Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, June 26, 2013

WW : Protege Syura (Masterchef Selebriti)

habis periuk belanga kena punggah hari-hari dek Ilhan ni..hehehe

Thursday, June 13, 2013

Berebut Iqra

Sejak dari umur setahun setengah, Ilhan menunjukkan dia kecenderungannya terhadap huruf jawi berbanding rumi.

Kalau diajar menyebut dan mengenal huruf jawi, bukan main minat dia tapi apabila diajar huruf rumi dan abjad pula  berapa nak fokus.
Ilhan akan tumpang belajar Iqra' setiap kali abangnya, Khalish mengulang kaji setiap lepas solat Maghrib.
Begitupun Khalish kurang senang sebab Ilhan lebih lancar baca Iqra' berbanding dia.

Dia sering kali ingat-ingat lupa baca Iqra' (tak boleh salahkan dia, banyak kali ponteng kelas berikutan masalah kesihatan sepanjang Mac lalu).

Tapi kalau baca bahasa Inggeris, Khalish memang cekap. Sekejap je buku 'Peter and Jane' dibacanya..
Berbalik pasal Iqra', selalu gak Ilhan kecil hati dihalang abangnya belajar bersama-sama.
Walaupun dihalang Ilhan yang baru berusia dua tahun tujuh bulan tetap curi-curi belajar,. Itu yang buat Khalish tensen apabila Ilhan sering kali lebih cepat sebut sedangkan dia baru terkial-kial nak cuba mengingat huruf yang dihafal sebelum ini.
Kasihankan Ilhan, Bapak belikan Iqra' baru khas untuk dia. Sukalah dia. Khalish pun tengok semakin semangat nak belajar Iqra', tak nak kalah dengan adik dia..hehehe..

Wednesday, June 12, 2013

Borong buku di Pesta Buku Selangor

Gara-gara PRU-13, perancangan awal untuk ke Pesta Buku Antarabangsa pada hujung April lalu tidak kesampaian.

Masa itu Orang Rumah Bapak berada di kampung untuk pulang mengundi manakala cuti Bapak pula dibekukan sepanjang tempoh tersebut.
Sebagai galang-ganti kami pergi ke Pesta Buku Selangor yang diadakan di SACC, Selangor pada awal bulan ini.

Sebab dah lama berada di perantauan, Bapak keliru antara SACC dengan SACC Mall. Berlegar kami sekejap di SACC Mall sebelum menyedari SACC yang terletak berhadapan pusat membeli-belah itu premis yang berbeza..hehehe..

Walaupun tak sebesar Pesta Buku Antarabangsa dari segi penganjuran tapi banyak juga pilihan di Pesta Buku Selangor terutama melibatkan buku genre agama.
Orang Rumah Bapak merungut novel- novel terbitan Karangkraf plot dan gaya penceritaannya hampir sama, konflik percintaan wanita kaya dengan lelaki kebanyakan atau sebaliknya yang stereotaip.

Akhirnya beliau memilih novel terbitan syarikat lain. Citarasa Bapak pula berbeza, pemilihan genre yang lebih serius..huhuhu..
Untuk Khalish dan Ilhan juga tak dilupa, lebih bercorak pendidikan. Mama pula citarasanya lebih kurang Orang Rumah Bapak.

WW : Fesyen Apo Kono Jang?


Tuesday, June 11, 2013

5 tahun kami bersama...

Orang kata lima tahun pertama merupakan tempoh yang paling kritikal dalam sesebuah perkahwinan. Masa untuk mengenali hati budi dan penyesuaian dengan kedua-dua belah keluarga.
Alhamdulillah Bapak dan Orang Rumah Bapa yang diijab kabul pada 31 Ogos 2008 berjaya mengharunginya.

Sepanjang tempoh itu, bukan sedikit nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah termasuk yang paling berharga kelahiran Khalish dan Ilhan pada Mei 2009 dan Oktober 2010.

Syukur kami sentiasa mendapat sokongan keluarga kedua-dua pihak yang sentiasa merestui perhubungan ini.

Tak dinafikan sepanjang lima tahun ini juga ada juga beberapa ujian kecil yang melanda rumah tangga kami. Alhamdulillah, setiap berlaku persoalah Dia memberi ilham penyelesaiannya.
Namun hari-hari mendatang kelak jauh lebih mencabar dari tempoh lima tahun tersebut memandangkan dengan Khalish dan Ilhan semakin membesar dan bakal terdedah untuk pacaroba dunia.

Bapak mohon kepada Allah agar Bapak dan Orang Rumah Bapak terus diberi kekuatan agar  terus istiqamah memelihara iman dan menjadi insan yang lebih baik.

Semoga rumahtangga ini berada tetap di landasan yang diredhai Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails