Bapak memang tak pernah makan kuih itu dan itulah kali pertama dengar wujud kuih bernama serabai. Yang paling penting setahu Bapak seluruh Ipoh dan Perak tiada orang jual kuih tersebut....heheh..
Katanya kuih serabai popular di Melaka dan pernah menjadi antara hidangan wajib semasa kenduri arwah.
Proses membuatnya bermula dengan beras direndam semalaman sehingga kembang. Kemudian beras itu dikisar dan dicampur dengan santan sebelum dimasak.
Namun secara praktikalnya, kuih tersebut menjadi sajian kenduri tahlil kerana kos membuatnya dalam kuantiti banyak adalah murah.
Keinginan Orang Rumah Bapak terhadap kuih serabai diketahui juga Mak Mertua Bapak. Oleh itu sebelum kami pulang ke kampung hujung minggu lalu, kuih serabai telah ditempah khas.
Menurut Ayah Mertua Bapak, kuih serabai dijual tiga keping RM1.
Sukalah Orang Rumah Bapak tapi macam biasalah bukannya habis pun di makan kuih tu... Bapak ada makan sekeping dua, rasanya macam apam manis yang pernah Bapak makan di sebuah gerai Mamak roti canai di Ipoh...
Uniknya makanan tradisional di negara kita kan.
ReplyDeleteDulu time kecik, asal ada majlis tahlil , mesti ada Biskut Lutut or Biskut Mayat .
Tekstur dia keras dan perlu di cecah dengan Kopi O panas .
p/s . Petang ni cuba buat kuih Serabai . hee
Mengidam pulak ke orang rumah bapak? Khalish nak dapat adik ye...hehehe..
ReplyDeletePerak utara ada kuih serabai..Dulu, kak tirana kecik2, ibu selalu buat kuih serabai..tak tunggu ada kematian pun boleh makan...sedap tapi kak tirana tak pandai nak buat.. Kena belajar nampaknya manalah tahu kot2 nanti menantu mengidam nak makan..hehehe
Kak Linda,
ReplyDeletejadi ker buat kuih serabai tu..? hehehe...
Kak Tirana,
ReplyDeleteo...Perak utara ada kuih serabai rupanye..yela, dah dekat ngan Penang...
nasib baik baru tahu, kalau tak mesti Bapak kena pergi Tanjung Piandang cari kuih serabai...heheh..