Translate

Sahabat Bapak

Sunday, October 31, 2010

Lahirnya permata kedua kami

Alhamdulillah Orang Rumah Bapak telah selamat melahirkan anak kedua kami pada 27 Oktober lalu setelah lebih 27 jam dimasukkan ke hospital.

Bayi kami yang seberat 3.3 kg dilahirkan secara normal pada 7.11 pagi. Sebelum itu Orang Rumah Bapak mula dihantar ke dewan bersalin dari wad pada kira-kira 2.30 pagi.

Syukur kali ini Bapak dapat menemankan Orang Rumah Bapak sewaktu saat-saat melahirkan di bilik bersalin. Pengalaman pertama yang berharga dan bererti. (Khalish dulu dilahirkan secara pembedahan cesarean).

Alhamdulillah keadaan ibu dan bayi sihat. Selepas sehari berada di wad, mereka dibenarkan keluar. Kini Orang Rumah Bapak dan bayi kedua kami dalam proses untuk berpantang di Melaka, Khalish pun akan turut serta.

18 comments:

  1. Tahniah bapak....

    Semoga akan muncul yang ke 3, 4,5, 6. dan...setrusnya...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Semua sudahselamat.. Tahniah Bapak - bertambah umat Nabi Muhammad. S.A.W....

    ReplyDelete
  4. Tahniah bapak! Semoga sihat semuanya, insyaallah!

    ReplyDelete
  5. Kak Myza,

    terima kasih, skrg ibu, bayi & Khalish dah berada di kampung

    ReplyDelete
  6. pB,

    baby boy...lupa plak nak bagitau..heheh..

    ReplyDelete
  7. Dmanja,

    alhamdulillah, terima kasih!

    ReplyDelete
  8. ckLah,

    bayi lelaki ckLah,heheh...insyaallah akan menyusul lagi pasni apabila Khalish & adiknya dah besar sikit..

    ReplyDelete
  9. tahniah... sronot la Khalish... lepas ni ada geng nak bergusti ;p

    ReplyDelete
  10. Kak Sonata,

    yey, Khalish ada dpt geng!

    ReplyDelete
  11. Maria,

    x nak la bergusti, main bola xpe...heheh

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah...
    tahniah bapak dn keluarga...
    anak perempuan ke lalki ni pak?
    apa2 pon tahniah...
    slmt berperang...heheheh

    ReplyDelete
  13. Cik Bedah,

    alhamdulillah, lelaki gak. berperang? heheh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails