Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, February 8, 2012

Pusing satu Songkhla

"Tommorrow, baby,baby happy"

Beritahu seorang pemandu tuk-tuk kepada Bapak semasa kami dalam perjalanan pulang dari Pasar Terapung Klonghae.

Walaupun dia agak beramah cuba berkomunikasi, secara jujur, tak banyak yang Bapak dapat tangkap terutama frasa di atas.

Esoknya, semasa kami dalam perjalanan ke Songkhla baru Bapak mengerti. Rupa-rupanya pemandu tuk-tuk tadi hendak memberitahu sambutan Hari Kanak-Kanak.

Sambutan Hari Kanak-Kanak di Thailand amat meriah dan secara besar-besaran. Pejabat Gabenor, PBT, agensi kerajaan dan pihak swasta berebut-rebut anjur.

Sesetengah premis macam muzium dibuka secara percuma atau caj istimewa kepada kanak-kanak terbabit.

Atas sebab itu, lawatan kami ke Muzium Songkhla agak terbantut. Memang best daripada kena bayar Bath 100 (RM10), dapat masuk free tapi akibat kesesakan, MPV yang kami sewa hanya dibenarkan parking di bawah sedang muzium tu nun jauh di atas bukit.

Tak larat mendaki bukit terutama mendukung Ilhan yang sedang lena tidur. Akhirnya setengah jalan, kami menuruni bukit semula.

Nasib baik, saya sempat snap beberapa aktiviti menarik yang dianjurkan pihak muzium untuk kanak-kanak.

Itu cerita yang agak terkilan tapi lawatan ke Akuarium Songkhla benar-benar membuat Khalish dan Ilhan teruja. Diorang masuk free tapi dewasa, seorang Bath 200 (RM20).

Penat melayan Khalish yang berlari ke sana-sini melihat pelbagai spesies ikan dan khazanah laut.Ada persembahan penyelam bersama haiwan akuatik ala-ala Akuaria.

Sebelum balik, Khalish sempat sambar satu topi Nemo, nasib baik Ilhan tak minat...
Keluar dari Akuarium Songkhla, hujan mula turun makin lama makin lebat. Lebat pun lebat, Bapak buat hati kering nak bergambar dengan monumen duyung emas biarpun berpayung.

Dalam hati cuak juga sebab ombak agak kuat (teringat Hafalan Shalat Delisa, eh.. tsunami...). Apa nak buat asyik sampai Songkhla je mesti hujan lebat...
Sudah berposing, baru ada mood makan sambil bertemankan deruan ombak yang mengganas

2 comments:

  1. bagaimana mereka menghargai kanak2.. wpun perdagangan kanak2 teruk dsana.. d sini???
    hmmmmmmmmmmmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitakan typical Melayu, x pandai nk luah kasih sayang...huhuhu...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails