Sebab risau senario ni akan berlanjutan, kesempatan off day pada Sabtu lalu dijadikan platform Bapak untuk munasabah diri dan mengatur kembali rutin hidup. Kemudian satu persatu Bapak selesaikan, alhamdulillah setelah empat hari (hari ini), ia semakin selesai dan kembali normal seperti biasa.
Oklah, beberapa hari lalu, Khalish yang baru berusia dua bulan mula belajar kemahiran asas untuk meniarap iaitu terbalikkan badan. Orang Rumah Bapak yang masih berada di kampung ada MMS foto pertama kali Khalish melakukan kemahiran itu.

Walaupun sudah boleh meniarap, kepala Khalish sebenarnya masih tak tegak sepenuhnya dan ia agak merisaukan kerana risiko mukanya tersembam ke lantai atau tilam mahupun bantal setiap kali meniarap. Tapi nampaknya Khalish ada penyelesaiannya sendiri, dia menggunakan tangan kanan untuk memangku mukanya..Good boy..hehehh...
Menurut Orang Rumah Bapak, sejak itu, berkali-kali Khalish berlatih dan menguji kemahiran baru itu. Tersengih Bapak, ia bagaikan terapi berharga buat Bapak...
Tapi sejak semalam, Khalish macam sudah kurang berminat terbalikkan badan. Dia ada hobi baru, suka bersuara tak henti-henti. Apabila Ibu, Atuk dan Neneknya melayannya, Khalish memberi respon membalas walaupun dalam bahasa tidak difahami.

Orang Rumah Bapak sudah mula mengajar perkara asas kepada Khalish seperti "Ini bunga raya, warnanya merah" sambil menunjukkan bunga raya yang terdapat di halaman rumah dan anak sulung Bapak ini akan memberi respons seolah-olah mahu mengajuk apa yang dituturkan ibunya..heheh
Kadang-kala apabila Khalish berseorangan, dia petah bersuara seolah-olah sedang berkomunikasi dengan seseorang. Mak Mertua Bapak kata, Khalish sedang berbual dengan kakaknya (uri)..betul ker..heheh...