Pagi semalam sewaktu menyelusuri taman perumahan Bapak selepas mengambil Mykid Ilhan di JPN Perak, Bapak perasan sebuah helikopter berlegar-legar rendah di udara.
Semakin lama semakin rendah. Setahu Bapak memang ada sebuah sekolah penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang melatih polis dan tentera tetapi biasanya taman perumahan Bapak bukanlah laluan latihan mereka.
Bapak teringat beberapa kejadian helikopter terhempas termasuk yang terbaru meragut nyawa seorang pegawai polis di Malim Nawar pada Disember lalu.
Kejadian itu berlaku di bekas lombong tetapi ini di kawasan perumahan; kalau sesuatu buruk berlaku pasti impaknya lebih besar...
Senario helikopter terbang terlalu rendah itu seolah-olah menjadi tempat mendarat turut menarik beberapa penduduk lain termasuk penjual nasi lemak di bahu jalan.
Akhirnya helikopter itu mendarat di sebuah padang rekreasi yang kecil sahaja saiznya terletak berhadapan rumah Bapak.
Dari jauh Bapak nampak sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba dan mengambil juruterbang helikopter tersebut.
Setelah berbual sekejap dengan beberapa penduduk termasuk seorang pakcik penjual nasi lemak, mereka memasuki kenderaan pacuan tersebut meninggalkan sahaja helikopter di tengah-tengah padang rekreasi terbabit.
Ada misi khas menyelamat pesakit ker tetapi kenapa helikopter itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan?
Bapak keluar dari kereta lalu mendekati pakcik penjual nasi lemak yang masih ralit melihat helikopter itu. Selepas bersalaman, dia memberitahu :
"Diorang ranjer hutan, tengah pantau hutan dekat-dekat rumah kita ni. Landing helikopter jap, nak pergi sarapan katanya," beritahu pakcik itu persis jurucakap Jabatan Hutan.
Mak ai, Bapak menepuk dahi. Teringat filem Los & Faun, Jasmin (lakonan Erra Fazira) beli sayur kat Cameron Highlands naik helikopter.
Ini lagi hebat, sarapan naik helikopter...heheh...
Bapak tersengih apabila menyaksikan beberapa penduduk lain terutama kanak-kanak tidak melepaskan peluang bergambar di samping helikopter tersebut. rare ni...heheh
Translate
Sahabat Bapak
Tuesday, March 29, 2011
Sunday, March 27, 2011
Iklan paling menakutkan
Setiap kali iklan ini dan membabitkan seorang lagi duta Libresse, Adibah Noor berdriff ditayangkan di kaca televisyen, Khalish pasti ketakutan.
Dalam iklan selama 42 saat tersebut Yuna melakukan terjun udara.
Mukanya yang ceria tiba-tiba berubah pucat, sambil menangis dia cepat-cepat menutup suis televisyen.
Entahla apa yang Khalish takutkan sangat sebenarnya, jeritan Adibah Noor & Yuna ker, aktiviti ekstrem yang dilakukan kedua-dua artis tu ker atau produk itu sendiri....
Setiap kali di tanya, Khalish cuma menjawab
"Na nak, na nak... (tak nak, tak nak)" berulang kali...heheh..
Thursday, March 24, 2011
Saya ahli Kelab Upin & Ipin!
Khalish memang peminat fanatik Upin & Ipin. Dia menyebutnya Upi Ipi.
Setiap hari mesti nak tengok Upin & Ipin. Pagi, tengok vcd, tengah hari kat youtube, petang kat TV9 & malam di channel Disney. Khusyuk menonton animasi tersebut tanpa jemu walaupun kebanyakan episod ditayangkan diulang-ulang.
Bantal yang mempunyai gambar Upin & Ipin bersongkok dibeli atuk & neneknya di Kuala Terengganu antara bantal kesayangan Khalish selepas bantal busuknya.
Semasa meninjau-ninjau sorang-sorang di Karnival 'Deme Tanya, Pak Ngah Jawab' di Dataran MBI kelmarin, Bapak terserempak dengan gerai pameran Upin & Ipin.
Di situ sudah ada beberapa kawan Bapak. Rupa-rupanya mereka sedang mendaftar untuk Kelab Upin & Ipin untuk anak-anak dan diri sendiri.
Apabila terkenang Khalish, Bapak pun terjebak sama mendaftar keahlian. Sebab Khalish masih berumur di bawah 7 tahun, kad keahlian tersebut di bawah nama Bapak.
Selepas membayar RM15, Bapak dapat beberapa barangan percuma seperti sticker dan baju T. Menurut kakitangan bertugas, merek sudah mempunyai cawangan di Ipoh yang terletak di Greentown. Katanya boleh dapat discount kalau membeli barangan koleksi Upin & Ipin.
Baju T tu Bapak mintak size yang paling kecil untuk Khalish. Sampai ke rumah, Khalish punya teruja nak pakai baju T tu walaupun cam jubah je gayanya..heheh
Mewakili Khalish, Bapak bergambar ngan maskot Upin & Ipin...hehhe

Wednesday, March 23, 2011
Khalish sudah ada kereta
Sudah dasar budak lelaki, Khalish suka bermain dengan kereta. Dari replika kereta kecil koleksi Bapak hingga ke kereta remote control pemberian atuknya (Ayah Bapak) , Khalish ralit bermain.
Namun Khalish dilihat agak ganas sedikit, bukan satu tapi banyak tayar replika kereta itu telah 'botak' ditanggalkan dan dicabut Khalish. Orang Rumah Bapak pesan usah dilarang, namapun anak lelaki...
Sejak-sejak akhir ini, Bapak dan Orang Rumah Bapak perasan Khalish gemar duduk menghempap kereta remote control sambil berusaha mengerakkannya dengan kakinya. (nasib baik kereta remote control yang pernah jadi milik Siddiq (adik ketiga Bapak) tu dah rosak.)
Melihat aksinya itu, kami bercadang untuk membelikan Khalish sebuah kereta mainan. Sampai di Kinta City, Khalish diberi peluang memilih sendiri kereta kegemarannya.
Mulanya dia rambang mata juga, semua hendak dicuba dan dibawa balik. Namun setelah Bapak bertegas, akhirnya pilihan dibuat.
Tapi apabila sudah berkenan, Khalish tak mahu berenggang pula dengan kereta mainannya itu. Sudahnya dengan dia-dia sekali diangkut ke dalam troli.
Bapak dan Orang Rumah Bapak buat-buat rilek apabila segelintir pelanggan pusat membeli-belah itu tersengih-sengih memandang aksi Khalish menunggang kereta mainan itu di dalam troli.
Sampaikan semasa pembayaran dibuat di kaunter pembayaran, cashier terbabit terpaksa mengtag tanda harga dari dalam troli kerana Khalish tidak mahu berganjak...heheh...
Kini hari-hari Khalish menunggang kereta mainannya di sana-sini di dalam rumah. Sampaikan nak 'melawat' adiknya, Ilhan yang tidur di bilik tidur belakang pun naik kereta. Nak ke dapur untuk basuh tangan lepas makan pun dengan kereta.
Itu tak termasuk membawa anak patung Orang Utan (dia panggil OU) berjalan-jalan keliling rumah dengan kereta barunya...heheh..

Labels:
keluarga
Tuesday, March 22, 2011
Radix Fried Chicken (RFC) Ipoh
Radix Fried Chicken (RFC) telah membuka cawangan pertamanya di Ipoh sejak lebih sebulan lalu di Taman Alkaff, Ipoh.
Dengar ceritanya sambutan pada awal pembukaannya agak hangat. Oleh itu, untuk mengelakkan kesesakan melampau, Bapak sekeluarga baru memulakan sesi sua rasa RFC semalam.
Berbekalkan panduan di internet dan kain pemidang yang dipamerkan di tepi jalan, kami sampai juga di restoran RFC yang terletak di lokasi tak dijangka.
Memasuki premis dua tingkat yang dicat ceria dengan warna jingga itu, sudah ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera dan menunggu giliran memesan menu.
Setelah berbincang sebentar dengan Orang Rumah Bapak mengenai menu yang hendak dipesan, Bapak beratur dibelakang lebih kurang 4 orang pelanggan.
Selain ayam goreng, RFC juga mempunyai sajian nasi herba, nasi tomato dan beberapa menu sampingan lain seperti aiskrim dan kentang goreng. (sepatutnya ada burger, wedges dan nasi ayam tetapi semalam tiada, tak pasti memang tak ada atau dah habis...coeslaw dah habis walaupun baru pukul 1 petang)
Bapak perhatikan RFC Ipoh mempunyai 4 orang staf yang bertugas pada masa itu. Seorang bertugas di bahagian dapur, seorang di kuanter hadapan, seorang penyediaan makanan dan seorang lagi bahagian pembersihan.
Maaf cakap, gaya staf kaunter hadapan yang bergaya ayu dan lemah-lembut bak awek Siam bekerja di restoran tomyam ditambah sikap tipikal segelintir pelanggan yang baru nak mencongak-mencongak menu pesanan apabila sampai di hadapan kaunter (padahal banyak masa nak fikir menu masa beratur tu) melambatkan sistem penyampaian.
Memang sabar itu separuh daripada iman tetapi apabila Khalish yang sabar menunggu di meja sebelum ini sudah ketuk-ketuk meja sambil berteriak : "Ayam,ayam. cipat aa..cipat aaa(cepatlah, cepatlah),"
Akhirnya sampai juga giliran Bapak.
Bapak pesan set Delight A; set ayam goreng cam KFC tu, Orang Rumah Bapak pesan nasi tomato & Khalish dapat aiskrim coklat dan fries (sebab dia akan cilok ayam goreng dan nasi tomato tu sikit..)
"Sedap ayam goreng RFC ni, garing, terasarempah dan tak muak cam KFC. Mashed potato (kentang putar) pula terasa kandungan minyak sapi atau mentega," komen Orang Rumah Bapak ala-ala juri rancangan masakan setelah menjadi penonton setia MasterChef, Junior MasterChef dan TopChef sejak akhir-akhir ini....

Monday, March 21, 2011
Cempuling
Kenduri perkahwinan Mak Anjang (adik Mama) turut diserikan dengan persembahan cempuling.
Kumpulan Cempuling Al-Ikhlas turut dianggotai Pakcik Mamat (adik Mama). Mereka turut membuat persembahan dalam majlis menyambut menantu Bapak hampir tiga tahun lepas.
Secara ringkasnya cempuling yang dikatakan berasal dari Jawa Tengah merupakan kumpulan pemain alatan muzik berasaskan pukulan yang menghasilkan variati rentak dan irama.
Peralatan muzik asas cempuling ialah gendang, gong, kempal, kempreng dan enteng-enteng.
Walaupun secara konvensionalnya, lagu-lagu yang didendangkan berunsur nasihat dan teladan, Cempuling Al-Ikhlas turut memperdengarkan lagu-lagu moden baik Melayu dan Inggeris.

peristiwa
Sunday, March 20, 2011
Jodoh seorang nenek
Alhamdulillah, Mak Jang (adik Mama) kembali temui jodohnya setelah lama berseorangan.
Ini perkahwinannya yang ketiga. Dua perkahwinan sebelum ini dikurniakan empat anak dan sudah pun mempunyai beberapa orang cucu. Jodoh Mak Jang yang berusia lewat 40-an dengan seorang bujang 30-an..dah jodoh...heheh..
Majlis perkahwinan yang diadakan di kampung kami, Pulau Indah siap dengan malam berinai besar, percikan bunga api dan bersanding. Bapak sekeluarga berkesempatan memeriahkannya.
Best moment tengok, nenek bersanding di pelamin, cucu jadi flower girl..heheh
Masa malam berinai besar tu, Khalish macam biasalah, buat perangai tak nak join majlis. Nak duduk dalam kereta pulak tapi apabila tengok kumpulan kompang, dia jadi seronok dan turut beraksi sama.
Semakin kuat kompang dipukul, semakin kuat Khalish mengoyangkan badan dan menepuk tangan...heheh...Bebudak kompang tu sengih2 je tengok telatah Khalish..heheh
Esoknya masa majlis persandingan, Khalish pun naik syeikh berkompang bersama-sama..hehe
Ilhan pulak yang naik takut dengan bunyi bising-bising lalu sering mencebikkan muka...heheh

Saturday, March 19, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Family Breakfast Box
Ilhan kini sudah berusia 4 bulan. Dia sudah boleh meniarap dan bergolek-golek. Kadang-kadang Ilhan berlawan siapa paling nyaring menjerit dengan abangnya, Khalish.
Dalam lawatan di klinik desa terbaru, berat Ilhan sudah 7 kg. Oleh kerana awal pagi dan Khalish masih belum sedar dari tidur, Orang Rumah Bapak sendirian memandu bersama Ilhan ke klinik desa yang letaknya tak sampai 3 km dari rumah.
Apabila Khalish tersedar, Bapak memandikan dan menyiapkan dia kerana sebaik sahaja Orang Rumah Bapak dan Ilhan kembali ke rumah setelah selesai urusan, kami hendak bersarapan di luar. Sesuatu yang jarang dibuat kerana Bapak lebih gemar bersarapan di rumah..hehhe..
Kami bersarapan Family Breakfast Box di Mc Donald. Bagi Khalish hash brown, pancake, memang kesukaan dia..Tak tolak walaupun sekarang dia dah mula memilih makanan...
Orang Rumah Bapak selalu gak buat pancake tuk Khalish, tuk Bapak lempeng je la tapi kena ada sambal bilis baru kick! heheh...
Bapak minum teh, Orang Rumah minum kopi, Khalish minum air kosong, Ilhan minum susu ibu sahaja...heheh...

Monday, March 7, 2011
Khalish : Racun & Penawar
Sejak beberapa hari lalu, Bapak rasa penat...penat mental, emosi dan fizikal...
Macam tak larat ngadap peel Khalish yang setiap malam ngamuk dan menangis tak tentu pasal biarpun halnye kecil je. Makin dipujuk makin kuat lalakannya, tak dipujuk tangisan tak berhenti-henti sampai ke pagi. Siap buat aksi-aksi badan yang dibimbangi membahayakan dirinya.
Ilhan yang baik perangai tengok je aksi abangnye dari jauh...
Yela Khalish baru berumur setahun 9 bulan, sebutan pertuturan tak berapa nak betul lagi. mungkin itu cara dia nak tarik perhatian dan tunjuk ekspresi diri tapi Bapak yang sudah sedia penat dengan faktor-faktor luaran, rasa-rasanya makin berada di tahap stress...
Apapun kekalutan ini perlu diselesaikan segera. Semalam Bapak isi borang cuti, seminggu mulai hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)