Orang Rumah Bapak sering mengomel tak pernah menjejakkan kaki ke Ikea. Katanya nama je kahwin dengan orang Petaling Jaya (PJ) tapi Ikea pun tak pernah pergi...
Dalam hati Bapak, logiklah kami bukan tinggal di PJ tapi Ipoh...
"Bukan kita pergi (Ikea) sebelum kahwin ke?," Bapak cuma mematikan ngomelan tersebut.
"Mana ada!," jelas Orang Rumah Bapak.
Setelah Bapak fikirkan balik, memang betul dakwaan Orang Rumah Bapak itu sebab yang keluar dengan Bapak masa itu orang lain!
Oleh itu sebelum Orang Rumah Bapak menyoal lebih mendalam, Bapak cepat-cepat bersiap dan hidupkan enjin kereta mengajak ke Ikea...hehehe
Berjam-jam berpusing-pusing ke Ikea, yang dibeli cuma alatan dapur yang remeh-temeh. Bagi mengalihkan perhatian Khalish dan Ilhan yang ralit berlari-lari dan tawaf seluruh Ikea, Bapak belanja mereka bebola daging dan spaghetti.
Sebab Khalish dan Ilhan masih tak puas bermain, kami ke Toy R us di One Utama selepas itu. Nak ke Kidzania rasanya tak berbaloi tuk dua budak bawah tiga tahun ni.
Dalam hati Bapak, logiklah kami bukan tinggal di PJ tapi Ipoh...
"Bukan kita pergi (Ikea) sebelum kahwin ke?," Bapak cuma mematikan ngomelan tersebut.
"Mana ada!," jelas Orang Rumah Bapak.
Setelah Bapak fikirkan balik, memang betul dakwaan Orang Rumah Bapak itu sebab yang keluar dengan Bapak masa itu orang lain!
Berjam-jam berpusing-pusing ke Ikea, yang dibeli cuma alatan dapur yang remeh-temeh. Bagi mengalihkan perhatian Khalish dan Ilhan yang ralit berlari-lari dan tawaf seluruh Ikea, Bapak belanja mereka bebola daging dan spaghetti.
Sebab Khalish dan Ilhan masih tak puas bermain, kami ke Toy R us di One Utama selepas itu. Nak ke Kidzania rasanya tak berbaloi tuk dua budak bawah tiga tahun ni.
layankan je la... org pompuan memang suke tempat ni... saya pun suke (tak nafikan... ;p) cuma tahap suke saya ni dah kurang la banding dengan dulu - gile suke... hehehe
ReplyDeletesebenarnya byk lg wishlist tempat Orang Rumah Bapak nk gi. Bapak gi kalu balik umah orang tua x suka keluar, lepak je kt umah. tu la pasalnye...heheheh
Deletetak pernah sampai ke Ikea...kalau tak ade apa nak dibeli - sy takkan pergi ke mana pun. Nak beli apa - straight ke kedai tu...malas nak jalan2 !!!
ReplyDeletekt Melaka lg banyak kedai perabot kan Kak Sonata..heheh
Deletetak suke sangat pi ikea..ramai orang..kecuali ada benda yg nak dibeli.. =)
ReplyDeletenasib baiktak kene soal bagaikan pesalah di kandang tertuduh..hahha =p
orang cam Bapak ni cuti & off x sama ngan kebanyakan orang lain. tu senang manipulasi pergi time kurang orang..heheh
Deletekalo pegi umah angah, singgah jugak le kat ikea
ReplyDeleteumah angah tu mesti kt area tu jgk kan :)
Deletesamalah tak pernah jugak ke ikea lagi.. hujung minggu bila nak pergi ada je perkara lain yang harus didahulukan..
ReplyDeletebiasa2 je ikea tu, jalan2 isi masa lapang je..heheh
Deletedah lama x sampai ke IKEA nie ..
ReplyDeletex der duit payah gak nak menyinggah ;)
window shopping pun leh aper? heheheh...
DeleteSaya tersenyum pabila terbaca petikan ini :
ReplyDelete"Setelah Bapak fikirkan balik, memang betul dakwaan Orang Rumah Bapak itu sebab yang keluar dengan Bapak masa itu orang lain!"
err..bole x cakap, yg lepas tu lepas la..heheh
Delete