencuit tangan mengejutkan moyang dari tidur.
Khalish, moyang sudah tidur selama-lananya...dia terlalu mentah untuk memahami erti kehilangan..
Atuk, terima kasih kasih-sayang yang telah dicurah dan membina asas kukuh kepada keluarga ini.
Sesungguhnya kasih-sayang terhadap atuk akan putus, kami sambung dengan titipan doa memohon ehsan Allah...

Sunday, February 12, 2012
Suarez = Evra
Keputusan pertembungan antara Manchester United (Man United) dengan Liverpool malam tadi sudah diketahui.
Dua jaringan Rooney membolehkan Man United mengatasi Liverpool 2-1 di gelanggang sendiri.
Namun drama antara Suarez dan Evra lebih menarik perhatian. Insiden gangguan perkauman di Anfield yang menyebabkan Suarez digantung 7 perlawanan punca segalanya.
Suarez memulakan dengan enggan bersalaman dengan Evra yang cuba gentlemen pada awal perlawanan. Walaupun cuba mengawal emosi sepanjang 90 minit permainan, Evra akhirnya membalas perbuatan Suarez dengan membuat provokasi ke atas penyerang Liverpool itu sejurus tamat perlawanan.
Nasib baik ditegur pengadil, kalau tak mungkin insiden lebih teruk mungkin terjadi..Pendek kata Suarez dan Evra sama-sama naik..
Hish,makin moden makin menjadi-jadi isu perkauman ni..di EPL sahaja musim ini, isu tersebut telah menyebabkan kapten England dilucut jawatan, pengurusnya pula melucutkan jawatannya sendiri.
Negara kita pula, jangan ceritalah. Politikus, sikit-sikit rasis.itu rasis, ini rasis...orang lain suarakan semuanya rasis, dia tak rasis, suarakan hak katanya.
Sampaikan pasal tak dapat makan KFC pun boleh jadi isu rasis...dunia..dunia...
Manusia makin menilai ikut emosi bukan akal, jadilah mereka burung kakak tua, mengulang suara idola masing-masing walaupun sepatah haram pun tak faham apa yang disebut...

Labels:
bola sepak,
emosi,
Manchester United,
sukan
Saturday, February 11, 2012
Kerana daun selasih, Bapak turutkan...
Bapak ni mana kenal daun selasih, biji selasih kenallah. Itupun selalu minum dengan sirap pada bulan Ramadan.
Bagi Bapak, daun selasih mengeluarkan aroma yang amat menenangkan jiwa. Selain ramuan dalam beberapa sajian makanan, ia juga merupakan ulam-ulaman.
Tentang kari hijau daging yang Orang Rumah Bapak masak tu, memang terangkat. Apatah lagi turut dimasukkan rebung madu, berpeluh-peluh Bapak menikmatinya..heheh...mungkin sebab rempah kari hijau tu Orang Rumah Bapak kisar sendiri, bukan yang telah siap dibeli di pasar raya..
Info daun selasih
-----------------------
Nama botani : Ocimum Sanctum
Nama lain : Kemangi
-dikatakan boleh merawat penyakit kulit, batuk, selesema, telinga, cirit-birit, batu karang, bau mulut dan badan, kepala, kembung perut dikalangan bayi dan gastrik serta demam.
- membantu ibu menambah susu badan.
- sebagai daun teh di India dan beberapa negara Afrika.
- pati daun selasih dijadikan minyak aromaterapi dan bahan campuran sabun, minyak wangi dan losyen.
- bau daun selasih dikatakan mampu menghalau nyamuk.
Thursday, February 9, 2012
Cayalah Perak kecuali Popovic
Malam semalam Bapak merajinkan diri pergi Stadium Perak menyaksikan perlawanan Liga Super Perak vs Sarawak.
Keputusan semua sudah tahu Perak berjaya mengatasi Sarawak 2-1, kemenangan kelima daripada enam perlawanan setakat ini.
Kebetulan dua pasukan yang sebelum ini berada di tangga teratas dan
kedua, Kelantan dan Terengganu masing-masing seri, secara automatik
Perak menaiki takhta Liga Super buat kali pertama dengan kelebihan satu
mata.
Secara keseluruhannya permainan Perak semalam takde lah cemerlang sangat, banyak juga peluang dipersia. Tapi sebab menang dan sudah berada di persada liga, Bapak dan kebanyakan penyokong lain buat-buat tak nampak je...
Ramai gak tak puas hati dengan penyerang import sorang ni, sapa lagi kalau tak Popovic. Dia ala-ala Torres juga la. Bukan pasal skil tetapi kemarau gol... Perlawanan semalam, nampak sangat, dia malas berlari kejar bola pastu harap badan je besar, asyik jatuh je walaupun takclenye takde kuat mane..ceh..heheh
Tak nafi Popovic nampak pandai setting bola untuk pemain lain hasilkan gol tetapi bak kata orang, penyerang dibayar untuk jaringkan gol yeop! Seorang lagi import, Kubala; ok siap jaringkan gol pertama lagi semalam.
Begitupun harap selepas ini kelemahan itu dapat diperbaiki, apatah lagi lawan seterusnya T-Team di Kuala Terengganu.
Bapak ingat lagi, tahun lepas awal musim, Perak konsisten juga tetapi mula merundum selepas tewas kepada Terengganu pada saingan Piala FA di Kuala Terengganu. Kalau boleh tak nak skrip sama berulang, ye tak..heheh..
p/s : Dengar cerita Fabio Capello sudah letak jawatan. Sayang benor dia ngan John Terry tu...
Keputusan semua sudah tahu Perak berjaya mengatasi Sarawak 2-1, kemenangan kelima daripada enam perlawanan setakat ini.
Secara keseluruhannya permainan Perak semalam takde lah cemerlang sangat, banyak juga peluang dipersia. Tapi sebab menang dan sudah berada di persada liga, Bapak dan kebanyakan penyokong lain buat-buat tak nampak je...
Ramai gak tak puas hati dengan penyerang import sorang ni, sapa lagi kalau tak Popovic. Dia ala-ala Torres juga la. Bukan pasal skil tetapi kemarau gol... Perlawanan semalam, nampak sangat, dia malas berlari kejar bola pastu harap badan je besar, asyik jatuh je walaupun takclenye takde kuat mane..ceh..heheh
Tak nafi Popovic nampak pandai setting bola untuk pemain lain hasilkan gol tetapi bak kata orang, penyerang dibayar untuk jaringkan gol yeop! Seorang lagi import, Kubala; ok siap jaringkan gol pertama lagi semalam.
Begitupun harap selepas ini kelemahan itu dapat diperbaiki, apatah lagi lawan seterusnya T-Team di Kuala Terengganu.
p/s : Dengar cerita Fabio Capello sudah letak jawatan. Sayang benor dia ngan John Terry tu...
Labels:
bola sepak,
Perak,
sukan
Wednesday, February 8, 2012
Pusing satu Songkhla
Beritahu seorang pemandu tuk-tuk kepada Bapak semasa kami dalam perjalanan pulang dari Pasar Terapung Klonghae.
Walaupun dia agak beramah cuba berkomunikasi, secara jujur, tak banyak yang Bapak dapat tangkap terutama frasa di atas.
Esoknya, semasa kami dalam perjalanan ke Songkhla baru Bapak mengerti. Rupa-rupanya pemandu tuk-tuk tadi hendak memberitahu sambutan Hari Kanak-Kanak.
Sambutan Hari Kanak-Kanak di Thailand amat meriah dan secara besar-besaran. Pejabat Gabenor, PBT, agensi kerajaan dan pihak swasta berebut-rebut anjur.
Atas sebab itu, lawatan kami ke Muzium Songkhla agak terbantut. Memang best daripada kena bayar Bath 100 (RM10), dapat masuk free tapi akibat kesesakan, MPV yang kami sewa hanya dibenarkan parking di bawah sedang muzium tu nun jauh di atas bukit.
Tak larat mendaki bukit terutama mendukung Ilhan yang sedang lena tidur. Akhirnya setengah jalan, kami menuruni bukit semula.
Nasib baik, saya sempat snap beberapa aktiviti menarik yang dianjurkan pihak muzium untuk kanak-kanak.
Itu cerita yang agak terkilan tapi lawatan ke Akuarium Songkhla benar-benar membuat Khalish dan Ilhan teruja. Diorang masuk free tapi dewasa, seorang Bath 200 (RM20).
Penat melayan Khalish yang berlari ke sana-sini melihat pelbagai spesies ikan dan khazanah laut.Ada persembahan penyelam bersama haiwan akuatik ala-ala Akuaria.
Sebelum balik, Khalish sempat sambar satu topi Nemo, nasib baik Ilhan tak minat...
Keluar dari Akuarium Songkhla, hujan mula turun makin lama makin lebat. Lebat pun lebat, Bapak buat hati kering nak bergambar dengan monumen duyung emas biarpun berpayung.
Dalam hati cuak juga sebab ombak agak kuat (teringat Hafalan Shalat Delisa, eh.. tsunami...). Apa nak buat asyik sampai Songkhla je mesti hujan lebat...
Sudah berposing, baru ada mood makan sambil bertemankan deruan ombak yang mengganas
Klonghae Floating Market tenggelam
Semasa Bapak sekeluarga berkunjung ke Hatyai dan Songkhla, cuaca tak menentu; asyik hujan. Nak buat camne, kena pandai cari masa sesuai untuk berjalan.
Salah satu lokasi wajib yang Orang Rumah Bapak tetapkan apabila sudah ke Hatyai ialah Pasar Terapung Klonghae. Nak cari luk choop katanya, siap bawa tupperware lagi..heheh (Bapak pernah ceritakan tentang luk choop dalam entri Luk Choop tidak lama dulu)
Menaiki tuk-tuk dengan tambang Bath450 (RM45), kami sampai ikut jalan belakang (memasuki Pasar Terapung Klonghae menerusi jambatan) dalam keadaan hujan mula renyai-renyai.
Bapak pelik sebab Pasar Terapung Klonghae yang dilihat tidak serupa yang Bapak pernah pergi beberapa bulan lepas.
Selain lokasinya nampak pelik, peniaga di perahu di penambang pun tak ramai, tak sampai 10 orang pun. Tak banyak makanan dijual, luk choop langsung tiada.
Peniaga di daratan pasar terapung itu juga banyak yang kosong. Garu kepala Bapak sekejap..salah tempat ker? tengah berfikir tu, hujan semakin lebat. Sedar-sedar adik ipar Bapak, Kima dah beli baju hujan untuk kami...
Bapak cuba tanya beberapa peniaga tetapi akibat masalah bahasa, komunikasi jadi seperti ayam dan itik (walaupun Bapak cuba cakap English sebroken mungkin..hehhe)
Akhir selepas merayau dalam hujan seketika barulah Bapak perasan lokasi asal Pasar Terapung Klonghae sudah ditenggelami air sungai berikutan musim hujan ketika itu. Malah pangkin yang Bapak lepak makan mee tom yam pun sudah dihanyutkan bah.
Kempunan lah Orang Rumah Bapak nak rasa luk choop, kami cuma dapat beli sosej dan sotong bakar. Begitupun shopping sakan jugalah Orang Rumah Bapak sebab peniaga turunkan harga pakaian dan kasut sebab pelanggan tak ramai ekoran cuaca tak baik.

Friday, February 3, 2012
Jalan kaki sahajalah!
Di bandar Hatyai, kenderaan utama yang biasanya dinaiki ialah tuk-tuk. Namun sejak awal lagi, Khalish sudah menunjukkan sikap tidak berkenan dengan kenderaan itu.
Dalam perjalanan ke Hotel New Season dari Stesen Keretapi Hatyai, muka Khalish berubah pucat dan meronta-ronta nak mahu turun dari tuk-tuk. Nasib tak berapa jauh, kira-kira 300 meter je perjalanan...
Duduk di belakang tuk-tuk yang lebih merupakan lori kecil yang diubahsuai, ruang kiri dan kanan terbuka untuk angin masuk (hanya ditutup dengan plastik apabila hujan), tempat duduk diperbuat daripada bangku kayu yang disusun menghadap antara satu sama lain dengan duduk dalam keadaan agak sempit (sebab lapan orang termasuk Khalish dan Ilhan) dan pemanduan agak laju mungkin membuatkan Khalish kecut perut.
Kemuncaknya pada petang hari pertama semasa kami menggunakan sekali lagi perkhidmatan tuk-tuk untuk ke Pasar Terapung Klonghae, Khalish merengek sepanjang perjalanan.
"Jalan kaki sahajalah...jalan kaki sahajalah," itu rengekan itu dari mula hingga sampai di pasar terapung itu. (Gigih betul kalau nak kena jalan kaki, jauh tu Khalish...heheh)
Esoknya sebab perjalanan yang dirancang lagi jauh iaitu ke Songkhla yang memakan masa lebih kurang sejam setengah, demi Khalish Bapak memutuskan untuk tidak naik tuk-tuk lagi.
Pagi-pagi Bapak mula survey van. Kebanyakannya mengenakan caj Bath 1,500 (RM150), tuk-tuk pula Bath750 (RM75). Akhirnya sudah rezeki, kami jumpa dengan pengendali MPV yang cuma caj Bath1,000 (RM100) sahaja.
Tambah lagi RM25 dapat kenderaan yang lebih selesa, yang penting tak perlu dengar lagi Khalish meragam sepanjang perjalanan..heheh...
Hari terakhir mungkin sebab mood nak balik kuat, Khalish semakin selesa dan gembira naik tuk-tuk.
Dalam perjalanan ke Hotel New Season dari Stesen Keretapi Hatyai, muka Khalish berubah pucat dan meronta-ronta nak mahu turun dari tuk-tuk. Nasib tak berapa jauh, kira-kira 300 meter je perjalanan...
Kemuncaknya pada petang hari pertama semasa kami menggunakan sekali lagi perkhidmatan tuk-tuk untuk ke Pasar Terapung Klonghae, Khalish merengek sepanjang perjalanan.
"Jalan kaki sahajalah...jalan kaki sahajalah," itu rengekan itu dari mula hingga sampai di pasar terapung itu. (Gigih betul kalau nak kena jalan kaki, jauh tu Khalish...heheh)
Esoknya sebab perjalanan yang dirancang lagi jauh iaitu ke Songkhla yang memakan masa lebih kurang sejam setengah, demi Khalish Bapak memutuskan untuk tidak naik tuk-tuk lagi.
Pagi-pagi Bapak mula survey van. Kebanyakannya mengenakan caj Bath 1,500 (RM150), tuk-tuk pula Bath750 (RM75). Akhirnya sudah rezeki, kami jumpa dengan pengendali MPV yang cuma caj Bath1,000 (RM100) sahaja.
Tambah lagi RM25 dapat kenderaan yang lebih selesa, yang penting tak perlu dengar lagi Khalish meragam sepanjang perjalanan..heheh...
Hari terakhir mungkin sebab mood nak balik kuat, Khalish semakin selesa dan gembira naik tuk-tuk.
Kisah Khalish, Ilhan & keretapi
Kami menaiki keretapi dari Stesen Keretapi Ipoh pada pukul 12.40 tengah malam. Di dalam tren, sudah menunggu adik ipar Bapak, Kima dan tiga sepupu yang menaiki keretapi dari KL Sentral.
Untuk keselesaan kami menempah gerabak yang mempunyai katil, Bapak jaga Khalish, Orang Rumah Bapak jaga Ilhan.
Masuk je dalam gerabak, Khalish mudah terlena sambil memeluk erat bantal busuknya (mana bole tinggal, susah nanti..heheh). Ilhan pula tak nak tidur, teruja nak menjelajah sampai pukul 3 pagi hinggakan terpaksa melakukan meditasi khas, mengurut belakang badan Ilhan untuk merangsang dia lena.
Sampai di Stesen Keretapi Padang Besar untuk mengecop pasport pada lebih kurang pukul 8 pagi, Khalish muntah pula. Lepas muntah baru dia ligat merayau persekitaran stesen keretapi itu.
Itu cerita pergi, dalam perjalanan pulang pula Ilhan yang baru berjalan jatuh teruja praktis di sekeliling Stesen Keretapi Hatyai. Terkedek-kedek berjalan perlahan, sesekali meminta ibu dan makngah (Kima) memimpin sebelah tangannya.
Pukul 4 petang, keretapi mula bergerak dari Stesen Keretapi Hatyai menuju ke Stesen Keretapi Padang Besar. Tak lama lebih kurang 45 minit je. Mungkin sebab terlalu letih, Khalish tertidur.
Sedar-sedar sebab perlu menjalani pemeriksaan imigresen, Khalish mula mengamuk. Yelah, tak cukup tidur. Pegawai imigresen Malaysia lebih bertimbang rasa mempercepatkan proses pemeriksaan setelah melihat Khalish melalak.
Tapi pegawai imigresen Thailand tak hirau, nak juga Khalish berdiri depan kamera web untuk dirakam imejnya. Makin kuatlah dia melalak. Khalish hanya berhenti menangis selepas dibenarkan masuk semula ke gerabak...
Pukul 8.30 malam, perut rasa lapar. kami nekad ke kafe. Bapak dukung Khalish, Orang Rumah Bapak pula dukung Ilhan. Untuk ke kafe, kami kena lepasi kira-kira enam gerabak sambil mendukung budak yang beratnya setiap seorang lebih 10 kg dengan keadaan gerabak keretapi terhuyung-hayang.
Setibanya di kafe, rasa hampa sebab cuma tinggal mee segera je. Nasib baik sudah hampir sampai ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam. Sampai je, kami terus turun dan terpaksa berebut-rebut menapau nasi.
Bab berebut mengambil lauk takde hal sangat, yang lebih letih terpaksa menepis rengekan Khalish yang lebih teruja nak makan aiskrim daripada makan nasi. Kena cepat, kalau lewat ada yang kena tinggal keretapi.
Sampai di Stesen Keretapi Ipoh kira-kira pukul 3 pagi, keadaan semakin stabil, Khalish dan Ilhan tak banyak meragam. Kereta pun meluncur laju ke rumah sebab jalan lenggang.

Thursday, February 2, 2012
Bawa Khalish, Ilhan berjalan
Sepanjang berkahwin dalam tempoh hampir empat tahun ini, Orang Rumah Bapak tidak pernah ke luar negara sehinggakan pasportnya pun lama tamat tempoh. Khalish dan Ilhan tak payah ceritalah.
Sehubungan itu sempena tahun baru 2012, alhamdulillah Bapak diberi keluangan waktu dan rezeki sikit, kami mula merancang untuk percutian ke luar negara buat kali pertama.
Pelbagai destinasi menjadi cadangan tetapi buat permulaan ini, kami memutuskan untuk ke negara jiran sahaja.Faham-faham sahajalah feel Khalish dan Ilhan yang baru nak naik, lasak dan sukar dijangka.
Kami memilih untuk pergi ke Hatyai, Thailand atas beberapa faktor : -
a) memberi pengalaman kepada Khalish dan Ilhan menaiki keretapi jarak jauh buat pertama kali. Ia secara tidak langsung menunaikan impian Khalish yang suka menonton kartun keretapi di Cartoon Cannel untuk naik keretapi . Habis dicanangnya kepada atuk dan nenek di kampung beberapa hari sebelum pergi..heheh...
b) seperti kelaziman wanita lain, selain melawat tempat menarik, erti melancong bagi Orang Rumah Bapak ialah membeli-belah. Hatyai sesuai kerana ia syurga membeli-belah yang agak berpatutan. Selamatlah sedikit Bapak bila beliau mula hilang pedoman, rambang mata, semua hendak dibeli nanti...(sebab tu Bapak awal-awal reject Bandung...heheh)
c) Ada beberapa lokasi yang kami pasti Khalish dan Ilhan akan teruja lketika berkunjung antas menjadi pentas pendidikan tidak formal kepada mereka,
d) Bapak tahu serba-sedikit tentang Hatyai sebab pernah berkunjung ke Songkhla atas urusan kerja Oktober lalu. Malam sikit kalau pemandu tuk-tuk dan peniaga nak tipu harga...

Wednesday, February 1, 2012
Hati seorang ayah...
Sekeras-keras hati seorang bapa, nalurinya terusik dan air matanya tumpah juga saat :
a) penikahan anak perempuannya
b) kematian anaknya
Subscribe to:
Posts (Atom)