Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, June 23, 2010

Pengajaran daripada Kumpulan A & B Piala Dunia 2010

Sudah masuk 13 hari Piala Dunia Afrika Selatan 2010 berlangsung.

Pusingan awal melibatkan kumpulan A dan B pun sudah berakhir dan empat pasukan yang layak ke pusingan kedua sudah diketahui. Uruguay, Mexico untuk kumpulan A sementara dua pasukan kumpulan B yang layak pula ialah Argentina dan Korea Selatan.

Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang gagal layak ke pusingan kedua dalam sejarah penganjurannya sejak 1930.

Biarpun bermain di gelanggang sendiri, sokongan padu penyokong dan kerajaan serta bantuan bunyi memekik vuvuzela tak cukup tak membantu skuad Bafana-bafana beraksi cemerlang.

Alasannya mudah pasukan Afrika Selatan yang kini berada di rangking 63 FIFA itu tak cukup mantap untuk pergi jauh. Alasan sama apabila pasukan badminton negara kita gagal dalam kempen Piala Thomas di gelanggang sendiri pada Mei lalu....

Perancis yang merupakan naib juara pada edisi 2006 juga tersingkir awal. Sebelum ini skuad yang pernah menjuarai Piala Dunia 1998 pernah menjadi juara bertahan pertama yang tersingkir di pusingan awal pada edisi 2002.

Jika diikutkan barisan pemain Perancis kini jauh lebih baik dan berbakat berbanding skuad Piala Dunia 2006 namun bola sepak bukan permainan individu tetapi berpasukan.

Individu yang perlu bertanggungjawab kerana gagal mengawal dan mengadun gabungan pemain-pemain untuk menyerlahkan kemampuan dan bakat sudah pastinya jurulatih, Raymond Domenech.

Dia sepatutnya disingkirkan selepas Perancis gagal dalam kempen Euro pada dua tahun lalu. Kini Laurent Blanc perlu memikul cabaran untuk memulihkan semula skuad ini.

Argentina pula cemerlang pada kempen awal biarpun reputasi jurulatih Maradona sering dipertikai sebelum ini.

Namun masih terlalu awal untuk mengatakan skuad yang pernah dua kali menjuarai Piala Dunia ini adalah calon utama merangkul gelaran.

Setakat ini Maradona agak bergantung kepada kehebatan skil individu pemain-pemainnya. Taktikal dia bakal diuji mulai pusingan kedua ini dan jika berjaya sama-samalah kita bayangkan Maradona berlari bogel di sekitar Obelisk, Buenos Aires..heheh...

Kejayaan Korea Selatan melangkah ke pusingan kedua buat pertama kali luar gelanggang sendiri membuktikan mutu pasukan Asia sudah bertambah baik.

Adakah selepas ini giliran England dan Jerman pula yang akan tersingkir? Mampukah Ghana dan Algeria membawa maruah benua Afrika ke pusingan kedua setelah kegagalan Afrika Selatan, Nigeria dan Cameroon? Malam ini penentu segalanya...

Sunday, June 6, 2010

Shahir AF8 : Ikon Belia Perak 2010

Shahir AF8 sudah jadi Ikon Belia Perak 2010.

Dia akan terima anugerah tersebut daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada perhimpunan sempena sambutan Hari Belia peringkat Perak di Arena Square, Teluk Intan pada 4 petang ini.
Dengar ceritanya, bekas anggota kumpulan nasjid, Saujana ini dipilih kerana prestasi dan kesungguhannya dalam bidang seni serta sahsiah dia sebagai seorang yang berbudi pekerti.

Semalam dalam kira-kira 5.30 petang, juara AF8 itu disambut oleh kira-kira 100 ahli keluarga dan peminat (Shahir FC) dalam satu majlis doa selamat di rumah keluarganya di Taman Bandar Baru, Kampar.

Turut hadir Pengetua AF8, Norman KRU dan isteri.

sekian, terima kasih.

Tuesday, June 1, 2010

Jalan-Jalan Edisi Taiping

Hajat hati nak bawa Khalish berjinak-jinak dengan haiwan di Zoo Taiping. Alang-alang dah sampai ke bandar warisan tersebut, kami pun ambil kesempatan pusing-pusing melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di situ.

Lokasi pertama sudah pastinya Zoo Taiping. Tiket masuk dewasa RM12 tapi selepas guna baucer yang dimuat turun daripada laman web Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dapatlah diskaun 20 %.

Niat hati nak makan tengah hari dan berphoto shoot di Taman Tasik Taiping serta jenguk-jenguk Bukit Larut dipaksa dilupakan akibat hujan. Bukan Taiping namanya kalau tak hujan...heheh...

Akhirnya kami makan tengah hari di dalam kereta sahaja..heheh...

Setelah hujan reda sementara, kami singgah Muzium Perak. Best muzium ni sebab boleh bergambar sakan tanpa dikenakan sebarang bayaran...heheh..Tentu pak guard muzium tu pelik tengok gelagat poyo Bapak memujuk Khalish yang moodnya selaku model kadang-kadang ok kadang-kadang ko...heheh...

Selepas itu kami singgah Taiping Sentral untuk solat dan menguruskan apa yang patut...

Kemudiannya Bapak pecut ke Batu Kurau, kononnya nak cari durian tapi malangnya tiada sebiji pun buah durian dijumpai...hehhe...Pusing-pusing Bukit Gantang pun gagal menemukan durian, dah tak de rezeki kami..hehhe...

Hajat Orang Rumah Bapak nak makan popia kat medan selera Jalan Panggung Wayang pun tak kesampaian sebab hujan terlalu lebat, tak sanggup pulak bawa Khalish redah hujan tu...

Tak lengkap rasanya kalau tak pekena mee udang di Kuala Sepetang. Selepas itu singgah sebentar ke Masjid Tengku Menteri, Matang. Masjid yang dibina 1897 ni antara masjid terawal dibina di daerah Larut, Matang dan Selama.
Perancangan nak ke Hutan Paya Bakau Matang dan Kota Ngah Ibrahim juga terpaksa dilupakan kerana dah lewat petang.Memang sehari tak cukup nak jelajah bandar warisan ni...

Lagi foto di imejcerita.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails