Translate

Sahabat Bapak

Monday, February 25, 2013

Sotong Cecumit

Salah satu makanan kesukaan Bapak semasa kecil-kecil ialah cecumit iaitu sotong kering kecil yang sedap dibuat sambal.
 Biasanya Bapak dapat merasai sambal cecumit apabila pulang ke kampung Mama di Pulau Indah (dulu dikenali sebagai Pulau Lumut), Pelabuhan Klang.

Arwah atuk selalu membelinya di sebuah kedai runcit terletak berhampiran jeti milik seorang lelaki Cina yang digelar Bulat.

Namun berikutan peredaran masa (atuk pun sudah hampir 5 tahun meninggal dunia) cecumit sukar didapati.
Dalam tempoh berbelas tahun cuma sekali sahaja Bapak menjumpai ia dijual di pasar malam di Jelapang, Ipoh dua, tiga tahun lepas.

Itupun seminggu je dijual selepas itu tiada lagi cecumit didapati di pasar malam itu. Banyak kali juga sepanjang hampir 7 tahun menetap di Perak, Bapak singgah ke Lumut dan Pangkor semata-mata untuk mencari cecumit tetapi hampa.
 Akhirnya penantian berakhir pada kunjungan kami ke Lumut baru-baru ini. Walaupun harganya RM5.80 per100 gram, Bapak pejamkan mata sahaja sebab dah lama mengidam..hehe..

8 comments:

  1. suker...sedap nie...haha comel jer nama dia cecumit

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan cumit2... Sedap tgk gambor tu...

    ReplyDelete
  3. baru tau nama sotong ni cecumit..tak pernah makan tapi bila tengok sotong cecumit sambal tu..gulpp!! terliorrrrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah ada rezeki Erina makan cecumit suatu hari nanti..

      Delete
  4. dkt pulau indah nie,tiap2 pagi ada jual nasi lemak dgn sambal cecumit nie,boleh katakan 80 % peniaga nasi lemak dlm pulau ni ada menu nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ker? kt kampung maner tu? Kampung Perigi Nenas ker? Keluarga Bapak berasal dari Kampung Teluk Nipah, Pulau Nipah...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails