Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, May 31, 2011

Patah Kaki

"Allah...akut (takut)...kete asak... (kereta rosak)"

Itu respons spontan Khalish sambil membuat gaya memegang stereng kereta apabila menceritakan kemalangan yang menimpa Bapak dan dia pada petang Jumaat lalu kepada ibunya.

Sebelum kejadian, Khalish yang merengek-rengek hendak keluar berjalan di bawa Bapak ke taman permainan berhampiran. Setelah dia puas bermain satu demi satu permainan yang terdapat di situ, kami pun pulang.

Dalam perjalanan pulang, lebih kurang 100 meter dari rumah, kereta Bapak dilanggar dari tepi oleh kereta lain di persimpangan jalan.

Hentaman itu betul-betul di bahagian kiri hadapan kereta tempat duduk Khalish. Alhamdulillah kami tidak apa-apa, Khalish bercalar sedikit badannya, siku tangan Bapak pula luka.

Keadaan kereta agak teruk, bahagian depan kemek dan ada yang patah hingga kereta tidak dapat bergerak.
Khalish yang terkejut menangis kuat. Nasib baik beberapa jiran wanita sudi membantu mendukung Khalish.

Walaupun agak 'blank' sekejap selepas kemalangan itu, tindakan pertama Bapak hubungi Orang Rumah Bapak dan kereta penunda.

Dari jauh Orang Rumah Bapak datang berjalan kaki sambil mendukung Ilhan. Tangisan Khalish berhenti sebaik sahaja ibunya sampai dan mereka pulang ke rumah dengan bantuan seorang jiran.

Tidak lama selepas itu, jiran sebelah rumah Bapak, Abang Hashim yang bertugas sebagai anggota polis trafik sampai ke tempat kejadian untuk membantu. Kereta penunda sampai dan polis dihubungi.

Kami mengambil gambar tempat kejadian dari pelbagai sudut sebelum membuat laporan polis di IPD Ipoh.

Selepas selesai soal siasat, pengawai penyiasat polis buat keputusan pemandu yang melanggar kereta Bapak bersalah kerana tidak berhenti di garisan putih dan saman akan dikeluarkan kepadanya.

Kecoh sekejap pemandu kereta yang melanggar Bapak mati-mati pertahan dia tak bersalah. Dakwanya dia memandu perlahan dan Bapak yang melanggar kereta dia.
Namun bukti bergambar dan keterangan saksi melihat kejadian tersebut membuatkan dia akhir beralah untuk disaman.

Sekarang satu-satu kereta Bapak itu di bengkel. Mati kutu juga, kami sekeluarga tiada kenderaan lain. Sistem pengangkutan awam seperti bas dan teksi tak masuk ke taman perumahan Bapak sebab Terminal Bas Bersepadu Ipoh hanya akan siap tahun depan.

Aktiviti harian banyak terganggu memandangkan Bapak tinggal jauh dari pusat bandar. Banyak program dirancang seperti menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Teluk Intan, nak tengok keris Taming Sari di Kuala Kangsar dan bawa Khalish dan Ilhan ke Karnival Upin Ipin di Stadium Indera Mulia hujung minggu ini nampaknya akan tergendala.

Adik ipar bersalin (adik Orang Rumah Bapak) bersalin pun dapat dengar dari kejauhan sebab kami dah 'patah kaki'...

Bapak pergi dan balik kerja dengan menumpang kereta rakan sekerja menetap berhampiran yang bersimpati.

Semalam keluarga Bapak datang rumah selepas bercuti di Cameron Highlands. (sedih Ayah dan Mama pula yang ziarah kami, sepatutnya sebaliknya....) Bapak ambik kesempatan pinjam kereta Ayah beli barang-barang keperluan yang semakin kurang di rumah ini.

Harap kereta dapat dibaiki segera. Orang Rumah Bapak selalu nasihat bersabar dengan dugaan ini...

Sunday, May 29, 2011

Prof. Sungai Amazon

Thursday, May 26, 2011

Imbang bantal atas kepala

Setiap kali pulang dari kerja, Khalish lah akan menyambut. Sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta Bapak, dia akan menerpa ke depan pintu sambil tersengih.

Namun kadang-kala apabila tugasan memerlukan Bapak menghadiri majlis pengebumian atau kematian, Bapak sudah beritahu Orang Rumah Bapak awal-awal supaya kepulangan Bapak tidak disambut Khalish dan Ilhan.

Sudah resam kanak-kanak berusia dua tahun, dunianya penuh dengan bermain. Semasa menonton televisyen, makan, minum susu dan belajar pun dia bermain.

Bapak antara individu yang Khalish suka ajak bermain. Biasanya main bola, main kuda, main pijak-pijak dan main panjat-panjat (Bapak lah mangsa yang dikuda-kuda, dipijak-pijak dan panjat-panjat itu..heheh)

Paling tak tahan main imbang bantal di atas kepala. Helah awal Khalish untuk ajak ayahnya bermain permainan tersebut ialah dia akan suruh cium bau bantal busuk dia yang tidak bersarung.

"Busyuk...busyuk?," tanya Khalish berulang-kali kepada Bapak.

Selepas itu dia suruh Bapak letak bantal busuk tersebut di atas kepala dikuti bantal kedua, ketiga dan seterusnya.

Melihat keupayaan Bapak mengimbang bantal-bantal berkenaan, Khalish akan gelak terbahak-bahak.

Masalahnya permainan mengimbang bantal atas kepala itu akan diulang-ulang berkali-kali setiap malam sehinggu Khalish jemu.

Kalau tak diikutkan faham-faham sahajalah reaksi dia...Orang Rumah Bapak cuma gelak je tengah teletah tersebut....

Wednesday, May 25, 2011

Ilhan berposing

Apasal Bapak mandang cam bikini je si Ilhan ni pakai..apa nak buat dah hajat ibu dia...heheh

Monday, May 23, 2011

Man U vs Kenny Dalglish


"Jika penyokong United boleh membawa kain rentang yang tertulis perkataan 'United juara 19 kali' di Anfield minggu lalu, mungkin kami boleh bawa kain rentang tertulis lima kejuaraan Eropah milik Liverpool ke Old Trafford musim depan" - Kenny Dalglish.

Saturday, May 21, 2011

Layan orang gila memang boleh buat kita sewel

Friday, May 20, 2011

Selamat ulang tahun kelahiran ke-28 ORB!

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran Orang Rumah Bapak ke-28. Selang seminggu daripada ulang tahun kelahiran Khalish.
Awal pagi lagi Bapak dah wish dan beri hadiah ringkas yang Bapak tempah secara senyap-senyap sebelum ini.

Selepas itu, Orang Rumah Bapak ajak ke Norzan Bakeri dan Kek di Kawasan Industri Mara (KIM), Tambun untuk beli kek kukus. Walaupun pelik, tak kan sambut birthday dengan kek kukus je, Bapak ikutkan.

Kisahnya Orang Rumah Bapak berkenan dengan produk Norzan Bakeri dan Kek selepas mengunjungi gerai pameran di Sua Rasa dan MSAM.

Sampai di KIM Tambun, kilang kek berkenaan ditutup dan macam sedang diubahsuai. Orang Rumah Bapak tak puas hati dan terus hubungi tauke kedai. Rupa-rupanya mereka berpindah sementara di Taman Indah, Tanjung Rambutan kira-kira 3 km dari situ ekoran berlaku litar pintas di kilang KIM Tambun.

Berpusing-pusing juga sebab kedai sementara di Taman Indah tiada papan tanda peniagaan dan agak terceruk.

"Memang ramai kata susah nak jumpa kedai ni harap dapat pindah balik kat KIM Tambun secepat mungkin lepas kerja-kerja pendawaian selesai," kata suami pemilik Norzan Bakeri dan Kek sejurus kami sampai.

Oleh kerana Khalish dan Ilhan tertidur nyenyak dalam kereta, Orang Rumah Bapak sahaja masuk ke dalam kedai sementara Bapak lepak dalam kereta.
Apa nak buat walaupun Orang Rumah Bapak bising sikit kena pilih kek hari lahir sendiri..hehhe..

Beberapa minit kemudian, Orang Rumah Bapak keluar kedai sambil menjinjing sekotak kek, kek kukus dan roti arab.

"Kek ini panas lagi, suruh hias icing ringkas-ringkas je," beritahu Orang Rumah Bapak.
Seterusnya kami menikmati makanan segera kegemaran Orang Rumah Bapak, Pizza Hut sebelum upacara potong kek selepas Asar.

Monday, May 16, 2011

Kenangan hadiah Hari Guru part 1

Jika kita bertanya kepada murid terutama yang berada di sekolah rendah cara untuk menghargai cikgu kita pasti sebahagian besar akan menjawab beri hadiah pada Hari Guru.

Semasa Bapak di bangku sekolah, Bapak pun tak terkecuali. Cerita tentang hadiah Hari Guru, Bapak teringat dua kenangan.
Pertama, semasa darjah dua.
------------------------------
Terus-terang Bapak tak ingat nama cikgu ini...Beliau merupakan salah seorang guru praktikal yang mengajar subjek Matematik di kelas Bapak. Yang pasti dia cantik, ayu, lemah-lembut, dedikasi dan penuh dengan ciri-ciri kekakakan (dari mata seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang belum berkhatan apatah lagi baligh...)

Setelah beberapa bulan maka genaplah tempoh praktikalnya. Pada hari terakhir mengajar, beliau menghadiahi semua murid dalam kelas termasuk Bapak seutas pemegang kunci.

Bapak seperti murid lain turut mahu memberi hadiah sebagai kenang-kenangan dan penghargaan kerana sudi mendidik kami.

Namun dengan duit belanja hanya 30 sen sehari, Bapak tak mampu beli hadiah mahal-mahal. Nak minta mama ayah belikan, bukan perangai Bapak...memang Bapak tak suka minta apa-apa, apa yang diberi itulah yang diterima...

Akhirnya Bapak buat keputusan hadiahkan guru praktikal itu benda yang Bapak paling suka masa itu...ia ialah gula-gula susu berbentuk bulat macam panadol.

Gula-gula itu memang kesukaan Bapak, masa itu Bapak selalu berkhayal kunyah gula-gula tu macam makan ubat...hahahah...

Setelah membeli gula-gula itu di kantin sekolah, Bapak bungkusnya cantik-cantik dengan kertas buku rampaian sekolah kemudian tulis kata-kata khas buat cikgu itu...

Sampai sekarang Bapak tak tahu apa perasaan guru tersebut apabila membuka bungkusan Bapak tersebut...tapi Bapak nak beritahu itulah hadiah yang paling ikhlas daripada seorang kanak-kanak berusia lapan tahun untuk seorang cikgunya...

terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu kepada Bapak...

p/s : kenangan kedua Bapak sambung lain kali la yer...hehhe

Sunday, May 15, 2011

Ngakung Sepah

Man United juara EPL kali ke-19

Dah lama rasanya tak buat entry pasal bola...heheh...
Misi lebih 20 tahun untuk mengatasi rekod Liverpool sebagai pasukan terbanyak menjuarai EPL akhirnya diselesaikan Manchester United malam semalam.

Kejuaraan kali ke-19 sah apabila satu mata yang diperlukan dapat diraih setelah mencapai keputusan seri 1-1 dengan Blackburn.

Terima kasih kepada penjaga gol Blackburn, Paul Robinson kerana mengasari Hernandez yang mendorong sepakan penalti yang disempurnakan Wayne Rooney pada minit ke-73.

Jaringan pendahuluan Blackburn oleh Brett Emerton membuktikan Man U memerlukan penjaga gol lain yang lebih berwibawa selain Tomasz Kuszczak untuk menggantikan posisi Edwin De Sar yang akan bersara akhir musim ini.

Prestasi Man United sepanjang musim ini penuh warna-warni. Skuad diperkuat dengan tiga pemain baru, Hernandez, Chris Smalling dan Bebe (macam takde beri sumbangan signifikan je Bebe ni...)

Pada awal musim agak ketinggalan dengan Chelsea dan Arsenal, ditambah pula dengan ragam Rooney. Nasib baik Berbatov yang agak 'lembik' dua musim terdahulu kembali menyerlah hingga telah menjaringkan 21 gol dalam kempen EPL.

Pertengahan musim seolah-olah memberi harapan 'untouchable team' apabila tidak tertewas sehinggalah kalah kepada Wolves pada awal Februari.

Kekalahan kepada Liverpool, Chelsea dan Arsenal memberi sedikit debaran namun takhta tidak tergugat kerana pesaing-pesaing juga tidak konsisten terutama selepas cabaran Liga Juara-Juara mereka berakhir.

Selepas ini Man United berpeluang untuk mendapat kejuaraan berganda dengan syarat menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, London pada 28 Mei ini.

Namun macam Bapak pernah beritahu dulu, itu adalah bonus kerana apa yang lebih penting dan prestij dalam bola sepak Inggeris ialah kejuaraan EPL.

Saturday, May 14, 2011

Dua tahun bersama Khalish

Ini entry tertunda dua hari setelah blogspot buat perangai...
12 Mei, Khalish genap dua tahun. 48 bulan yang penuh warna-warni dan mengujakan melihat permata sulung Bapak ni membesar.

Ulang tahun kedua Khalish bermula dengan dibawa pergi ke Klinik Desa untuk pemeriksaan kesihatan dan pertumbuhan. Alhamdulillah semuanya berkembang baik cuma berat badannya susut 400 gram kepada 11.1 kg. Begitupun masih di dalam julat normal.

Memang sekarang ni Khalish memilih selera, dia kurang nak makan nasi tetapi kalau pasta, makaroni, mee dan bihun tu laju je. (tapi kalau hari-hari masak makanan kegemaran dia, perut Melayu ayah dan ibu pula tak tahan...heheh) Selain itu, Khalish juga lebih gemarkan snek seperti biskut, buah-buahan dan keropok ikan.
Selepas itu, kami mengambil kek cawan yang ditempah khas oleh Orang Rumah Bapak daripada Sis Lea. Tersengih Khalish tengok kek cawan tu ada foto Upin & Ipin. Sebelum dimakan, dicium berkali-kali imej Upin & Ipin itu...hheheh..
Kami buat sambutan kecil-kecilan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo). Fokus Khalish hilang sekejap, lebih teruja nak bermain gelungsur dan buaian daripada makan kek...hehe..
Selepas itu kami belanja Khalish menu Bangers & Mash Kenny Rogers. Sosej, keju, kentang putar, pasta dan buah-buahan, semuanya kegemaran Khalish.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Syukur Bapak masih dapat menumpang kasih kepada kedua-dua ibu kandung dan mertua, Robiah Ishak dan Rohana Hamzah.
Bapak akui tak berapa pandai nak tunjukkan kasih sayang tetapi hanya Allah sahaja tahu...insyaallah selagi masih bernyawa, doa kesejahteraan ke atas ibu bapa sentiasa Bapak titipkan setiap kali selepas solat..

Apa pun Bapak akan jaga setiap amanah yang diberi Mama dan Mak...

Bapak juga bahagia sentiasa berada di samping Orang Rumah Bapak, ibu kepada dua anak kami.
Ok, Khalish & Ilhan, sempena Hari Ibu ini, jom tengok Upin Ipin :



Saturday, May 7, 2011

Barang yang lepas, jangan dikenang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails