Seekor lembu yang dipilih Ayah Mertua Bapak tumbang disembelih di bawah pokok rambutan berhampiran rumah Nenek petang itu.
Ilhan yang turut menyaksikan peristiwa itu rilek sahaja dan tidak memberikan sebarang reaksi.
Tiada majlis potong jambul dan naik buaian diaturkan lagi pun kepala Ilhan sudah dibotakkan dalam majlis ringkas ketika usianya kurang sebulan.
Bapak masih ingat, majlis aqiqah dan cukur Khalish dulu dilakukan serentak semasa dia berusia 19 hari.
Majlis aqiqah Ihan yang lahir setahun lima bulan selepas Khalish lewat sedikit tapi alhamdulillah setiap anak ada rezekinya tersendiri.
No comments:
Post a Comment