Translate

Sahabat Bapak

Thursday, May 26, 2011

Imbang bantal atas kepala

Setiap kali pulang dari kerja, Khalish lah akan menyambut. Sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta Bapak, dia akan menerpa ke depan pintu sambil tersengih.

Namun kadang-kala apabila tugasan memerlukan Bapak menghadiri majlis pengebumian atau kematian, Bapak sudah beritahu Orang Rumah Bapak awal-awal supaya kepulangan Bapak tidak disambut Khalish dan Ilhan.

Sudah resam kanak-kanak berusia dua tahun, dunianya penuh dengan bermain. Semasa menonton televisyen, makan, minum susu dan belajar pun dia bermain.

Bapak antara individu yang Khalish suka ajak bermain. Biasanya main bola, main kuda, main pijak-pijak dan main panjat-panjat (Bapak lah mangsa yang dikuda-kuda, dipijak-pijak dan panjat-panjat itu..heheh)

Paling tak tahan main imbang bantal di atas kepala. Helah awal Khalish untuk ajak ayahnya bermain permainan tersebut ialah dia akan suruh cium bau bantal busuk dia yang tidak bersarung.

"Busyuk...busyuk?," tanya Khalish berulang-kali kepada Bapak.

Selepas itu dia suruh Bapak letak bantal busuk tersebut di atas kepala dikuti bantal kedua, ketiga dan seterusnya.

Melihat keupayaan Bapak mengimbang bantal-bantal berkenaan, Khalish akan gelak terbahak-bahak.

Masalahnya permainan mengimbang bantal atas kepala itu akan diulang-ulang berkali-kali setiap malam sehinggu Khalish jemu.

Kalau tak diikutkan faham-faham sahajalah reaksi dia...Orang Rumah Bapak cuma gelak je tengah teletah tersebut....

10 comments:

  1. alololo... anak ngan bapak... sama comel jadi nyer... so sweet... :)

    ReplyDelete
  2. hmm...gitu la anak2 bila dah besar sikit.pandai nak tarik perhatian kita

    ReplyDelete
  3. hahahaha....bukan khalish je bahak2..auntie ni pun nak bahak2....sesunguh bapak sungguh BAPAK bila begitu... =)


    bukan semua bapak nak melayan anak2 bermain...pernah nampak kejadian depan mata..anak ajak bermain...kene marah dgn bapaknya.. =)

    ReplyDelete
  4. Maria,

    like father like son..hehhe

    ReplyDelete
  5. Cik Panadol,

    kebetulan tgh tgk filem Anak Bapak kt Astro Prima..hehhe

    ReplyDelete
  6. Isabelle,

    Khalish memang suka tarik perhatian terutama sejak dpt adik ni..Orang Rumah Bapak gelarkan dia intention seeker

    ReplyDelete
  7. Nik,

    setakat imbang bantal atas kepala xde masalah le..heheh

    ReplyDelete
  8. hahahaha...dah hari2 buat
    bosan la dia
    ekekekekek

    ReplyDelete
  9. Hans,

    budak kecil mana tahu bosan...hheheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails