Translate

Sahabat Bapak

Saturday, July 3, 2010

Rashidah bukan isteri Bapak!

Dua hari lalu, semasa jari-jemari Bapak baru hendak mula 'menari' pada papan kekunci komputer sejurus memasuki pejabat tiba-tiba telefon bimbit Bapak berdering.

Terpampang nombor telefon talian tetap dari Lembah Klang yang tidak diketahui asal-usulnya. Apabila Bapak menjawab panggilan itu, terdengar suara :

"Hello, boleh bercakap dengan suami Rashidah,er...Puan Rashidah," kata seorang wanita misteri yang suaranya separuh manja...

"Puan Rashidah? saya bukan suami Puan Rashidah," jawab Bapak.

"Kira salah nombor lah ni, maaf encik," balas wanita itu lalu memutuskan panggilan.

Walaupun agak pelik dengan panggilan tersebut terutamanya kelibat Rashidah yang dimaksudkan, Bapak abaikan sahaja...

Namun pada lewat petang sewaktu Bapak mahu memasuki kereta untuk pulang ke rumah sesudah tamat waktu kerja, nombor telefon sama kelihatan pad skrin telefon bimbit Bapak.

Kali ini panggilan di buat oleh seorang wanita misteri (WM) lain :

WM : Hello,Boleh bercakap dengan suami Puan Rashidah?

Bapak : Maaf, salah nombor.

WM : Salah nombor? (macam tak percaya dengan kenyataan Bapak.)

Bapak : Ye saya bukan suami Puan Rashidah. Saya memang ada isteri tapi nama isteri saya Sxxxxx. Boleh saya tahu puan hubungi dari mana? sebab pagi tadi pun ada orang call bertanya hal sama...

WM : Ooo, saya dari IJN.

Bapak : Institut Jantung Negara ker?

WM : Ye. kalau salah nombor takpe la...

Perbualan telefon itu berhenti setakat itu sahaja.

Terdetik di hati Bapak mungkin Puan Rashidah dimaksudkan kini sedang bertarung nyawa di IJN, usaha untuk menghubungi keluarga terdekatnya pula gagal. Kesian pula tapi apa yang Bapak boleh bantu...

Tang macam mana kakitangan IJN dapat nombor telefon bimbit Bapak pun satu persoalan juga. Dah lebih lima tahun Bapak pakai nombor ni tak pernah pula dapat panggilan serkap jarang macam ni...

Bapak amat pasti hanya mengahwini seorang sahaja wanita dan Orang Rumah Bapak bukan bernama Rashidah. Untuk kepastian selepas itu Bapak menghubungi Orang Rumah Bapak, ternyata beliau ada di rumah, sedang memasak di dapur...

Girlfren-girlfren lama zaman muda-muda dulu sorang pun takde bernama Rashidah...

Rashidah yang Bapak pernah dengar cuma lagu 'Taman Rashidah Utama' nyanyian Wings...betul Bapak tak tipu ni..hehehe...

18 comments:

  1. Hehehehe...

    Gelfren2 lama...hang memang nak cari pasai!

    ReplyDelete
  2. hehehe..kadang2 ph no ni silap dial satu no aje pun dah dapat kat orang lain.

    ReplyDelete
  3. rashidah tu skandal ke? kehkehkeh! :P

    ReplyDelete
  4. Bapak,
    Sempat lagi tu cite pasal gf lama ni. hehehe.. kim salam ngan wife bapak yg bukan namanya Puan Rashidah tu ek ngan anak..

    Dah lama tak berblog dan singgah disini..

    ReplyDelete
  5. lawak pun ada ni
    serius panggilan tu dr IJN lagi

    ReplyDelete
  6. 'Bapak amat pasti hanya mengahwini seorang sahaja wanita dan Orang Rumah Bapak bukan bernama Rashidah.'

    saya tergelak besar baca part itu..hahahha

    ReplyDelete
  7. nasib bukan cari puan rafidah punye suami...uhuhuhuh

    harap2 puan rasyidah tu tak apa2 la.. owhh...
    mungkin salah tulis nombor tak....

    ReplyDelete
  8. Awie penyanyi tuh pun tak tahu dimana letaknya Taman Rashidah Utama .. ekekekee


    psst.. ambil award di blog saya yeaaa..

    ReplyDelete
  9. Daddy,

    yang lepas, sudah2lah..hahah...

    ReplyDelete
  10. Kak Tirana,

    Bapak pun rasa cam tu, tapi dua kali dail nombor sama apa cer? heheh...

    ReplyDelete
  11. Ana,

    terima kasih kembali di sini...

    insyaallah Bapak akan sampaikan salam Ana kepada Orang Rumah Bapak & Khalish..

    Khalish skrg dah setahun sebulan...

    ReplyDelete
  12. Intan,

    nilai pengalaman ni serius walaupun berlaku dalam keadaan santai...

    ReplyDelete
  13. Kimmy,

    itu pengakuan jujur seorang lelaki...heheh...

    ReplyDelete
  14. Dakjaat,

    skandal? macam ne nak jadi skandal, kenal pun tak...heheh...

    ReplyDelete
  15. Cik Bedah,

    Rafidah tu Bapak kenal! hehehe...

    apapun Bapak pun harap Puan Rashidah tu & keluarga selamatlah hendaknye..

    ReplyDelete
  16. Kak Linda,

    mungkin hanya Bob Lokman je tahu di mana letaknya 'Taman Rashidah Utama' tu..hhehe..

    anyway terima kasih atas award tu!

    ReplyDelete
  17. Bapak,
    Wah.. cepatnya masa berlalu.. rasa baru je semalam bapak cite pasal khalish lahir..

    ReplyDelete
  18. Ana,

    Bapak pun rasa cam tu, seronok lihat Khalish sekarang jalan jatuh..hehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails