Translate

Sahabat Bapak

Monday, May 16, 2011

Kenangan hadiah Hari Guru part 1

Jika kita bertanya kepada murid terutama yang berada di sekolah rendah cara untuk menghargai cikgu kita pasti sebahagian besar akan menjawab beri hadiah pada Hari Guru.

Semasa Bapak di bangku sekolah, Bapak pun tak terkecuali. Cerita tentang hadiah Hari Guru, Bapak teringat dua kenangan.
Pertama, semasa darjah dua.
------------------------------
Terus-terang Bapak tak ingat nama cikgu ini...Beliau merupakan salah seorang guru praktikal yang mengajar subjek Matematik di kelas Bapak. Yang pasti dia cantik, ayu, lemah-lembut, dedikasi dan penuh dengan ciri-ciri kekakakan (dari mata seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang belum berkhatan apatah lagi baligh...)

Setelah beberapa bulan maka genaplah tempoh praktikalnya. Pada hari terakhir mengajar, beliau menghadiahi semua murid dalam kelas termasuk Bapak seutas pemegang kunci.

Bapak seperti murid lain turut mahu memberi hadiah sebagai kenang-kenangan dan penghargaan kerana sudi mendidik kami.

Namun dengan duit belanja hanya 30 sen sehari, Bapak tak mampu beli hadiah mahal-mahal. Nak minta mama ayah belikan, bukan perangai Bapak...memang Bapak tak suka minta apa-apa, apa yang diberi itulah yang diterima...

Akhirnya Bapak buat keputusan hadiahkan guru praktikal itu benda yang Bapak paling suka masa itu...ia ialah gula-gula susu berbentuk bulat macam panadol.

Gula-gula itu memang kesukaan Bapak, masa itu Bapak selalu berkhayal kunyah gula-gula tu macam makan ubat...hahahah...

Setelah membeli gula-gula itu di kantin sekolah, Bapak bungkusnya cantik-cantik dengan kertas buku rampaian sekolah kemudian tulis kata-kata khas buat cikgu itu...

Sampai sekarang Bapak tak tahu apa perasaan guru tersebut apabila membuka bungkusan Bapak tersebut...tapi Bapak nak beritahu itulah hadiah yang paling ikhlas daripada seorang kanak-kanak berusia lapan tahun untuk seorang cikgunya...

terima kasih kerana sudi mencurahkan ilmu kepada Bapak...

p/s : kenangan kedua Bapak sambung lain kali la yer...hehhe

8 comments:

  1. alamak...bapak sangat kreatif..kalau saya lah dapat hadiahtu..mesti saya terharu.betapa gighnya seorang murid menghadiahkan guru hadiah yang paling 'special' dimata mereka..

    ikhlas tu yang penting.. =)

    ReplyDelete
  2. Nik,

    kecik2 dah kreatif Bapak ni kan? hheheh... masa tu cuma fikir kalau saya suka, cikgu mesti suka juga...hehehh

    ReplyDelete
  3. Bapak .. tentu guru itu tak pernah lupa hingga hari ini. Ia satu pemberian yang sangat beerti sekali bagi guru ..

    ReplyDelete
  4. Cikgu Rashid,

    apa pun, didoakan semoga cikgu itu dilindungi Allah hendaknya...

    ReplyDelete
  5. haha..bapak telah mengembalikan nostalgia gula² susu tu..feveret terutamanya yang ada perasa kopi..

    ReplyDelete
  6. mesti cikgu bapak terharu
    kalau saya jadi cikgu bapak tu saya sangat terharu dan sedih
    :-)

    Apabila Sudah Bekerja Jangan Lokek Dengan Ibu Bapa

    ReplyDelete
  7. Naman,

    skrg ni susah nak cari gula2 susu ni kan?

    ReplyDelete
  8. Han,

    itu kenangan 23 tahun lepas..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails