Hajat untuk bercuti bersama orang tua Bapak akhirnya terlaksana. Atas cadangan Mama, kami sekeluarga bercuti di Pulau Pangkor selama tiga hari dua malam yang berakhir semalam.
Walaupun keputusan dibuat pada saat-saat akhir, alhamdulillah Bapak dapat juga tempah resort untuk bermalam. Lokasi yang dipilih ialah Purnama Beach Resort di Teluk Nipah.
Sepanjang percutian tersebut berkisar tentang aktiviti pantai di sekitar Teluk Nipah. Lokasi lain pun seperti kota Belanda, batu bersurat dan replika tembok besar China tak jenguk pun.
Orang Rumah Bapak, Ayah, Mama dan Mira sempat juga berurut dan berspa di Coral Bay Resort, Teluk Bogak tapi Bapak tak ikut serta. Lepak di bilik jaga anak-anak yang tidur.
Selain pagi-pagi dah bawa Khalish berendam di pantai, kami turut berkelah di Pulau Giam. Mula-mula nak naik bot berbumbung tapi apabila Ayah dan Mama tak mahu ikut serta, kami redah je naik bot laju je. Risau gak sebab ada dua budak kecil, Khalish dan Ilhan tapi teruskan juga apabila budak pantai beri jaminan selamat.
Walaupun dah pakai jaket keselamatan, cuak juga, Bapak peluk Khalish, Orang Rumah Bapak peluk Ilhan kuat-kuat. Mungkin sebab takut, Ilhan buat bantai tidur semasa berada dalam bot laju itu..heheh..
Khalish dan Ilhan punya suka berenang dengan pelampung masing-masing. Ilhan tak habis-habis celup tangan kat dalam air kemudian masukkan jari ke dalam mulut untuk rasa kemasinan air laut..hehhe
Lepas berenang, mereka main pasir pula. Macam biasa kena pantau kerana Ilhan tak berapa pandai lagi, asyik nak masukkan pasir ke dalam mulut...
Teluk Nipah ni ada spesies burung enggang. setiap pagi dan petang burung yang paruhnya berwarna putih keluar dari sarang untuk mencari makanan. Agak jinak sebab dah biasa jumpa manusia agaknya. Lagak seperti kera di Taman Botani Pulau Pinang, pantang kasi makanan mesti sambar.
Sebelah malam, kami sakan makanan laut di tepi pantai. Tapi biasalah musim cuti sekolah, orang ramai, harga mulalah tinggi sikit. Ikan siakap yang sekilogram RM11 boleh jadi RM40++ kat sini. Mutu makanan pula kurang memuaskan, mungkin sebab citarasa kami dah tinggi asyik layan Masterchef Malaysia kot..heheh..
Malam seterusnya, kami makan malam di restoran dalam resort sahaja. Harganya lebih munasabah dan kena dengan selera..heheh
Hasil laut kami beli di Lumut sahaja. Dah biasa beli dengan Hasil Laut Jamilah, boleh dapat diskaun banyak sikit..heheh
p/s : lagi gambar menarik di imejcerita.
berhasrat nak pegi ke Pangkor juga ..... masa dah suntuk...cuti dah habis ...
ReplyDeletedah berbelas tahun tak pegi pangkor. nampaknya boleh masuk dalam agenda percutian tahun depan tu
ReplyDeleteChik Att,
ReplyDeletegi Pangkor, balik ari pun ok gak :)
Mama Syaza,
ReplyDeletemolek la tu, tahun depan pun Tahun Melawat Perak
TU DIA BESTNYER
ReplyDeleteIEB,
ReplyDeletecuti-cuti akhir tahun..heheh
bestnye g pangkorrrr ^^
ReplyDeleteartikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal
ReplyDeleteAin,
ReplyDeletegi la Pangkor gak! heheh...
Model Baju Murah,
ReplyDeleteterima kasih
wahh..bestnye bercuti2 malaysia~
ReplyDeleteRay ban,
ReplyDeletememang best..heheh
IM yang asal di perak pun belum pernah ke PP..
ReplyDeleteIM dh jadi orang Penang..heheh
Deletebelanja feri ke pangkor berapa tu eik? lom seberang ke pulau lagi..baru stop kat teluk batik..hehe. bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!
ReplyDeleteferi pergi balik RM10 tuk dewasa..insyaallah bulan depan cadang nak ke CH
DeleteTalking of Liverpool players, Roberto Firmino -- who usually sports a short back and sides -- has had quite a spectacular transformation. It turns out Mo Salah might have a rival for the best curls in the squad.
ReplyDeletehttps://www.betting33.com
Since rising to prominence at Leicester, the diminutive Frenchman has always sported a smooth dome. Now, we can add Kante with hair to the list of things we didn't expect to see in 2020.
ReplyDeletehttps://www.syy577.com
We all know that travel broadens the mind. Thanks to that place on the seafront that sells delicious gelato, it has a tendency to broaden other body parts too.
ReplyDeletehttps://www.dok222.com
Travel's experts have been compiling some tricky questions to test your knowledge of the planet and to kindle your curiosity for more.
ReplyDeletehttps://www.ccclub700.com
Alaska's Anchorage International Airport lacks the waterfalls and razzmatazz of Singapore Changi or the eight runways of Chicago O'Hare..
ReplyDeletehttps://www.hgame75.com
There’s no denying that the internet has influenced virtually every single aspect on the way we do items today - and gambling is of no exception. Be it for exciting or real money, online casinos are taking the gambling world by storm, with several casino https://www.btlcasino.com players from around the globe now opting to play their favored casino games online. Get far more info about 카지노사이트
ReplyDelete