Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, May 31, 2011

Patah Kaki

"Allah...akut (takut)...kete asak... (kereta rosak)"

Itu respons spontan Khalish sambil membuat gaya memegang stereng kereta apabila menceritakan kemalangan yang menimpa Bapak dan dia pada petang Jumaat lalu kepada ibunya.

Sebelum kejadian, Khalish yang merengek-rengek hendak keluar berjalan di bawa Bapak ke taman permainan berhampiran. Setelah dia puas bermain satu demi satu permainan yang terdapat di situ, kami pun pulang.

Dalam perjalanan pulang, lebih kurang 100 meter dari rumah, kereta Bapak dilanggar dari tepi oleh kereta lain di persimpangan jalan.

Hentaman itu betul-betul di bahagian kiri hadapan kereta tempat duduk Khalish. Alhamdulillah kami tidak apa-apa, Khalish bercalar sedikit badannya, siku tangan Bapak pula luka.

Keadaan kereta agak teruk, bahagian depan kemek dan ada yang patah hingga kereta tidak dapat bergerak.
Khalish yang terkejut menangis kuat. Nasib baik beberapa jiran wanita sudi membantu mendukung Khalish.

Walaupun agak 'blank' sekejap selepas kemalangan itu, tindakan pertama Bapak hubungi Orang Rumah Bapak dan kereta penunda.

Dari jauh Orang Rumah Bapak datang berjalan kaki sambil mendukung Ilhan. Tangisan Khalish berhenti sebaik sahaja ibunya sampai dan mereka pulang ke rumah dengan bantuan seorang jiran.

Tidak lama selepas itu, jiran sebelah rumah Bapak, Abang Hashim yang bertugas sebagai anggota polis trafik sampai ke tempat kejadian untuk membantu. Kereta penunda sampai dan polis dihubungi.

Kami mengambil gambar tempat kejadian dari pelbagai sudut sebelum membuat laporan polis di IPD Ipoh.

Selepas selesai soal siasat, pengawai penyiasat polis buat keputusan pemandu yang melanggar kereta Bapak bersalah kerana tidak berhenti di garisan putih dan saman akan dikeluarkan kepadanya.

Kecoh sekejap pemandu kereta yang melanggar Bapak mati-mati pertahan dia tak bersalah. Dakwanya dia memandu perlahan dan Bapak yang melanggar kereta dia.
Namun bukti bergambar dan keterangan saksi melihat kejadian tersebut membuatkan dia akhir beralah untuk disaman.

Sekarang satu-satu kereta Bapak itu di bengkel. Mati kutu juga, kami sekeluarga tiada kenderaan lain. Sistem pengangkutan awam seperti bas dan teksi tak masuk ke taman perumahan Bapak sebab Terminal Bas Bersepadu Ipoh hanya akan siap tahun depan.

Aktiviti harian banyak terganggu memandangkan Bapak tinggal jauh dari pusat bandar. Banyak program dirancang seperti menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Teluk Intan, nak tengok keris Taming Sari di Kuala Kangsar dan bawa Khalish dan Ilhan ke Karnival Upin Ipin di Stadium Indera Mulia hujung minggu ini nampaknya akan tergendala.

Adik ipar bersalin (adik Orang Rumah Bapak) bersalin pun dapat dengar dari kejauhan sebab kami dah 'patah kaki'...

Bapak pergi dan balik kerja dengan menumpang kereta rakan sekerja menetap berhampiran yang bersimpati.

Semalam keluarga Bapak datang rumah selepas bercuti di Cameron Highlands. (sedih Ayah dan Mama pula yang ziarah kami, sepatutnya sebaliknya....) Bapak ambik kesempatan pinjam kereta Ayah beli barang-barang keperluan yang semakin kurang di rumah ini.

Harap kereta dapat dibaiki segera. Orang Rumah Bapak selalu nasihat bersabar dengan dugaan ini...

12 comments:

  1. innalillah...
    nasib khalish tak ape2.. smoga die tak trauma lepas ni..
    smoga semua nye kembali baik lps ni..
    mungkin ade hikmah d sbalik kejadian.. harap ade yg baik2 lepas ni..

    bile siap kereta nye pak?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tiada apa berlaku kepada family bapak..

    pernah kena jugak sekali, org hentam dari belakang..jadi claim insurans atas dia lah..

    harap² cepatlah dibaiki

    ReplyDelete
  3. motif la kan bro nak langgar dia...tgok gambar pun dah tahu si mamat/minah tu yang salah sebab dia yg langgar tepi
    padan muka dia kena saman
    nasib bro dan anak selamat
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. kesian bapak. time cuti2 sekolah ni la nak jadi mcm2 pulak.
    sabar ye....

    ReplyDelete
  5. Cik Bedah,

    alhamdulillah Khalish tak trauma. Betul2 harap kereta cepat siap, betul2 'patah kaki' ni...

    ReplyDelete
  6. Chekgu Wan,

    memang belasah kaw-kaw insuran dia..

    ReplyDelete
  7. Hans,

    tu la. Bukan nak cari salah sesiapa, benda dah jadi tapi agak2 la. Nasib baik Khalish x apa2..

    ReplyDelete
  8. Isabelle,

    terima kasih. mesti ada hikmah disebaliknye. apapun alhamdulillah semua selamat...

    ReplyDelete
  9. harap bapak dapat bersabar..ada hikmah kot..

    ReplyDelete
  10. bapak, kena ada sebijik motor... at least klu apa-apa jd pd keta... ada gak 'kaki' lain utk emergency...

    sabar je la ye...

    ReplyDelete
  11. Sham,

    terima kasih. insyaallah Bapak bersabar dengan dugaan kecil ini

    ReplyDelete
  12. Maria,

    dulu ada jugak kereta Orang Rumah Bapak tapi dah kasi kt adik ipar..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails