Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, August 16, 2011

Cara makan biskut tanpa gigi : Ilhan tunjukkan

Biarpun sudah berusia 9 bulan, sebatang gigi pun Ilhan belum ada lagi. Itu bukan masalah besar kerana setiap anak mempunyai pertumbuhannya yang tersendiri.

Apa pun walaupun tiada gigi, ia bukan menghalang selera Ilhan yang agak 'besar'. Boleh dikatakan apa yang dimakan kami terutama abangnya, Khalish, dia mahu juga.

Kalau tidak dia akan meronta-ronta dan mencari jalan untuk merampas makanan tersebut daripada tangan kami..heheh..

Selain buah, sudah menjadi snack Khalish setiap hari ialah biskut terutama biskut Tiger, Munchy dan Oreo. Perlakuan Khalish yang gemar makan biskut sambil tengok saluran Disney di televisyen membuka ruang Ilhan untuk mencilok sekeping dua biskut berkenaan yang diletakkan di dalam mangkuk kesayangan Khalish.

Takde gigi macam mana nak makan biskut?

Tapi Ilhan ada caranya. Selepas berjaya mengambil biskut, dia akan berbaring sambil memasukkan sebahagian kecil biskut tersebut ke dalam mulutnya. Kemudian dia akan jilat dan kemam biskut berkenaan sehingga lembik sebelum ditelannya sedikit-sedikit.

Biarpun begitu cara pemakanan Ilhan perlukan pemantauan kerana semua benda yang dilihatnya mahu dimasukkan ke dalam mulut...

Pernah juga Orang Rumah Bapak cicahkan biskut meri untuk diberi makan kepada Ilhan tetapi anak kedua kami ini lebih suka pegang sendiri makanan daripada di suap...

18 comments:

  1. Ilhan kata 'dia pun dah besar la... takmo la suap-suap'... ;p

    ReplyDelete
  2. Maria,

    besar ye, gigi maner? heheh..

    ReplyDelete
  3. hehehe..comelnya dia dok makan biskut. Kalau rampas biskut tu dari tangan dia, sure dia menangis...

    ReplyDelete
  4. pic yang last sekali tu feeling betul cara makannya.

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,

    bukan setakat menanggis, Ilhan akan berusaha untuk dapatkan semula biskut itu...heheh

    ReplyDelete
  6. Aishah aka Ratu Kebaya,

    Ilhan memang passion pasal makan..heheh

    ReplyDelete
  7. waaahhh (sambil membayangkan si tecit sufiyyah makan beskut)...

    seronok ada anak kan...ada je benda nak diceritakan...

    ReplyDelete
  8. Kak Liza,

    Ilhan kalau makan memang seolah2 berada di dlm dunianya sendiri..heheh

    ReplyDelete
  9. Nik,

    ye, selamat menjadi ibu kpd sufiyyah yg comel

    ReplyDelete
  10. hehehe pandaiii nye diaa .. sok ada gigi sedap la dia nyam-nyam ...

    ReplyDelete
  11. hehehehe
    berdikari namanya tu
    makan sendiri
    :-)

    ReplyDelete
  12. alooor cute nye ilhan makan dlm pejam mata tuu ekekke , kejap je dah besar .. dah lama akak x mai kan :)

    ReplyDelete
  13. Jijah,

    dah nampak tanda2 x lama lagi ada gigi tu :)

    ReplyDelete
  14. Hans,

    sgt berdikari la tu..hheheh...

    ReplyDelete
  15. Kak Ieda,

    Ilhan tgh hayati kelazatan biskut tu..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails