Translate

Sahabat Bapak

Thursday, October 15, 2009

Road Show Raya Khalish 6

Sabtu lalu, Khalish dibawa pertama kali ke Pulau Pinang. Destinasi kami ke rumah Liza di Bukit Gedung. Misi utamanya selain datang beraya ialah menziarahi kawan Khalish, bayi sulung Liza, Muhammad Aqil Ar-Rayyan yang baru lepas pantang.

Liza ni kawan baik Orang Rumah Bapak dan pernah seopis ngan Bapak semasa Bapak bertugas kat ibu pejabat di Kuala Lumpur dulu.

Tapi sejak awal pagi lagi mood Khalish hari tu tak baik. Asyik merengek jer. Sampai di Jambatan Pulau Pinang, rengekan Khalish semakin kuat. Puas ibunya memujuk (masa tu Khalish nak masuk umur 5 bulan, memang dia akan meragam sikit setiap kali nak naik bulan, tak tahulah kenapa...)

Lama gak melepak kat rumah Liza. Mood Khalish masih tak baik, nasib baik kurang merengek sikit. Kalau tak minum susu, dia tidur ngan posisi kegemarannya meniarap.

Aqil pula seperti kebiasaan bayi yang baru lahir, kalau tak minum susu, tidur. Oleh itu, Khalish dan Aqil tak pernah bertentang mata, kalau seorang terjaga, seorang lagi tidur. Begitulah keadaannya dari kami mula sampai hinggalah berangkat pulang.

Sebab mood Khalish kureng sikit hari tu dan kesuntukan masa, beberapa perancangan untuk menziarah rumah saudara-mara lain dan berjalan-jalan di sekitar Pulau Pinang terpaksa dibatalkan.
Kami cuma singgah ke Padang Kota Lama, bungkus pesembur,sambar jeruk sikit dan ambil gambar sekeping dua.

Masa bergambar tu, walaupun muka Khalish masih masam tapi elok je tak merengek. Siap dia posing lagi...hehhe...

Tuesday, October 13, 2009

Penangan tibai, songkok, dinasour, haus & Ika

Gambar hakcipta zeehans.blogspot.com

Dua dari kiri : eh, songkok sapa ko tibai ni?

Tiga dari kiri : ntah, anak Makcik Yan kot. daripada takde apa-apa, baik aku tibai

Dua dari kanan : eh, tak baik tau. Korang kena ingat Makcik Yan garang cam dinasour

Kanan : lantak korang lah, daripada layan korang, baik aku main game (haus..haus..)

Kiri : Makcik Yan pun satu, dah la kuih raya tak hidang, duit raya jauh sekali. baik aku try call Ika. Kot-kot dia ada rumah, boleh beraya rumah dia. awek tue... eh, ni hp ke psp?


Dialog di atas telah memenangi pertandingan mereka dialog yang dianjurkan Kak Yan pada 1 Oktober lalu. Sebenarnya keputusan telah diumumkan Sabtu lepas tapi biasalah Bapak, hari ini baru nak buat n3...heheh

Bapak tahu mengenai keputusan tersebut pada Ahad lalu selepas balik dari Pulau Pinang. Terima kasih panel cilik (menurut Kak Yan, pengadilan dilakukan bebudak dalam gambar tu) yang telah memilih dialog Bapak dan Kak Yan kerana telus menggazetkan keputusan tersebut..hehhe

Sebenarnya semasa n3 contest dialog tu keluar pada malam 1 Oktober lalu, setelah lihat gambar tersebut sekilas pandang, dalam kepala Bapak ada idea lain tetapi ia disimpan terlebih dahulu hingga pagi keesokannya.

Bagaimanapun, esoknya, idea tu berubah apabila Bapak perhati ada seorang budak memegang songkok dan timbullah dialog di atas secara spontan. Tak sangka pula terpilih! heheh....

Apapun terima kasih kepada Kak Yan. Lain kali buatlah contest lain, boleh Bapak cuba nasib lagi.

Lagipun, di Ipoh ni Bapak dengar dah ada gerakan 'konspirasi' cuba menghalang Bapak daripada menghadiri majlis yang menganjurkan cabutan bertuah. Diorang kata asyik muka ni sahaja yang naik pentas, bagi can orang lain pulak...heheh

Wednesday, October 7, 2009

Nira Nipah


Kampung Sungai Ranggam yang terletak di Jalan Teluk Intan-Lekir memang terkenal dengan perusahaan air nira nipah. Di kiri-kanan sepanjang jalan di sepanjang kampung tersebut terdapat banyak gerai menjual minuman tersebut.

Orang Rumah Bapak berasal dari Melaka, beliau tidak pernah merasai air nira nipah sehingga berkahwin dengan Bapak. Semasa dalam perjalanan pulang dari balik kampung tempoh hari, kami singgah di salah sebuah gerai menjual nira nipah tidak jauh dari rumah Opah.

Kami tidak singgah minum nira di gerai itu tetapi sebaliknya membungkus untuk menikmatinya di rumah. Bapak memilih air nira segar yang baru dibotolkan sebaik ditadah daripada dahan pokok nipah yang banyak terdapat di kampung berkenaan. Sambil Bapak membeli, Orang Rumah Bapak menunggu di dalam kereta sambil meriba Khalish.

"Kenapa sampai tiga botol beli ni. Kita nak rasa je. Sebotol cukuplah, minum kongsi-kongsi," kata Orang Rumah Bapak apabila melihat Bapak menyerahkan bungkusan yang mengandungi tiga botol air nira kepadanya.

Bapak cuma terdiam. Selepas itu sesekali Orang Rumah Bapak sua straw agar Bapak dapat minum sedikit air nira itu sambil memandu.

Sebaik sampai di rumah, tahu-tahu sahaja tinggal sebotol je belum diusik, dua botol lagi dah kosong.

Bapak pandang Orang Rumah Bapak. Beliau cuma tersengih-sengih. Baru tahu penangan air nira, kata Bapak dalam hati...hehhe

Tuesday, October 6, 2009

Road Show Raya Khalish 5

Destinasi raya seterusnya ialah rumah Opah Bapak di Teluk Intan. Semasa Ayah dan famili lain balik kampung pda raya ke-3 tempoh hari, Bapak sekeluarga tidak ikut kerana pada hari sama, kami pulang ke Melaka.

Ziarah raya ini sekali gus merangkap memperkenal Khalish sebagai cicit sulung kepada moyangnya. (Sepanjang Khalish dalam pantang bersama ibunya di Melaka, Opah tak berkesempatan melawat kerana keuzuran. Khalish pula baru pulang ke Ipoh dalam awal Ramadan lalu)


Sampai sahaja kami di muka pintu, Khalish terus diambil Opah untuk didukung. Biarpun tak begitu sihat dan agak uzur, beliau begitu gembira dapat bertemu dan bermain dengan cicitnya buat kali pertama.

Mula-mula tu Khalish agak canggung juga dan seperti biasa apabila berhadapan dengan tempat baru, matanya akan melilau dan memandang sekeliling.

Namun apabila namanya dipanggil Opah, (lidah Opah tak biasa sebut nama Khalish, dipanggilnya Muhammad Abib) Khalish memberi respons berbual dengan Opah dalam bahasanya tersendiri..hehehh
Sementara Opah bermain dengan Khalish, Orang Rumah Bapak pula mengemas rumah Opah.

Sketsa Terlampau...

Monday, October 5, 2009

Road Show Raya Khalish 4

Tempoh empat hari beraya di Melaka digunakan untuk ronda-ronda sekitar negeri itu untuk menziarah saudara-mara dan sahabat handai mana yang sempat. Antaranya di Alor Gajah, Masjid Tanah, Duyong, Alai dan Sungai Udang.

Sebab beranak kecil, semua bakul susu dan tilam diangkut sama masa bertandang ke rumah orang itu. Khalish pula jenis tak kira, kalau dah mengantuk sangat, masa beraya pun dia bantai tidur asalkan ada tilam ataupun bantal.
Khalish tengah cari mood nak tidur

Khalish ni jenis tidur meniarap. Dia akan pusingkan mukanya ke kiri dan ke kanan cari mood tidur. Dengan cara itu, tanpa perlu didodoi lama, Khalish akan tidur sendiri. Ramai yang tegur stail dia tidur, ada yang puji, ada yang terkejut, ada juga yang rasa pelik.

Entahlah, sejak pandai meniarap masa usia dua bulan setengah, memang Khalish suka tidur meniarap. Malah tidurnya lebih lena kalau tidur meniarap daripada dalam buaian. Risau juga takut muka dan hidungnya tak tersembam tapi biasanya dia pandai kawal sendiri.
Khalish tidur tanpa hiraukan ibunya yang asyik berposing

Sesudah empat hari di Melaka, kami pun pulang semula ke Ipoh. Sampai di pintu pagar pada kira-kira pukul 3 petang, jiran terus terpa jemput rumah terbuka di rumahnya pada sebelah malam.

Berayalah pula Khalish di rumah jiran kami. Kami tak dapat lama, pukul 9 malam, mata Khalish berkelip-kelip bagi signal nak tidur. (letih agaknya jauh perjalanan...)

Dulu & Sekarang : Antara Bapak & Khalish

Bapak ketika berusia kira-kira setahun diriba Mama di tangga rumah arwah atuk di Kampung Teluk Nipah, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada 1981.

Khalish diriba ibunya di lokasi sama pada 1 Syawal 1430 bersamaan 20 September 2009

Dulu & Sekarang.
a) 28 tahun sudah berlalu, Bapak yang masih belum ada adik ketika itu kini ada tiga orang adik berusia antara 27 hingga 14 tahun
b) Bapak yang berusia setahun pada masa itu sekarang sudah berkahwin dan punya seorang anak.
b) tangga yang dulu kayu kini sudah diganti dengan batu sejak beberapa tahun lalu
c) masa itu arwah atuk dan Tok Uda (nenek tiri Bapak) masih ada kini kedua-dua sudah meninggal dunia. Tok Uda sejak tujuh tahun lalu, atuk kira-kira 11 bulan lalu.
d) ada yang kata Khalish menyerupai Bapak masa kecil-kecil. yer ker?

Sunday, October 4, 2009

Road Show Raya Khalish 3

Setelah beraya dengan keluarga sebelah Bapak, pada raya ketiga kami pulang ke rumah orang tua Orang Rumah Bapak di Masjid Tanah, Melaka pula.

Ayah mertua Bapak memang merancang untuk mengadakan rumah terbuka pada malam raya ketiga dan kami sampai ketika mereka sedang sibuk membuat persediaan.

Sebab Khalish didukung dan dilayan seorang demi seorang saudara-mara lain yang masih berada di kampung, tugas Bapak dan Orang Rumah Bapak membantu apa yang patut persediaan rumah terbuka itu semakin mudah.
antara tugas Bapak sediakan air sambil minum air..heheh

Seperti tahun-tahun sudah majlis rumah terbuka Ayah Mertua Bapak memang meriah.

antara yang hadir malam itu

Khalish pula terlebih teruja sampai waktu tidurnya yang sepatutnya 9.30 malam terbabas. Sudahnya habis jenuh ibunya kena mendodoikan Khalish yang masih celik mata walaupun sudah 12 tengah malam.

Khalish diriba seorang nyonya yang turut menghadiri rumah terbuka itu. Sekali imbas cam cucu dengan nenek...hehhe

Friday, October 2, 2009

Rendang Siput Beliung

Antara hidangan raya istimewa pada tahun ini ialah rendang siput beliung.

Ini kali pertama Bapak memakannya. Sebelum ini, selain rendang ayam, daging dan itik, Bapak pernah makan rendang lokan masa Aidilfitri.

Bagi Bapak rasa siput beliung macam siput sedut tapi lebih kenyal dan dimasak tanpa cengkerang.
rupa cangkerang siput beliung

isi siput beliung

antara proses yang perlu dilakukan sebelum memasak siput beliung, memotong ekornya

rendang siput beliung. abaikan limpahan minyak tu sebab belum sempat kering Bapak dah cedok dari kuali nak snap gambar..heheh

Fakta ringkas siput beliung : -
1. antara siput yang mempunyai cengkerang terbesar dan panjang, ada yang boleh mencapai 1 kaki panjangnya.

2. peralatan yang diperlukan untuk mencari siput beliung ialah pematuk dan pisau. Biasanya cengkerang siput beliung akan dibiarkan sahaja selepas isinya dicungkil.

3. waktu mudah mencari siput beliung ialah pada masa air laut surut timpas

4. rasanya lemak-lemak manis, boleh dimasak kicap, sambal, lemak cili api ataupun digorengs sahaja.

5. isinya boleh dikeringkan

Thursday, October 1, 2009

Road Show Raya Khalish 2


Pada raya kedua, kami sekeluarga menziarahi keluarga di Kampung Bandar, Banting pula.

Di sinilah keluarga sebelah Mama berasal. Arwah atuk dulu walaupun berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan tapi pernah bersekolah dan mengajar di sini sebelum berpindah ke Pulau Indah (dulu Pulau Lumut) kerana menjaga wasiat arwah moyang.

Masa mula-mula kahwin dulu, Orang Rumah Bapak ada tanya kenapa namanya Kampung Bandar, sudah kampung, bandar pula...hehhe...apa pun kawasan ini bersejarah dan pernah menjadi lokasi pusat pemerintahan (bandar diraja) Selangor sebelum berpindah ke Klang.

Di sinilah bersemadi pusara arwah moyang dan nenek Bapak. (Bapak tak pernah jumpa arwah nenek sebab dia meninggal tiga tahun sebelum Bapak lahir tapi berkesempatan dengan arwah moyang yang meninggal ketika Bapak berusia 15 tahun).

Setiap tahun memang rutin kami menziarahi pusara mereka dan beraya rumah saudara mara terutama Tok Busu (adik arwah nenek) dan Tok Andak (adik arwah atuk).

Tok Busu dan Tok Andak antara adik-beradik arwah atuk dan nenek yang masih ada dan hubungan kami memang rapat.

Tahun ini Bapak dan Orang Rumah Bapak tak ke pusara moyang dan nenek kerana Khalish masih kecil. Insyaallah bila Khalish dah besar, Bapak akan bawa dia ziarah agar dia kenal susur galur keluarga dan mengerti kasih sayang tak pernah putus walaupun mereka sudah lama meninggalkan kita...

Sendawa Khalish

Bagi bayi empat bulan seperti Khalish, dia perlu ditepuk belakang badannya bagi memudahkannya proses sendawa setiap kali selesai menyusu.

Jika tidak mungkin bayi akan muntah ataupun tersedak susu.

Biasanya semasa ibunya menepuk belakang Khalish, beliau akan menepuk dengan lemah-lembut dan meransang Khalish sendawa dengan menyebut perkataan erk..erk..

Namun lama-lama lain pula jadinya, Khalish bukan cepat sendawa tetapi mula pandai mengajuk perkataan itu.

Erk...bukannya sendawa betul-betul tetapi hanya dibunyikan oleh Khalish. Apabila berhadapan dengan situasi itu, Bapak dan Orang Rumah Bapak hanya ketawa dengan gelagat Khalish apatah lagi mimik mukanya ketika itu selamba je..hehe


Selalunya kami tak mudah tertipu dengan taktik Khalish dan terus menepuk belakangnya. Kalau tak sendawa pun tak pa kerana selalunya dia akan sendawa sendiri kemudiannya apabila meniarap.

Sehari sebelum raya, oleh kerana barang-barang yang nak dibawa ke kampung agak penuh sampai perlu diletak di tempat duduk belakang, Khalish dan ibunya duduk tempat duduk hadapan.

Khalish perlu menyusu dan tidur di riba ibunya.Seperti biasa, selepas menyusu, dia akan ditepuk sehingga sendawa. Oleh kerana ini perjalanan panjang kedua Khalish selepas dia pulang ke Ipoh tempoh hari, dia tak berapa selesa. Beberapa kali dia cuba nak meniarap tetapi manalah ada ruang.

Sampai sahaja di rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya, Khalish terus lena akibat keletihan. Namun sebaik sahaja terjaga, dia terus menangis tak henti-henti walaupun dipujuk semua isi rumah.

Puas dipujuk sampai dekat sejam pun tak mahu reda tangisannya, minum susu pun tak mahu. Mama syak Khalish kembung perut lalu disapu dengan minyak angin.

Khalish hanya senyap apabila 'angin' keluar di bawah.Mungkin Khalish tak sendawa bila ditepuk selepas minum susu dalam kereta tadi tetapi sekadar mengajuk perkataan erk...

Peristiwa ini jadi pengajaran, semoga Khalish tak ngelat lagi selepas ini dan ibu dan bapanya semakin peka dengan telatah dia...hehhe

Road Show Raya Khalish 1

Raya tahun ini giliran rumah orang tua Bapak di Petaling Jaya.

Walaupun jadual raya keluarga Bapak agak rutin tetapi tahun ini agak istimewa dengan kehadiran cucu sulung. Tentulah di setiap rumah yang diziarahi, Khalish yang akan menjadi tumpuan utama.
Khalish bersama atuknya di pagi raya

Kebanyakan rumah yang Khalish kunjungi, dia akan di sapu dengan minyak wangi (kadang-kadang minyak atar pun jadi, Mak Anjang (adik Mama) tak jumpa minyak wangi, di suapnya Khalish dengan gula..heheh)

Katanya itu tradisi dan adat orang tua-tua menyambut kehadiran bayi baru yang pertama kali berkunjung ke rumah mereka.

PAGI RAYA
--------
Alhamdulillah Aidilfitri disambut pada 20 September 2009. mula-mula Bapak risau gak sebab sepanjang hari terakhir Ramadan tu agak redup dan hujan di sebelah petangnya. Risau tak nampak anak bulan, yelah puasa baru 29 hari, cuaca tak menentu pulak. Padahal Mama konfiden dah masak semua hidangan raya pulak...hehe..

Besoknya, selesai solat Aidilfitri, kami bermaafan sesama keluarga dan makan hidangan raya bersama-sama.

Walaupun Khalish baru empat bulan, ramai pula yang belikan baju Melayu untuk dia. Pada pagi 1 Syawal ini, Khalish memakai baju Melayu warna ungu yang dibelikan Atuknya.

Tapi Khalish cam ayahnya, takleh pakai baju Melayu lama-lama; rimas. (Bapak paling lama pakai baju Melayu masa sekolah rendah agama dulu, masa nikah dan masa sanding..heheh).

Khalish mula merengek-rengek kepanasan sampai gambar keluarga beramai-ramai pagi raya kena ambil banyak take kerana peel dia.hehhe

Foto keluarga yang diserikan dengan aksi Khalish merengek

TENGAH HARI RAYA
----------------
Kami sekeluarga pulang ke kampung arwah atuk di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Raya ni agak terasa kehilangan kerana pertama disambut tanpa atuk yang pulang ke rahmatullah kira-kira 11 bulan lalu.

Begitupun, tradisi pulang ke kampung masih diteruskan. Sebab adik-beradik Mama ramai (10 orang) walaupun tak semua balik tahun ini, suasananya tetap riuh dan meriah.

PETANG RAYA
-----------
Bapak, Orang Rumah Bapak dan Khalish pulang dulu dari kampung walaupun yang lain menunggu Mak Ngah (ibu saudara Bapak yang menetap di Ramuan Cina Besar, Melaka) yang tak sampai-sampai walaupun dah petang.

Sebelum balik, kami singgah dulu ke rumah Pak Long (bapa saudara Bapak) yang rumah hanya sepelaung dari rumah arwah atuk.

Khalish yang sudah kepanasan di kampung

MALAM RAYA
----------
Bapak dan adik ketiga, Siddiq layan bola; perlawanan derby Manchester United vs Manchester City. (Adake raya tengok bola, layan jer la..heheh)
Wah dramatik betul, nasib baik ada Owen. menang 4-3. (pertahanan teruk gila, boleh tiga kali silap tu, bilalah Van der Saar nak fit ni...)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails