Translate

Sahabat Bapak

Saturday, April 13, 2013

Tepung Gomak

Sewaktu hampir-hampir melangsungkan perkahwinan dulu, Orang Rumah Bapak ada beritahu kuih kegemaran beliau terutama pada bulan Ramadan ialah kuih sagu.

Kebetulan dua bulan selepas kami bersatu, tiba bulan Ramadan. Bapak dengan gaya romantiknya membelikan beliau kuih sagu di Bazar Ramadan sebagai sajian berbuka puasa.

Tetapi Orang Rumah Bapak yang pada itu tengah menghidap sindrom 'morning sickness' pada awal kehamilan Khalish tak berapa nak layan...

Akhirnya Bapak bawa beliau ke Bazar Ramadan untuk pilih kuih kegemarannya sendiri. Orang Rumah Bapak berkenan sangat dengan kuih tepung gomak.
Bapak kenal kuih tersebut tetapi tak berapa gemar sangat. Rupanya mengingatkan Bapak dialog filem Seniman Bujang Lapok antara Ramlee dan Aziz di bilik solek Stadio Jalan Ampas, Singapura.

Sejak itu kuih tepung gomak menjadi antara kegemaran Orang Rumah Bapak biarpun di luar bulan Ramadan. Tetapi biasalah kalau suka sangat, susah pula nak cari. Kekadang je ada di pasar-pasar malam dan gerai jualan nasi lemak pada pagi hari.

Baru-baru ini mungkin kerana kecewa sangat susah nak cari kuih tepung gomak, Orang Rumah Bapak belajar buat sendiri kuih tersebut.

Bukan susah sangat, pembikinannya lebih kurang membuat kuih buah melaka. Adunan tepung pulut berinti kelapa (ada yang suka kacang hijau) yang dileperkan lalu direbus di dalam air panas. Selepas itu 'dimake up' dengan tepung kacang hijau. Sudah boleh dimakan.

2 comments:

  1. tak pernah try kuih tepung gomak nie..wah mudah jer buatnya..leh try...sbb mmg ssh nak cari laa kuih nie..xpernah nampak..rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. try buat, resipi yang lebih lengkap rasanya boleh google...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails