Translate

Sahabat Bapak

Monday, March 12, 2012

Biras baru

Bapak dapat biras baru. Adik ipar Bapak, Kima melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hati, Syakirin; seorang pemuda dari Putrajaya.

Pasangan mempelai ini dinikahkan sendiri Ayah Mertua Bapak di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya hujung bulan lalu.
Macam biasa, seisi keluarga meriah melalui adat berinai besar pada sebelah malam dan kenduri serta majlis persandingan pada keesokan harinya pula.

Orang baru dalam keluarga kami ini hadir kurang dua minggu selepas datuk ke alam baqa baru-baru ini.

Nenek yang berkerusi roda sesekali menyeka air mata; entah beringat arwah atuk atau terharu Kima kini sudah sah menjadi isteri orang...

Sebagai menantu sulung, Bapak berpakaian sedondon baju Melayu berwarna kuning keemasan bersampin menyambut kehadiran tetamu di depan pagar rumah.

Seminggu selepas itu, kami meraikan resepsi belah pengantin lelaki di Presint 8, Putrajaya pula.
Kepada Syakirin dan Kima, selamat melayari alam perkahwinan. Berlakulah adil kepada kedua-dua belah keluarga, ia tidak bermaksud semua pemintaan perlu dipenuhi...

2 comments:

  1. hampir tak cam mana satu bapak..mana satu pengantin...haha..amboiii...segak bergaya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails