Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, July 29, 2009

Corat-coret Bapak

Bermula kira-kira seminggu lalu, Bapak kalut sedikit, entah lah apa nak dibuat asyik tak menjadi jer...

Sebab risau senario ni akan berlanjutan, kesempatan off day pada Sabtu lalu dijadikan platform Bapak untuk munasabah diri dan mengatur kembali rutin hidup. Kemudian satu persatu Bapak selesaikan, alhamdulillah setelah empat hari (hari ini), ia semakin selesai dan kembali normal seperti biasa.

Oklah, beberapa hari lalu, Khalish yang baru berusia dua bulan mula belajar kemahiran asas untuk meniarap iaitu terbalikkan badan. Orang Rumah Bapak yang masih berada di kampung ada MMS foto pertama kali Khalish melakukan kemahiran itu.
Pertama kali Khalish meniarap pada 6.30 pagi, 24 Julai 2009

Walaupun sudah boleh meniarap, kepala Khalish sebenarnya masih tak tegak sepenuhnya dan ia agak merisaukan kerana risiko mukanya tersembam ke lantai atau tilam mahupun bantal setiap kali meniarap. Tapi nampaknya Khalish ada penyelesaiannya sendiri, dia menggunakan tangan kanan untuk memangku mukanya..Good boy..hehehh...

Menurut Orang Rumah Bapak, sejak itu, berkali-kali Khalish berlatih dan menguji kemahiran baru itu. Tersengih Bapak, ia bagaikan terapi berharga buat Bapak...

Tapi sejak semalam, Khalish macam sudah kurang berminat terbalikkan badan. Dia ada hobi baru, suka bersuara tak henti-henti. Apabila Ibu, Atuk dan Neneknya melayannya, Khalish memberi respon membalas walaupun dalam bahasa tidak difahami.
Khalish semakin petah bersuara walaupun dalam bahasanya sendiri...

Orang Rumah Bapak sudah mula mengajar perkara asas kepada Khalish seperti "Ini bunga raya, warnanya merah" sambil menunjukkan bunga raya yang terdapat di halaman rumah dan anak sulung Bapak ini akan memberi respons seolah-olah mahu mengajuk apa yang dituturkan ibunya..heheh

Kadang-kala apabila Khalish berseorangan, dia petah bersuara seolah-olah sedang berkomunikasi dengan seseorang. Mak Mertua Bapak kata, Khalish sedang berbual dengan kakaknya (uri)..betul ker..heheh...

Saturday, July 18, 2009

MMS beracun....

Sedang Bapak sibuk menyiapkan kerja di pejabat, seorang teman sekerja bertanya sama ada telefon bimbit Bapak boleh menerima MMS (sistem khidmat pesanan multimedia) atau sebaliknya.

"Apa punyer soalan ni, mestilah boleh. Ko ingat hanset aku cokia ker!," jawab Bapak dengan gaya ala-ala takbur. (bukan ker kebanyakan hanset sekarang semua leh MMS ker...heheh)

Tanpa menjelaskan lebih lanjut tujuan pertanyaannya itu, dia tersenyum sambil sesekali menjeling kepada Bapak yang acuh tak acuh dan masih meneruskan kerja-kerja pejabat.

Selang beberapa minit kemudian tiba-tiba telefon bimbit Bapak menyanyi lagu I'm yours, tanda ada MMS masuk. Ingatkan Orang Rumah Bapak yang hantar (beliau selalu hantar MMS foto terbaru Khalish) tapi bukan, ia daripada nombor telefon lain yang tidak dikenali.

Apabila Bapak buka MMS tu, terkejut Bapak tengok ada foto seorang awek berpakaian seksi sambil kemam lolipop. Sempat pulak selit mesej 'Ai, name awk spe...

"Minah mana pulak ni, apahal pulak nak tahu nama aku lak ni?," cakap Bapak dengan nada agak kuat, respons daripada penerimaan MMS tersebut.

Kawan sekerja Bapak tadi yang terdengar Bapak mengomel, cepat-cepat datang ke meja Bapak.

"Dah sampai ker MMS tue. Sorilah henset aku rosak semalam, sementara ni aku pakai henset murah jer, takleh tengok MMS. Ada awek kata nak antar MMS gambar terbaru dia. Tu yang aku pakai nombor (henset) ko," katanya tanpa ditanya dalam keadaan teruja.

Namun keterujaaanya tak kekal lama, kendur setelah melihat MMS terbabit.

Gambar hiasan

"La, tak cun pun. kansel la," katanya spontan. Tercenggang Bapak melihat reaksi mamat tue yang statusnya sama ngan Bapak...

"Ni awek Tagged, baru kenal," jelas teman sekerja Bapak tue tanpa ditanya lagi.

"Tagged? Apa menatang tue?," tanya Bapak.

Dia pun menerangkan Tagged adalah salah satu laman perkhidmatan rangkaian sosial cam Facebook (FB) jugak. Tapi lebih best sebab lebih ramai awek cun dan bole chatting-chatting ngan diorang guna nama samaran.

"O...camtue. tak minat lah aku. Tapi MMS minah ni camner?," kata Bapak.

"Ko simpan lah, aku dah reject. Oklah aku nak cari awek baru kat Tagged," balasnya.

Lantak kau lah. Untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan, Bapak terus delete MMS tu. Bukan ada faedah pun simpan, lagi pun kalau Orang Rumah Bapak nampak, kan tak pasal-pasal Bapak yang tak berdosa ni menjadi mangsa..

Wednesday, July 15, 2009

Tiga tahun Bapak di sini...


Hari ini genap tiga tahun Bapak menjadi warga Perak, lebih tepat lagi Ipoh.

Walaupun Bapak kelahiran Teluk Intan, namun Kuala Lumpur dan bandar raya satelitnya, Petaling Jaya mewarnai sebahagian besar kehidupan kanak-kanak dan remaja Bapak.

Oleh itu, penerimaan surat pertukaran lokasi tempat kerja dari Ibu Pejabat, Kuala Lumpur ke Ipoh mulai pertengahan Julai 2006, bagaikan sireh pulang ke gagang buat Bapak.

Memang dari sejak kecil, Bapak punya impian untuk berbakti di tanah kelahiran dan syukur kepada Allah, ia dimakbulkan.

Tiga tahun sudah berlalu, Bapak datang ke sini dengan status bujang tetapi kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Bapak juga sedar tidak selamanya di Perak dan kini Bapak bersedia menerima sebarang kemungkinan termasuk penghijrahan ke negeri-negeri lain...

Oklah, mari kita layan lagu Perak Darul Ridzuan.




Fakta ringkas lagu Perak Darul Ridzuan
----------------------------------------------------------
- mula didengarkan pada Program Setia Bersama Rakyat (Semarak) di Pasir Salak, Kampung Gajah pada 1988.

-program itu dirasmikan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Mahathir Mohamad (sekarang Tun)

-Menteri Besar Perak pada ketika itu ialah Tan Sri Ramli Ngah Talib

-sebab lagu ini dah berusia 21 tahun, ada beberapa info dalam liriknya tidak relevan dengan suasana sekarang.

Antaranya : -
a) Kegiatan ekonomi Kinta yang meliputi Ipoh, Batu Gajah dan Gopeng tidak lagi berteraskan bijih timah. From tin mines to MIND industries...

b) Sebahagian besar Hutan Simpan Kekal Belum, Hutan Temenggor dan Hutan Simpan Gerik yang terletak di Hulu Perak telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum pada 3 Mei 2007.

c) SITC di daerah Batang Padang sudah dinaik taraf sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1997.

d) Perak kini sudah bertambah satu daerah baru iaitu Kampar sejak Mei 2009. Sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada Kinta.

Wednesday, July 8, 2009

Menjawab Tag Kak Yan

Kali ini mari kita layan tag yang Kak Yan mintak Bapak jawab nih ..

1 Nama-nama timangan anda ?

Along - Panggilan Mama untuk Bapak sebab anak sulung

Bali - panggilan adik-adik Bapak. Takde kena-mengena dengan sebuah pulau pelancongan di Indonesia mahupun sejenis spesies limau. Ia sebenarnya kependekan untuk Bang Li. tak tahu sama ada adik-adik Bapak terpengaruh dengan sinetron Indonesia yang suka pendek pendekkan nama. Contohnya Budi jadi Bud jer...

Roy Aloy - tue nama pena yang Bapak gunakan sejak darjah lima. Ia sempena dua kartunis yang Bapak suka masa kecil-kecil iaitu Roy & Aloy. Tapi bila ada orang kaitkan Roy tu dengan landskap perut Bapak, terus Bapak tawar hati...

Bapak - kata ganti nama yang kekawan kampus berikan semasa di universiti. Semuanya pasal Din, nantilah Bapak ceritakan kisah sebenarnya.

Fabio Cannavaro - Posisi kegemaran Bapak kalau main bola sepak ialah pertahanan. Pengaruh Bapak masa tu mestilah stail defensive Serie A yang agresif, kental dan lasak. Rakan sepasukan mahupun lawan gelarkan Bapak sebagai Cannavaro sebab kalu kena tackle daripada Bapak, mesti ingat punyer berbulan-bulan.

Rudd Van Nistelrooy : Bila ramai orang bising-bising gaya defensive Bapak yang agak kasar, Bapak tukar haluan di posisi penyerang pula. Top striker lagi...Mereka mula gelarkan Bapak sebagai Nistelrooy (Roy lagi...heheh). Sebab stail Bapak main bola cam pemain tersebut tapi bukan pasal asyik jaringkan gol tapi tang suka 'curik ayam' tue.

B - panggilan manja Orang Rumah Bapak. B stands 4 hubby..hehhe. (Mungkin jugak Bali & Bapak..tue kena tanya beliau)

2. Anda orang yang

Antaranya :

- Agak pendiam kecuali ketika bekerja & di sisi individu yang rapat.

- Mementingkan kesempurnaan. Sikap yang Bapak cuba ubah sedikit demi sedikit sejak setahun lalu setelah menyedari ia akan menyebabkan 'orang tersayang' menderita dalam diam...

- Penuh dengan kesenian tetapi tetap disulami dengan kerasionalan. Lu fikirlah sendirik..heheh

- Pembaca tegar Gila-Gila sejak dari 1988 hingga kini..hehehe

3. Insan teristimewa

- Orang Rumah Bapak
-Khalish
- Ayah, Mama & Adik-Adik
-Ayah, Mak & Adik-Adik (keluarga mertua)

4. Lagu kesukaan
lagu yang mempunyai melodi yang indah dan lirik yang puitis. Bapak suka dengar Sinar FM. Faham-faham sendirik la...

5. Makanan kesukaan

-air tangan Mama. Kalau makan nasi berlaukkan telur goreng ngan kicap pun sedap, asalkan dimasak oleh yang dimasak Mama...hehehe

-masakan Orang Rumah Bapak. teringat taglinenya 'Memasak Dengan Kasih Sayang'...

- air tangan Mak Mertua.

6. Warna kesukaan

Biru & Merah

7. sikap yg buatkan stress

- buat kerja last minute

8. 3 Benda mesti ada dlm beg

- laptop
-kamera
-recorder

9. Kali terakhir menangis/ kenapa?

no comment. (tak ingat sebenarnya...hehheh)

10. Tag 6 rakan :

Sebab Bapak baik hati orangnya, tag ini tidak diwajibkan tapi diharuskan. Terbuka kepada sesiapa yang berminat...

Monday, July 6, 2009

Untukmu Khalish

Ahad ini Khalish genap dua bulan. Dia masih di kampung bersama ibunya yang memohon 'cuti' berpantang selama 100 hari. Kebetulan hari ke-100 itu jatuh pada 1 Ramadan, Bapak selaku suami 'mithali' berkemungkinan besar akan melanjutkan 'cuti' tersebut selama beberapa hari lagi..heheh

Bukan apa, ia bagi membolehkan kami menyambut awal Ramadan bersama kedua-dua belah keluarga.

Sebenarnya hari ini Bapak lega kerana telah menyelesaikan urusan dana pendidikan untuk Khalish. Pelan pilihan Bapak ialah Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful.

Fakta ringkas Takafulink Cerdik
Pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful yang merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan dan beberapa manfaat lain.

Niat Bapak agar Khalish dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tanpa kekangan kewangan. Tanpa perlu terlalu bergantung harap kepada pinjaman pelajaran mahupun ehsan biasiswa sekalipun...

Friday, July 3, 2009

Saman!!!!

Poe - Saman

Award From Kak Linda

Award ni Bapak terima daripada Kak Linda atau nama penuhnya Normaslinda Nordin (ntah, Bapak cilok dari facebooknye..heheh)


Copy gambar
- dah.. kat atas tu

Pilih sahabat yang wajib melakukan perkara yang sama di blog mereka .

1. Kak Yan
2. Kak Tirana
3. Kak Alia
4. Ana
5. Samm
6. Cikgu Anis
7. Kak Myza
8. Dea Sara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails