Bapak kembali pada hari ke-14 Ramadan..heheh...
Setakat separuh perjalanan Ramadan kali ini, Bapak sekeluarga agak bersederhana. Tiga kali berbuka puasa di luar kerana tuntutan kerja. Sekali di Brinchang, Cameron Highland, selepas itu di Stesen Keretapi Ipoh dan Pangkalan TLDM, Lumut..heheh
Selebihnya bersama Orang Rumah Bapak di rumah. Khalish dan Ilhan yang tak puasa jadi tukang tambah..hehhe
Ayah dan mak mertua kini sedang menunaikan umrah selama sebulan di tanah suci Mekah. Insyaallah sampai raya keempat. Ayah pula baru selamat menjalani pembedahan ketarak mata beberapa hari lalu...
No comments:
Post a Comment