Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, June 9, 2009

Selamat Pengantin Baru Echa


Adik ketiga Orang Rumah Bapak, Echa selamat melangsungkan perkahwinan pada 30 Mei lalu.

Pilihan hati adik ipar Bapak itu ialah Fiqri, pemuda dari Kulai, Johor yang merupakan seorang anggota tentera.

Bapak yang baru setahun jagung melalui alam perkahwinan ini menjadi salah seorang daripada saksi kepada pengantin perempuan pada majlis akad nikah yang berlangsung pada kira-kira 4.15 petang.

Seperti majlis Bapak dan Orang Rumah Bapak setahun lalu, sambutan perkahwinan mereka lengkap dengan majlis bernilai, percikan bunga api, kenduri-kendara dan bersanding.

Fiqri hadir dengan ditemani sanak-saudara tanpa kehadiran ibu bapa kerana beberapa hari sebelum majlis berlangsung, beliau ditimpa ujian.

Bapanya diserang sakit jantung dan terpaksa ditahan di wad ICU Hospital Kulai. Mahu tak mahu terpaksalah ibunya menemani suaminya mengharungi saat-saat mencabar tanpa menghadiri peristiwa bersejarah anak lelakinya itu.

Apapun Ayah Mertua Bapak tersenyum lebar kerana majlis berlangsung dengan lancar, apatah lagi selepas 18 hari terima cucu sulung, dapat menantu lelaki kedua pula.

"Semakin berkembang keluarga Ayah" luahnya.

Kepada Echa dan Fiqri, Selamat Pengantin Baru, pepandailah layari alam perkahwinan ini. Nak nasihat lebih-lebih pun Abang Long kau ini pun masih hijau pengalamannya..hehhe

7 comments:

  1. Bapak,
    Sampaikan salam dan ucapan Selamat Pengantin Baru untuk kedua mempelai.. meriahnya..

    ReplyDelete
  2. owg kulai .. heheh sekampung lah.

    Echa & Suami ~ selamat Pengantin Baru .
    sama padan and sama cantik bagai pinang dibelah dua .

    So, tahniah gak kat Bapak . Bertambah lagi ahli keluarga.

    ReplyDelete
  3. sampaikan salam buat kedua mempelai ..
    " Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat "

    ReplyDelete
  4. Ana, Kak Linda, Kak Rosmah & Kak Tirana :

    bagi pihak adik ipar Bapak, terima kasih diucapkan.
    Insyaallah Bapak akan sampaikan pesanan kalian kepada mereka.

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat keluarga bapa mertua Bapak di atas kehadiran seorang lagi ahli keluarga yang baru.Selamat Pengantin Baru untuk Fiqri dan Echa. Moga kekal bahagia ke akhir hayat, Amin...!

    ReplyDelete
  6. Kak Myza : bagi pihak adik ipar Bapak, terima kasih diucapkan.
    Insyaallah Bapak akan sampaikan pesanan ini kepada mereka.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails