Translate

Sahabat Bapak

Thursday, March 15, 2012

Nikmati kek lava coklat

Sejak dua bulan lalu, Orang Rumah Bapak gemar masuk kelas masakan. Kelasnya tak berapa jauh dengan rumah, lima jam sahaja dan yurannya berpatutan.

Apa pun yang paling Bapak, Khalish dan Ilhan suka selepas tamat kelas masakan itu, paling ada hasil kelas terbabit seperti kuih, kek, biskut dan roti untuk kami lahap..hehehe..
Tapi belajar tanpa praktikal tak guna jugakan. Selaku pembiaya dana yuran kelas masakan itu, hari-hari Bapak provok. Ingatkan dapat makan mini pizza kesukaan Bapak tapi Orang Rumah Bapak nak buat kek lava coklat kesukaan dia pula. Bolehlah, janji dapat makan..hehehe..

Memula Orang Rumah Bapak ajak beli barang di Merit Food Ingredients Supply di Jalan Horley. Menurutnya, cikgu kelas masakannya kata kedai itu banyak pilihan untuk membeli barangan mentah dan peralatan membuat kek, biskut dan roti dengan harga berpatutan.
Rasanya hari-hari Bapak lalu jalan tu untuk ke tempat kerja tapi tak pernah perasan pun wujudnya Merit ni...

Tahu-tahunya je petang tu keke lava coklat tu siap. Bapak suka yang cuma 25 peratus je masak tuk merasai kelikatan coklatnya tapi citarasa Orang Rumah Bapak lain pula, suka 75 peratus masak.
Apa pun Khalish dan Ilhan bantai dua-dua, diorang yang lebih-lebih makan kek lava coklat tu sampai comot-comot..hehehe...

2 comments:

  1. Nampak menyelerakan, tentu sedap .. ^__^

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails