Translate

Sahabat Bapak

Tuesday, February 12, 2013

Apa yang kami jumpa di Muzium Siput?

Antara hobi Orang Rumah Bapak pada zaman anak daranya ialah mengumpul cengkerang siput laut. Cengkerang siput laut pelbagai bentuk dan jenis itu dikumpul sejak kecil lagi. Kebanyakan dikutip di pantai di depan rumahnya. Ceritanya di sini

Maka pada kunjungan kami di Lumut ini, antara lokasi wajib yang disenaraikan dikunjungi oleh Orang Rumah Bapak ialah  Muzium Siput yang terletak di Teluk Batik.
 Namun kami hampa kerana sampai-sampai sahaja ke lokasi dihajati, pintu muzium itu bermangga. Persekitaran luar Muzium Siput berkenaan juga tidak berapa kemas.

Sampai-sampai kami tengok pintu muzium itu berkunci. Persekitaran luar pun agak berapa kemas. Kalau diikutkan papan tanda yang berdapat di sudut muzium tersebut, ia sepatutnya dibuka hari-hari sehingga pukul 6 petang.
 Kecewa Orang Rumah Bapak, Khalish dan Ilhan yang dijanji ibunya untuk dikenalkan cengkerang siput cantik-cantik pun begitu.. Memang sebelum ni Bapak pernah dengar operasi muzium yang mengenakan caj kemasukan RM2 untuk dewasa, kanak-kanak (50 sen) agak sendu...
 Tak berpeluang untuk menyaksikan cengkerang siput laut esotik yang cantik-cantik, jumpa siput babi tak perkarangan Muzium Siput ni pun jadilah Khalish dan Ilhan...huhuhu...


2 comments:

  1. saya banyak kali pergi lumut tapi tak tahu pun ada muzium siput ..

    terima kasih kerana sudi follow dan letak blog saya dalam bloglist tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya muzium siput ni letaknya di sebelah parking Teluk Batik je tapi memang ramai x perasan..

      terima kasih kembali & salam ukhwah tuan al-lavendari

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails