Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, December 30, 2009

LWOT lagi...

Kami ke Lost World of Tambun (LWOT) lagi. Kali ini bersama Umai.

Berbeza dengan kunjungan pertama kira-kira sebulan lalu, kali ini lebih menyeluruh, hampir semua kawasan di dalam taman tema air itu kami jelajahi.

Selepas lawatan rutin di beberapa tempat seperti Petting Zoo dan Lembah Harimau, Bapak dan Orang Rumah Bapak sempat mengayuh kenderaan air berbentuk angsa bersama-sama di sebuah tasik di situ.

Ala-ala Romantik...heheh.. padahal masa bercinta dulu tak pernah buat pun...heheh.. ye la bila lagikan, sementara ada Umai untuk menjaga Khalish yang sedang lena di dalam strollernya..heheh

Selepas itu, adegan berenang pula. Hanya Bapak dan Khalish sahaja bermain air sedangkan Orang Rumah Bapak dan Umai enggan membasahkan diri.

Khalish yang mula-mula rilek lama-lama seriau dan takut apabila berendam di dalam air di salam satu kolam yang terdapat di taman tema air itu.

Dia memegang Bapak dengan kuat dan tidak lama kemudian mula menangis. Bapak cuba menenangkan Khalish dengan mengajar dia beberapa asas berenang tapi tangisannya semakin kuat selepas itu.
Akhirnya kami keluar dari kolam tersebut dan membawa Khalish yang meronta-ronta mencari ibunya.

Dalam perjalanan menuju ke arah Orang Rumah Bapak tiba-tiba Khalish senyap. Tahu-tahu sahaja dada Bapak dibasahi cecair yang panas.

"Air mutlak, air mutlak," jerit Bapak kepada Orang Rumah Bapak.

Beliau cuma ketawa kecil manakala Khalish walaupun masih pucat, dia buat-buat muka sardin.

Lagi gambar di imejcerita

Tuesday, December 29, 2009

Kehidupan Malam Ipoh

Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya adik keempat dan bongsu Orang Rumah Bapak, Azam dan Umai berkunjung juga di rumah kami di Ipoh pada musim cuti sekolah ini.

Sebenarnya Bapak dan Orang Rumah Bapak pernah berjanji untuk membawa mereka ke Lost World of Tambun (LWOT) tetapi sebab banyak kali tertangguh kami pergi dahulu. (lihat entri Petting Zoo LWOT).

Tapi janji tetap janji, sehubungan itu kami merancang untuk pergi ke situ buat kali kedua dalam jangkamasa tak sampai sebulan bersama-sama Azam dan Umai pula.

Namun kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Pada hari sepatutnya kami ke LWOT, Azam mempunyai temu janji pemeriksaan mata di Hospital Melaka.

Mahu tak mahu terpaksalah dia pulang awal dan tinggallah Umai keseorangan untuk bersama-sama Bapak dan Orang Rumah Bapak.

Apa nak buat tiada rezeki Azam ke sana tapi Bapak tak sedap hati pula. Oleh itu malam sehari sebelum dia berangkat, kami membawa Azam dan Umai menikmati kehidupan malam Ipoh.


Dua destinasi dituju iaitu Dataran MBI dan Gerbang Malam.

Kami menikmati makan malam di salah satu daripada deretan gerai yang terdapat di Dataran MBI. Gerbang Malam pula merupakan pasar larut malam ala Uptown.

Pada minggu pertama Bapak mula menjejakkan kaki ke Ipoh lebih 3 tahun dulu, boleh dikatakan hampir setiap malam melepak di dua lokasi ini. Pada masa itu bagi Bapak, Dataran MBI dan Gerbang Malam adalah antara beberapa kerat tempat yang menghidupkan kehidupan malam Ipoh yang agak suram.

Wednesday, December 9, 2009

Contest Mari Dialog Bersama N@m@n

Seorang kawan Bapak, N@m@n yang merupakan seorang guru dan menetap di Putrajaya sedang menganjurkan Contest Mari Berdialog Bersama N@m@n. Contest itu akan tamat pada 31 Disember ni.

Dipendekkan cerita, Bapak pun berhajat nak memeriahkan contest itu. Mana tahu ada rezeki...hehheh


A : Eh Kak Mala! pengantin lelaki tu sebijik cam Bang Mail, bermadulah Kak Mala

B : Sedap mulut ko, laki aku misai lentik, rambut rock. Pengantin lelaki tu skema, rambut pendek

C : Kelmarin aku nampak Mail gunting rambut, cukur misai kat kedai mamak kampung sebelah. Baik diam...

D: Makcik Ani ni, ayah kita kata dia jadi pengapit je. Pengantin tu 'sedara' jauh dia.

sekian, terima kasih.

p/s : N@m@n, punyalah payah nak pastikan setiap baris mesti tidak lebih 15 perkataan jer..hehhe

Saturday, December 5, 2009

Kolam Air Panas Gadek

Baru-baru ini, Bapak sekeluarga sempat bersantai di Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah yang tak berapa jauh dari rumah mertua Bapak.

Ini pertama kali Bapak ke sana, sahaja nak bawa Khalish main-main dengan kolam air panas semulajadi.

Kecuali Ayah Mertua Bapak, hampir semua ahli keluarga termasuk sepupu Orang Rumah Bapak diangkut untuk menyerbu ke kolam air panas tersebut, ada lah dekat 20 orang..heheh
Walaupun tak begitu besar tapi terurus juga lah, dengar ceritanya baru dinaik taraf. Ada 2 kolam besar untuk mandi-manda dan berenang (menyelam kalau berani..heheh) serta 8 kolah kecil untuk rendam kaki.

Sampai ke situ, kami cari port di sebuah pondok yang memang disediakan untuk pengunjung. Sebelum berendam di kolam air panas, kami makan-makan dulu.

Lepas makan, Bapak pun celupkan kaki ke dalam salah satu kolah air panas itu, mak ai panasnya..heheh (rasanya Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai tak sepanas ni..hhehhe)

Akhirnya Bapak sekadar rendam kaki jer. Bebudak lain walaupun mula-mula takut nak mandi kat kolam air panas tu akhir sorang demi sorang selamba terjun.
Khalish yang dicelupkan kakinya ke dalam salah sebuah kolah air panas tu buat muka rilek jer. Siap ngomel-ngomel suka...heheh

Mak Mertua Bapak, Orang Rumah Bapak, Kima (adik ketiga Orang Rumah Bapak) tak ambil port, diorang lebih rela tengok filem Hindustan kat pondok berkenaan..heheh

Fakta Ringkas Kolam Air Panas Gadek

Bayaran masuk : -
Dewasa : RM 4
Kanak-kanak : RM 2
(bawah 12 tahun percuma)

Waktu Operasi: -
Setiap Hari : 7.00 pagi – 9.00 malam.

Lokasi : 5 km dari bandar Alor Gajah, 10 km dari pekan Tampin

Lagi gambar di imejsebuahcerita dan sini

Friday, December 4, 2009

Misteri Sebuah Beg (Tag Kak Sonata)

Sebenarnya tag ni diterima semasa Ramadan lalu. Aidilfitri dah lepas, Aidiladha pun dah berlalu, sebelum masuk Maal Hijrah, baik Bapak selesaikan..heheh

sori Kak Sonata sebab peram tag ni.. tak sengaja...heheheh


1. Sila ambil gambar beg yang anda bawa pergi kerja...


2. Kemudian, sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg kerja anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda.


a) laptop - tuk kegunaan kalau ada tugasan luar daerah dan jika PC di opis buat hal

b) pen drive - sekali dua tu..heheheh

c) kalkulator - memainkan peranan besar setiap hujung bulan, nak kira claim..heheh

d) recorder - merakam percakapan, cam SPRM la pulak...heheh

e) kamera - saja bawa kot-kot teringin nak ambil foto. Bukan Bapak punya sebenarnya, pinjam Orang Rumah Bapak

f) buku nota - mencatat apa yang patut

g) surat khabar - sarapan wajib Bapak (ayat poyo...heheh)

h) card reader - untuk membaca kad..hehhe

3. Nyatakan sebab2 anda suka beg kerja anda itu

ringkas dan ringan. walaupun nampak kecil, macam-macam barang boleh masuk

4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yang istimewanya beg itu pada anda

Istimewanya walau kecil, macam2 boleh masuk. Ala-ala cam poket doraemon...hehhe.

Lagi satu sebab beg ni Bapak dapat free...

5. Sila tag 10 yang lain....

tak yah la, cukup sekadar Bapak membayar hutang tag..heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails