Translate

Sahabat Bapak

Sunday, March 28, 2010

Earth Hour edisi Ipoh

Semalam adalah sambutan Earth Hour.

Bapak berpusing-pusing di sekitar bandar raya Ipoh pada malam itu untuk melihat suasana. Pusat bandar raya Ipoh secara asasnya terbahagi kepada Pekan Lama dan Pekan Baru yang dipisahkan dengan Sungai Kinta.

Suasana Pekan Baru pada malam itu seperti biasa bermandikan cahaja bukan sahaja dengan lampu jalan malah lampu neon. Namun di Pekan Lama pula, suasana sebaliknya, semua semua lampu jalan dan beberapa bangunan dipadamkan selama sejam.
Kereta yang dipandu Bapak kembali disirami cahaya apabila memasuki Lebuh raya Utara-Selatan. (mungkin sebab keselamatan lampu limpah perlu sentiasa dibuka). Bapak keluar di susur keluar Jelapang dan menuju ke rumah. Sampai di rumah, suasana gelap walaupun kebanyakan rumah jiran cerah.

Orang Rumah Bapak memang penyokong kuat kempen Earth Hour. Bapak masih ingat pada tahun lepas, kami terpaksa makan malam yang antara lauknya, ikan siakap tiga rasa dengan bertemankan cahaya lilin...
Bagi Orang Rumah Bapak semua lampu perlu ditutup tapi televisyen tak boleh...faham-faham sahaja rancangan apa yang disiarkan pada sekitar 8.30 hingga 9.30 malam pada setiap Sabtu sekarang ni....heheheh

Pada mulanya Khalish menoleh ke kiri ke kanan melihat suasana rumah yang suram dan samar-samar. Tapi dia bayi yang berani, keadaan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlatih berdiri. Objek yang biasa menjadi menjadi tempat Khalish berpaut ialah badan ayah dan ibunya.

Kami 'dipaksa' berbaring untuk memudahkan dia berpaut lalu berdiri. Sejak akhir-akhir ini Khalish yang berusia 10 bulan semakin berani, dia akan melepaskan badan setelah dapat berdiri.

Kononnya boleh berdiri tegak tanpa sebarang bantuan. Apa lagi hampir tumbanglah dia ke belakang, Selalunya Orang Rumah Bapak akan menjerit dan Bapak akan menyambutnya cepat-cepat.

Tulang belakang Khalish masih lembut nak! Bahaya buat aksi macam tu... Dan macam biasa Khalish memberi respons terhadap pesanan kami dengan gelak-tawa....

p/s : tahniah kepada pengurusan sebuah taman tema air di bandar raya ini yang menganjurkan program sempena Earth Hour semalam....

Ole-Ole Bali Contest

Agak terabai gak blog ni sejak akhir-akhir ni, sekejap on sekejap off. Bukan sahaja posting baru malah aktiviti blogwalking lama tak buat...

Namun sejak dua tiga hari, semangat dan mood datang semula. Semoga konsisten hendaknya...Masa blogwalking, baru tahu seorang rakan blogger, Nik Hakimah @ Queen ada buat contest sempena beliau dan suaminya berbulan madu di Bali, Indonesia baru-baru ni. Tarikh tutupnya 31 Mac ini.

Bapak nak join contest itu.

Soalan :
1) Saya ke Bali atas tujuan apa?

Berbulan madu/Honeymoon.

2) Di Malaysia, 'Ikan Gurami' dikenali sebagai apa?

Ikan Kaloi

3) Merujuk kepada gambar di bawah, yang mana satu kopi jantan dan yang mana satu kopi betina?
Sebelah kiri jantan, sebelah kanan betina.

Gambar percutian
Foto ini diambil semasa percutian Bapak dan keluarga ke Cameron Highlands baru-baru ini.

Kali terakhir kami ke sini semasa Orang Rumah Bapak hamilkan Khalish lima bulan pada awal tahun lalu. Kali ini kami ke Cameron Highlands bersama Khalish yang sudah berusia 10 bulan. Antara tujuan percutian kali ini untuk melengkapkan set foto yang pernah diambil tahun lalu.

Foto ini dirakam semasa kami berkunjung ke Time Tunnels Muzeum. Orang Rumah Bapak ambil gambar sementara Khalish konfius perhati gelagat ayahnya...hehehe



Saturday, March 27, 2010

Bermukim di hospital...

20 Mac lepas adalah hari ulang tahun kelahiran Mama yang ke-54 dan ia merupakan hari kedua Mama menjadi penghuni sementara hospital.

Alhamdulillah pembedahan membuang sinus bernanah di rongga hidung Mama sehari sebelum itu berjalan dengan lancar.

Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish selamat tiba ke hospital pada tengah hari 20 Mac lalu. Kami dari Ipoh terus menuju ke hospital tersebut yang terletak di Bukit Pantai, Kuala Lumpur.

Ayah seperti biasa membeli kek hari jadi dan beberapa makanan sempena ulang tahun kelahiran Mama tapi semuanya Mama tak leh makan.

Apa lagi Bapak lah yang sebat semua makanan tu..heheh.

Daripada hari tersebut sehingga tiga hari berikutnya, kebanyakan masa kami dihabiskan di dalam bilik wad hospital tersebut menemani Mama dan melayani tetamu terutama sanak-saudara yang menziarahi Mama.
Bapak dan Orang Rumah Bapak juga ditugaskan Mama untuk menjadi wakil keluarga menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Auntie G, salah seorang jiran.

"Macam mana ni, tak bawak baju kurung la?," tanya Orang Rumah Bapak kepada Bapak sebaik sahaja menerima 'tugasan' itu.

"Tak semestinya kenduri kahwin kena pakai baju kurung, pakai je apa-apa asalkan sopan dan menutup aurat," jawab Bapak selamba.

Hari keempat Mama dibenarkan pulang ke rumah dan Bapak pun kembali ke Ipoh..

Thursday, March 25, 2010

Menjejak Teluk Tempoyak...

Semasa di Pulau Pinang tempoh hari, Ayah teringin makan ikan bakar di sebuah restoran makanan laut di Teluk Tempoyak, Bayan Lepas.

Ayah memberitahu beliau pernah di tempat itu sekali dan ingat-ingat lupa jalan untuk ke sana. Tanpa sebarang bantuan gajet moden dan ingatan Ayah yang tak berapa nak ingat, kami berangkat dari Batu Feringgi ke Teluk Tempoyak.

Seperti diduga kami sesat, tambah kalut, Khalish pula meragam sepanjang perjalanan...

Menurut Ayah, restoran makanan laut itu terletak di kawasan teluk yang agak pendalaman dan sunyi. Memang kami ada jumpa tempat sebegitu tetapi yan jumpa cumalah sebuah tokong Cina dan pusat pendaratan ikan yang menyeramkan.

Setelah bantuan kawan-kawan Ayah yang dihubungi melalui telefon tak berapa menolong, Bapak secara sukarela turun kereta untuk bertanya kepada beberapa penduduk setempat.

Akhirnya, setelah beberapa jam berlegar-legar, kami sampai juga ke Teluk Tempoyak. Petanda paling mudah ialah Muzium Perang.
Walaupun agak lewat malam dan Mama kena berpantang daripada makanan yang boleh merangsang sinus, kami memang agak berpuas hati dengan hidangan malam itu kerana kebanyakan segar.

Menikmati makanan laut sambil ditiup bayu laut memang mendamaikan...(ayat poyo jer..heheh)
Perancangan untuk pulang ke Ipoh pada malam itu terpaksa Bapak tangguhkan ekoran sudah lewat malam dan kasihankan Khalish (Bapak pun dah mengantuk sebenarnya..heheh). Maka anak sulung Bapak itu berpeluang bermanja dengan Atuk dan Nendanya sehingga awal pagi keesokannya.

Tuesday, March 23, 2010

Permintaan Mama....

Setelah hampir empat bulan Mama menjalani pemeriksaan perubatan berkala setiap dua minggu setelah dimasukkan ke hospital dulu (entrynya : Hatiku tertinggal di KL..), akhirnya doktor dapat juga mengesan penyakit sebenar.

Pemeriksaan pakar telinga, hidung dan tekak hospital berkenaan mengesahkan radang sinus atau dalam istilah Melayunya resdung Mama semakin kronik.

Ia sudah menanah hingga dikhuatiri hampir memasuki otak dan sehubungan itu pembedahan untuk membuang nanah resdung itu yang terdapat di dalam rongga hidung perlu dilakukan segera.

Pakar perubatan itu memberitahu masalah kesihatan yang menimpa Mama ketika dimasukkan ke hospital pada awal November lalu adalah antara simptom-simptomnya.
Beberapa hari sebelum pembedahan dilakukan Ayah membawa Mama dan Mira bercuti di Pulau Pinang.

Rancangan itu diberitahu kepada Bapak dan Mama menyatakan hajat untuk berjumpa dengan cucu sulungnya, Khalish semasa percutian tersebut.

Hari itu selepas tamat waktu bekerja di pejabat, Bapak terus menjemput Orang Rumah Bapak dan Khalish lalu menuju Pulau Pinang dalam keadaan hujan lebat.
Biarpun cuma sehari, rasanya Mama dapat melepaskan rindu kepada Khalish yang semakin keletah dan sedang belajar untuk berdiri....

Aku....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails