Translate

Sahabat Bapak

Thursday, June 30, 2011

Manisnya Kurma ini vs Penyamun

Wednesday, June 29, 2011

Analisis Malaysia vs Taiwan (Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014)

Pasukan Malaysia akan berkunjung ke Taiwan pada Ahad ini dengan berbekalkan kemenangan tipis 2-1. Banyak lagi yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan timbal-balik yang berlangsung di gelanggang lawan.

Secara keseluruhan tempo Malaysia agak perlahan pada permulaan perlawanan, meningkat semula dengan kemasukan Abdul Hadi Yahaya dan semakin bersemarak dengan jaringan kapten, Safiq Rahim.

Permainan Malaysia semakin kemas sebaik sahaja separuh kedua bersambung lantas menghasilkan gol kedua menerusi tandukan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Namun selepas kecederaan Safiq tidak lama kemudian, pemain negara terutama di posisi pertahanan mula leka. Peluang ini tidak dilepaskan Taiwan untuk merapatkan kedudukan menerusi pemain gantian, Cheng Pong Liang.

Malaysia dilihat terlalu bergantung kepada Safiq yang bermain di posisi tengah. Barisan serangan negara kurang menyerlah dengan beberapa peluang keemasan dilepaskan Badrol Bakhtiar.

Safee Sali sebelum mengalami kecederaan hamstring pula seakan lupa corak permainanan Malaysia apabila kurang menjadi. Dia bermain dengan teknik permainan biasa digunakan dalam Liga Indonesia yang berbeza dengan pasukan kebangsaan.

Barisan pertahanan juga kadang-kala leka, kurang marking dan menutup ruang sehingga membolehkan pemain Taiwan sekali-sekala melakukan serangan berbahaya.

Permainan juga cuba dilambat-lambatkan barisan pemain-pemain Taiwan yang agak 'lembik' sering terjatuh dan terpaksa diusung keluar biarpun hanya menerima terjahan lemah.

Apa pun perlawanan pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia ini menunjukkan pasukan Malaysia lebih baik dari segi skil, motivasi dan taktikal berbanding Taiwan. Peluang untuk ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh hampir 30 tahun tidak mustahil untuk digapai.

Tuesday, June 28, 2011

Baru pulang dari kampung

Bapak baru pulang dari rumah mertua di Melaka. Ikut sekali kembali ke Ipoh, Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan yang sudah berada di kampung lebih 3 minggu lalu.

Kami juga sempat menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Mak Chow, kakak sulung Mak Mertua di Lubok Cina pada Ahad lalu.

Ilhan tak berapa sihat, asyik meragam kerana batuk dan selesema. Khalish pula baru kebah dari demam. Sebab terlalu suka berlari dan melompat, Khalish balik Ipoh dengan calar-balar di pipi dan siku.

Teruja Khalish pertama kali menatap gambarnya sendiri dalam photobook 'Keletah Khalish' yang siap tempoh hari.

Friday, June 24, 2011

Pokok - MUH feat Hazama

Tuesday, June 21, 2011

Hairuman : Selepas keluar hospital

Kisah Hairuman yang menjadi mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi amat menyentuh emosi.

Kejadian tragis ketika mengambil upah mengait kepala sawit itu November 2010 telah mengubah hidupnya. Tak terbayang penderitaan apabila 40 peratus badan hangus, kedua-dua tangan dan kaki kiri terpaksa dipotong bagi mengelak komplikasi.

Selepas terlantar hampir 6 bulan, Hairuman dibenarkan keluar hospital dan perlu mengharungi realiti kehidupan.

Dengan kelukaan yang masih belum sembuh, kulit Hairuman amat sensitif dengan haba dan cahaya.

Setiap 2 minggu dia perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Slim River untuk tempoh yang belum pasti, mungkin setahun, dua, tiga atau lebih.

Namun pemerhatian Bapak hari ini mendapati semangat Hairuman semakin pulih. Dia bukan sahaja redha dengan ketentuan Allah malah realistik tentang masa depannya.

Bagi Bapak kekuatannya banyak dibantu ahli keluarganya terutama kakaknya, Mayuni.

Kehilangan kedua ibubapa menyebabkan Mayuni cekal dan tekad berkorban untuk keluarga sejak belasan tahun lagi. Namun wanita itu tidak mengambil jalan singkat mengorbankan masa depan, pelajaran tetap diutama sehingga mampu melangkah ke menara gading.

Mayuni juga bertuah dikurnia suami yang memahami terutama ketika menghadapi ujian yang menimpa Hairuman.

Itu pengajaran yang Bapak dapat lihat selepas menziarahi keluarga ini hari ini. Semoga Allah melindungi mereka...

Manisnya Kurma itu

Monday, June 20, 2011

Bapak bercakap dengan Tamar Jalis

Biarpun bukan pembaca tegar, Bapak akui pernah membaca Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis masa kecil-kecil dahulu.

Biasanya Bapak baca siri tersebut yang dibeli Mama atau saudara-mara yang lebih tua. Secara ringkas ia merupakan memoir perjalanan hidup Tamar Jalis bersama datuknya yang dikenali sebagai Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah dari Beruas, Perak yang penuh dengan pengalaman mistik.

Selama ini identiti Tamar Jalis dikatakan tidak pernah didedahkan. Ramai yang tertanya-tanya biarpun Bapak berpendapat mungkin segelintir kenal terutamanya yang pernah bertugas di majalah Variasari.

Hari ini dalam Wacana SBDJ anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Perak dan Karyawan Perak, penulis itu akhirnya mengenalkan diri buat kali pertama setelah lebih 30 tahun itu siri itu tersiar.

Bapak berpeluang untuk berbual dengan Tamar Jalis atau nama sebenarnya Mohd. Radzi Mahmud, 73. Orang sangat merendah diri dan sederhana pegangan hidupnya...

Kami berborak bagai seorang cucu dengan atuknya..heheh..ini sebahagiannya...

Tamar Jalis dipilih sebagai watak pengantar SBDJ merupakan nama anak raja jin Tamar Bunga yang dibunuh Inderaputera dalam Hikayat Inderaputera.

60 peratus daripada jalan cerita SBDJ adalah kisah benar dan selebihnya khayalan dengan motif mendidik sambil berhibur.

"Objektif asal penulisan SBDJ ialah untuk menarik pembaca untuk membeli Variasari. Ternyata formula menghasilkan karya berunsur seram dan mistik itu berjaya.

"Saya sebenarnya segan nak kenalkan diri kerana berpendapat karya SBDJ terlalu biasa berbanding karya-karya sastera saya yang lain," katanya jujur.

Jelasnya kepada Bapak, dia sendiri terkejut siri itu boleh bertahan sehingga lebih 23 tahun dan masih mempunyai pengikut tersendiri sehingga kini. Buktinya kewujudan beberapa blog dan facebook page khas hasil inisiatif peminat.

SBDJ pernah mencapai populariti hingga dikatakan telah terjual lebih sejuta naskhah, malangnya kebanyakannya merupakan cetak rompak....

Hak ciptanya kini diuruskan Nafiela Books yang akan menerbitkan semula siri-siri tersebut dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mulai September ini.

Menyelak beberapa lembaran jilid 1 SBDJ edisi tersebut yang turut ditandatangani Tamar Jalis, Bapak nampak budaya Melayu Perak dahulu kala berbanding keseraman di dalamnya...

Tiada lagi Pak Uda

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

SAMBUTAN Hari Bapa tahun ini pastinya tidak bermakna buat ahli keluarga pelakon komedi terkenal, Zami Ismail, 67, apabila lelaki kesayangan mereka itu pergi meninggalkan mereka akibat serangan jantung semalam.

Sememangnya umum mengetahui tahap kesihatan figura yang yang cukup sinonim dengan gelaran Pak Uda itu agak menurun sejak akhir-akhir ini, namun pemergiannya itu merupakan satu kejutan dan kehilangan besar buat industri hiburan tempatan.

Menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang mula bersiaran sejak 27 tahun yang lalu, arwah cukup berjaya menghidupkan karakter Pak Uda.

Malah diakui, nama Zami lebih sebati dengan panggilan Pak Uda gara-gara sitkom tersebut.

Anak kelahiran Tapah Road, Perak itu memulakan kariernya sebagai seorang pelakon teater kira-kira 49 tahun yang lalu bersama Badan Budaya Ipoh.

Pada tahun 1973 menerusi teater Pertemuan Dua Roh yang diarah dan ditulis sendiri olehnya, arwah telah diangkat sebagai Pelakon Teater Terbaik.

Namun, nama arwah hanya mula popular setelah menjadi salah satu tunjang utama Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Othman Hafsham pada tahun 1984.

Biarpun sudah berlakon puluhan drama serta filem sepanjang kerjayanya itu, namun Zami masih lagi menjadi antara pelakon veteran yang terus bertahan dan diminati sehingga sekarang.

Menurut salah seorang anaknya, Ahmad Yamashita, 38, ketika ditemui berkata, beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah ayahnya itu sedang menjalani penggambaran drama di Pekan Hulu Langat, Selangor.

“Ketika menjalani penggambaran, arwah ayah ada mengadu sakit dan kemudian dia terus dibawa ke Hospital Ampang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Selama dua minggu arwah ayah dimasukkan ke hospital berkenaan, pihak hospital kemudian meminta kami supaya membawanya mendapatkan rawatan lanjut ke Institut Jantung Negara (IJN),” ujarnya.

Menurutnya lagi, ketika menjalani pemeriksaan di IJN, doktor mendapati keadaan jantung arwah ayahnya berada dalama keadaan yang cukup lemah.

Lebih memburukkan lagi keadaan katanya apabila Zami turut menghidap penyakit kencing manis sehingga menyebabkan pembedahan jantung ke atasnya terpaksa ditangguhkan sementara.

Bagaimanapun, usianya tidak panjang apabila dia menghembuskan nafas terakhir dan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi semalam selepas seminggu berada di IJN.

Selain Ahmad Yamashita, arwah meninggalkan seorang isteri, Hanizan Ibrahim, 58, serta sembilan orang anak iaitu Mohd. Hitler, 39; Mohd. Soupi, 37; Ismail Fahmi, 36; Khairul Affendi, 30; Aida Nurul Ashikin, 29; Aida Nurul Wahyu, 27; Mohd. Firdaus, 24, dan Zahid Bahoqman, 21.

Pelakon berkaliber

Selain terkenal dengan watak Pak Uda, ternyata arwah juga turut dikenali sebagai Pak Abu dalam dua filem arahan Mamat Khalid iaitu Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Ketika dihubungi semalam, Mamat meluahkan rasa sedihnya.

“Arwah memang seorang pelakon yang cukup berkaliber dan dialah yang banyak bertanggungjawab dalam mencorakkan gaya pengarahan saya dalam bidang komedi.

“Sebagai seorang pelakon yang cukup berpengalaman, banyak perkara yang saya pelajari daripadanya dan sememangnya kebanyakan pelakon baharu sangat menghormatinya,” ucapnya.

Menurut Mamat, kali terakhir dia dan arwah bekerjasama adalah menerusi filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit yang sudahpun selesai menjalani penggambaran beberapa bulan lalu.

Sewaktu penggambaran filem itu, kata Mamat, dia sendiri sudah melihat keadaan arwah yang sudah tidak sihat dan selalu mengalami semput ketika berlakon.

“Arwah memang seorang pelakon yang begitu komited dengan kerjanya.

‘Malah, dia tidak kisah untuk berlakon pada bila-bila masa dan akan melakukan dengan sebaik mungkin.

“Walaupun saya ada beri kelonggaran kepadanya seperti mengurangkan beberapa babak yang melibatkannya, tetapi dia tetap berkeras untuk terus melakukannya kerana mahu mengikut kehendak skrip,” ceritanya lagi.

Sementara Othman pula menganggap arwah sebagai tunjang kepada kejayaan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

“Biarpun pada asalnya semua yang terbabit dalam sitkom itu bukanlah pelakon komedi, namun mereka semua termasuk Pak Uda dapat membawakan watak masing-masing dengan baik.

“Malah, boleh saya katakan bahawa watak Pak Uda juga adalah tunjang kepada kejayaan sitkom berkenaan sehingga menjadi antara rancangan komedi yang paling lama bertahan,” jelasnya. - Kosmo!

Malaysia ikat Lebanon

MALAYSIA berjaya mendapat bekalan terbaik apabila mengikat Lebanon 0-0 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Sports City, Beirut semalam.

Ia keputusan yang mampu memberikan kelebihan kepada anak-anak buah Ong Kim Swee itu untuk menanti kunjungan Lebanon pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

Pada aksi yang berlangsung pada sebelah petang waktu Lebanon dengan cuaca panas terik itu semalam, Malaysia tampil dengan berhati-hati dan lebih bertahan pada separuh masa pertama.

Namun pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor sempat melakukan percubaan yang ditepis penjaga gol Lebanon pada minit ke-11 manakala tandukan Izzaq Faris Ramlan 10 minit kemudian sedikit tinggi.

Biarpun lebih banyak mengasak, Lebanon tidak banyak dapat melakukan percubaan berbahaya untuk menguji penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, tempo permainan berubah sama sekali apabila Malaysia dilihat mula menguasai perlawanan.

Pada minit ke-51, Izzaq terlepas peluang terbaik apabila gagal menampan kemas bola hantaran leret Irfan Fazail di dalam kotak penalti.

Wan Zack selepas itu berjaya melepaskan dua rembatan kencang pada minit ke-54 dan ke-61 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Lebanon.

Pada masa kecederaan, penyerang gantian, Syahrul Azwari Ibrahim hampir memberikan gol kemenangan tetapi percubaannya di hadang keluar pemain pertahanan Lebanon. - Kosmo!

This is best bro!

Kembali Bernyawa...

Alhamdulillah setelah lebih setengah bulan 'patah kaki', kereta Bapak yang tersadai di bengkel akhirnya siap.

Itupun setelah Bapak buat muka sardin, hubungi pihak bengkel termasuk mekanik tiap-tiap hari semenjak pihak insurans meluluskan permohonan tuntutan.

Kereta dah sampai dalam tangan, sekarang tunggu salinan dokumen tuntutan insurans kepada pihak ketiga (pemandu yang langgar kereta Bapak..)

Pengalaman tidak mempunyai kenderaan dalam setengah bulan amat berharga. Sepanjang tempoh tersebut, ada kala Bapak menumpang rakan sekerja, pinjam kereta bos seminggu dan pernah sehari menaiki bas. Itupun setelah berjalan kaki dari rumah sejauh hampir 5 km untuk ke perhentian bas terdekat...

Sepanjang jangka masa tersebut juga Bapak sekeluarga diziarahi keluarga Bapak dan Orang Rumah Bapak. (terbalik pula...hehhe)

Sudahnya, Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan mengikut ayah dan mak mertua Bapak balik kampung di Melaka sejak awal bulan ini....

Sunday, June 19, 2011

Harimau Malaya makin ganas


Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

HARIMAU Malaya terus mengganas. Semalam, mereka sekali lagi membuktikan kejaguhan selepas berjaya membenam Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu.

Kehilangan lima tonggak utama tidak merencatkan permainan selepas beberapa muka baru yang disenaraikan jurulatih, Datuk K.Rajagobal berjaya memikul tanggungjawab yang diberikan.

Seawal minit kelapan, Malaysia menguji gawang Myanmar menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar namun, sepakannya sedikit melepasi palang.

Dua minit kemudian giliran Myanmar menguji benteng Malaysia apabila Kyi Lin melakukan hantaran lintang yang gagal ditangkap oleh Sharbinee Allawee sebelum berjaya dikeluarkan oleh Helmi Rameli.

Pada minit ke-24 menyaksikan Helmi sekali lagi menyelamatkan gawang Malaysia selepas berjaya mengeluarkan bola hantaran lintang Kyaw Ko Ko tidak berjaya ditangkap kemas Sharbinee sebelum disambar David Than yang sudah bersedia menolak masuk bola tersebut.

Selang empat minit kemudian, stadium mula gempita dengan sorakan lebih 15,000 orang penonton selepas Amirulhadi Zainal berjaya memecah kebuntuan.

Gol tersebut berpunca daripada lambungan Baddrol mengucar-kacirkan benteng Myanmar sebelum Amirul yang tidak dikawal melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol,Kyaw Zin Htet.

Babak kedua bersambung, Malaysia tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan apabila giliran Baddrol mencatat nama sebagai penjaring.

Beliau yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan kencang menarik selepas menerima hantaran lintang Abdul Hadi Yahya.

Baddrol berpeluang merekodkan satu lagi gol namun, beliau gagal memperdayakan penjaga gol Myanmar pada minit ke-67 selepas menerima lorongan daripada ketua pasukan, Safiq Rahim.

Dua minit berselang, peluang sekali lagi menjelma juga melalui Baddrol apabila gerakan yang bermula daripada Safiq yang turut melibatkan Ashaari Shamsuddin namun, rembatan pemain Kedah itu sedikit tersasar. - Kosmo!

Monday, June 13, 2011

Cinta Teragung - Hazama

Sunday, June 12, 2011

Sisi lain raket & beg

Saturday, June 11, 2011

Televisyen cap Samseng

Welcome to the club : Ashley Young, Phil Jones & David De Gea

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berjaya mendapatkan khidmat Ashley Young dengan harga perpindahan £20 juta (RM98.5 juta) semalam.

Pembelian Young dari Aston Villa menyaksikan jumlah perbelanjaan United pada musim perpindahan ini mencecah £55 juta (RM271 juta).

Kehadiran pemain berstatus bintang itu melengkapkan pembelian ketiga oleh Ferguson.

Sebelum ini, Liverpool telah berbelanja £20 juta (RM98.5 juta) apabila membeli perancang Sunderland, Jordan Henderson, manakala pengurus Arsenal, Arsene Wenger hanya mengeluarkan £1 juta (RM4.9 juta) ke atas pertahanan Charlton Athletic, Carl Jenkinson.

Lebih mengejutkan, kelab yang sebelum ini terkenal dengan pembelian pemain secara besar-besaran, Chelsea dan Manchester City masih belum me- ngeluarkan belanja selepas tamat saingan musim ini.

Young, 25, melepasi ujian perubatan di padang latihan United di Carrington semalam dan menandatangani kontrak selama empat tahun.

Dia kini menyertai Phil Jones seba- gai pemain baharu di Old Trafford se- lepas berpindah dari Blackburn Rovers dengan harga £16.5 juta (RM81.3 juta), Rabu lalu.

United juga sebelum itu telah membeli penjaga gol Sepanyol, David De Gea dari Atletico Madrid dengan harga £18.5 juta (RM91.2 juta).

Ferguson merampas Jones dari tangan pencabarnya, Liverpool, manakala pengurus The Reds, Kenny Dalglish turut dikatakan berminat ke atas Young.

Young boleh beraksi sebagai pemain sayap atau penyerang kedua dan dia merupakan pemain yang mampu memberi sumbangan besar kepada United di bahagian serangan.

Pemain ini mula menarik perhatian ketika bermain dengan kelab Watford sebelum dibeli oleh Villa dengan £8 juta (RM39.4 juta) pada Januari 2007.

Dia membuat 193 penampilan dengan menjaringkan 39 gol, namun statistik mencipta peluang jaringan sebanyak 54 kali telah membuatkan Young sebagai aset yang bernilai.

Pembeliannya juga mula mencetuskan persoalan mengenai masa depan Nani di Old Trafford.

Baru-baru ini, Nani mengesahkan dia bersedia mengubah haluan dengan menyertai kelab lain. - Agensi

Jom tengok Kejohanan Seni Silat Warisan Mahaguru!

Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan penduduk sekitar Seri Iskandar yang mempunyai masa terluang dijemput untuk memeriahkan Kejohanan Seni Silat Warisan Mahaguru di Dewan Besar UTP esok.

Pusingan awal bermula pukul 2 petang manakala pusingan kemuncak akan dilangsungkan mulai 8.30 malam.

Kejohanan ini dikelolakan aktivis silat, Jak Othman yang pernah menerbitkan rancangan Mahaguru yang pernah bersiaran di TV3 pada 1990-an.
Antara pertubuhan silat terlibat ialah Persatuan Silat Cekak Malaysia, Persatuan Silat Gayong Fatani Malaysia, Persatuan Silat Lincah Malaysia, Persatuan Silat Serimau Hitam Perak dan Persatuan Silat Cekak Harimau.

Empat kategori dipertandingkan iaitu persembahan bunga silat, tempur tangan kosong, tempur bersenjata dan serikandi.

Format kejohanan adalah berdasarkan pemilihan hulubalang Melayu dahulu kala dan ia bukan silat olahraga yang biasa kita lihat.

Thursday, June 9, 2011

Pra tonton Cer Cerita Mamat Khalid

Bapak bukanlah kaki wayang tegar apatah lagi sejak bergelar ayah. Namun perlu diakui semua filem arahan Mamat Khalid kecuali yang pertama, Lang Buana Bapak tonton di panggung wayang.

Bukan obses sangat dengan adik Datuk Lat itu tetapi filem-filemnya agak dekat dengan Bapak. Latar dan jalan cerita banyak mengimbau kenangan Bapak semasa kecil. Dalam gelak, Bapak sedar mengertawakan perilaku diri sendiri dan masyarakat sekeliling pada zaman kanak-kanak yang mengarut tetapi dianggap biasa kerana telah menjadi ikut-ikutan...

Dipendekkan cerita, kelmarin Bapak berpeluang menonton previu siri televisyen terbaru arahan Mamat Khalid, Cer Cerita.
Cer Cerita ini mempunyai 13 episod yang bakal bersiaran di Astro Warna mulai 13 Julai depan.

Mengekalkan trademark komedi seram, hampir semua episodnya berkisar ketakutan manusia terhadap hantu yang tak bertempat. Akhirnya tersedar dan hantu pula menjadi bahan sendaan.

Majoriti pelakon-pelakonnya membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Kampung seperti Shy8, Man Kadir, Wan, Pekin dan Delimawati.

Episod yang dipertontonkan ialah Pak Man Degil. Secara ringkas ia mengisahkan Pak Man lakonan Man Kadir (Pak Jabit) yang terkenal dengan kedegilannya hingga tak mahu mati walaupun nyawa sudah dicabut.

Semasa orang kampung hendak membacakan surah Yassin, Pak Man yang degil buat selamba menonton filem P. Ramlee kegemarannya di televisyen. Bukan sebab dia bela hantu raya atau menuntut ilmu salah tetapi kedegilannya.

Hanya ada satu cara sahaja untuk melunturkan sikap degil itu....

Mamat Khalid ada pelawa (ajak-ajak ayam je kot...heheh) Bapak jadi pelakon extra dalam episod Cer Cerita yang membuat pengambaran di Kampung Sungai Raya, Simpang Pulai pada malam itu.

Tapi sebab hujan dan tak nak terjebak di lokasi pengambaran sampai Subuh sebab esoknya ada tugasan penting, Bapak tak pergi..heheh

Tuesday, June 7, 2011

Photobook Khalish

Selain mengabadikan foto kehamilan pertama Orang Rumah Bapak, antara 'golden dream' lain Bapak dan Orang Rumah Bapak ialah menghasilkan photobook sempena ulang tahun pertama setiap anak-anak kami.

Photobook tersebut mengandungi foto-foto perkembangan mereka dari lahir hingga setahun. Saja untuk kenangan-kenangan terutamanya apabila anak-anak dah besar nanti...

Sebagai anak sulung, sudah pastilah Khalish perintisnya tetapi projek yang sepatutnya bermula Mei 2011 hanya bermula setahun kemudian ketika dia sudah mencecah dua tahun.
Banyak faktor kelewatan termasuk rambang mata nak memilih foto Khalish sebab terlalu banyak (anak sulung, teruja lebih...heheh)

Setelah berbincang dengan Orang Rumah Bapak, pemilihan dan proses mengedit foto telah dilakukan.
Beberapa tema dipilih seperti persediaan kelahiran, proses meniarap, sambutan Aidilfitri pertama, makanan kegemaran, bersama atuk dan nenek, tempat-tempat dilawati, bertatih dan berjalan, bermain dan proses pembelajarannya.

Kami memilih perkhidmatan Kedai Gambar Kami untuk membuat photobook tersebut dan telah menerimanya semalam. Terima kasih kepada Catlina & hubby kerana merealisasikan impian kami...
Tersengih Bapak meneliti satu demi satu foto-foto kenangan itu. Tak sabar nak tengok reaksi Khalish menatap photobook tersebut. Sekarang ini dia bersama ibu dan adiknya berada di kampung sejak kelmarin.

Tak lama lagi giliran Ilhan pula mempunyai photobook sendiri. Baru perasan foto Ilhan agak berkurangan berbanding abangnya...heheh...

Monday, June 6, 2011

Berebut bantal busuk

Seperti Khalish, Ilhan pun dah tunjukkan ciri-ciri suka dengan bantal busuk.

Namun yang digemari bukan bantal sendiri tetapi bantal busuk abangnya, Khalish. Tak tahu nak beri reaksi apa apabila sambil berbaring, Ilhan menjilat-jilat bantal busuk tersebut. Mungkin dia tiru perbuatan abangnya kot..heheh..

Dia akan ambil bantal busuk berkenaan setiap kali Khalish tidur mahu pun leka bermain atau menonton Upin Ipin. Bagaimanapun Khalish yang 'kedekut' biasanya akan merampas semula bantal kesayangannya itu.heheh...

Suatu hari, sedang Khalish tidur, Ilhan secara meniarap datang dekat abangnya lalu merampas bantal busuk yang sedang dipeluk Khalish.
Selepas berjaya mendapat objek sasarannya, Ilhan segera berbaring lalu mula menjilat-jilat bantal busuk tersebut.

Khalish yang kemudian tersedar bantal busuknya telah hilang kembali merampas bantal kesayangannya dari genggaman adik.

Tindakan Khalish itu membuat Ilhan tak puas hati lalu menarik rambut abangnya. Khalish bertindak balas melepuk dahi adiknya.

Melihat situasi itu, Bapak cepat-cepat mendukung Ilhan yang sudah menangis. Rasanya bukan pasal sakit dilepuk tetapi tak dapat bantal busuk. Alahai....

Sunday, June 5, 2011

Bidan Terjun

Thursday, June 2, 2011

Meniarap stail kuak lentang

Ilhan sudah 7 bulan. Makin lasak dan suka buat lawatan sambil belajar di sekeliling rumah terutamanya ruang tamu.

Berbanding Khalish, Ilhan agak pendiam tapi pengerakannya lebih pantas. Senyap-senyap je sudah kaki tersangkut masuk ke bawah sofa atau sampai ke sliding door rumah.

Bergolek, berundur, mara ke depan, itulah rutin Ilhan setiap hari. Lokasi kesukaannya tempat Bapak meletak surat khabar. Sampai ke situ, dia akan suka menarik surat khabar terbabit untuk dikoyak-koyakkan sampai meniarap.

Dia juga sedang berusaha menaikkan badan dan punggung untuk merangkak.
Sejak akhir-akhir ini, Ilhan ada stail baru mara ke hadapan. Bukan meniarap tetapi melentangkan badannya. Kemudiannya dengan menggunakan kekuatan kaki dan lutut, dia menolak badannya ke hadapan. Ala-ala kuak lentang.

Ternganga Bapak dan Orang Rumah Bapak melihatnya. Makin lama makin laju, tahu-tahu kepalanya sudah terhantuk ke sliding door.

Ilhan terkejut dan mukanya mencebik. Secara spontan Khalish menjerit menyebut :

"Allah, adik..adik!" sambil melarikan mendapatkan Ilhan. Bapak dan Orang Rumah Bapak terkasima! heheh...

Wednesday, June 1, 2011

Sudah tiga tahun keluarga ini dibina

Alhamdulillah semalam genap 3 tahun Bapak dan Orang Rumah Bapak berumahtangga.

Dalam tempoh 3 tahun ini, kami sudah berempat dengan kehadiran Khalish, 2, dan Ilhan, 7 bulan.

Oleh kerana 'patah kaki', rancangan asal sambutan ulang tahun perkahwinan kami terpaksa dilupakan. Sebelum ini Orang Rumah Bapak pernah cadang nak buat kek red velvet tapi bahan-bahan tak dapat dibeli sebab tiada kenderaan.

Akhirnya Bapak dan Orang Rumah Bapak termenung satu sama lain sambil memandang Khalish dan Ilhan yang asyik bermain.
Sudahnya Orang Rumah Bapak cadang pergi ke kedai kek kecil berhampiran yang sudah lama tidak dijejaki. Cuba nasib kalau ada kek yang berkenan.

Sambil masing-masing mendukung Khalish dan Ilhan, Bapak dan Ilhan melintasi jalan yang sentiasa sibuk dengan kenderaan untuk ke kedai kek itu. (rumah Bapak berhadapan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan).

Sampai ke kedai kek itu, seperti diduga kami tidak banyak pilihan. Setelah pilihan dibuat, kami pun pulang ke rumah.

Sambutan kecil-kecilan, Khalish yang lebih teruja, Ilhan buat muka sardin, tak faham apa-apa.

Apa pun, tiada yang lebih membahagiakan daripada dikurniakan isteri dan anak-anak. Syukur kepada Allah.

Harapan terhadap Ipoh

Jumaat lalu merupakan ulang tahun ke-23 Ipoh menjadi bandar raya. Bapak sudah hampir 5 tahun menjadi warganya.

Kisah sejarah awal Bapak berhijrah ke bandar raya ini pernah di ceritakan dalam entri Tiga tahun Bapak di sini... Sewaktu Bapak sampai sudah tiada Super Kinta, Bazar Bulat dan Jubilee Park; semuanya telah menjadi sejarah...
Hari ini Bapak mengenang kembali ungkapan-ungkapan mengenai Ipoh yang pernah dengar sewaktu bulan-bulan awal menjejakkan kaki di sini :

"Kau tahu dulu orang datang Ipoh semata-mata nak tengok taman rekreasi, sekarang...." - pengamal media veteran

"Orang MBI ni suka berbasikal pusing-pusing Ipoh tapi sampah kiri-kanan jalan buat tak nampak sahaja," - Uncle pemandu teksi yang agak emosional apabila bercerita tentang mutu perkhidmatan PBT

"Macam bandar pencen sahaja Ipoh ni. Pukul 7 dah tutup kedai, mati kutu dibuatnya. Boring la, tak happening macam KL," - seorang rakan yang baru ditransfer ke Ipoh dari KL. Asal Kedah, baru jejak kaki ke KL apabila melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA di ibu negara tetapi lagak macam anak jati KL...heheh..

"Alahai klasiknya bangunan-bangunan di Ipoh ni' - pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke Ipoh.

"Misi pertama saya sebagai Datuk Bandar Ipoh ialah memastikan kebersihan bandar raya ini," -Datuk Mohammad Rafiai Mokthar, bekas Datuk Bandar Ipoh sewaktu hari pertama melaporkan diri sebagai orang nombor satu MBI pada 25 Julai 2006.

"Antara sasaran saya mahu pastikan kerap berlaku kesesakan lalu-lintas di bandar raya Ipoh kerana senario itu adalah penunjuk aras terawal saya berjaya membangunkan semula Ipoh," - Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali, bekas MB Perak yang kehilangan jawatan selepas PRU-12.

"Bring back our glory," - Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah

Perlu diakui sepanjang tempoh 5 tahun ini Ipoh telah banyak berubah dan semakin berkembang. Ada yang suka, ada yang rimas dan ramai juga yang lebih suka mengenang memori lama daripada memandang ke hadapan...

Sebagai warga, selagi diberi kesempatan, Bapak mahu terus memainkan peranan membantu menjadikan Ipoh yang lebih baik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails