Translate

Sahabat Bapak

Wednesday, February 8, 2012

Klonghae Floating Market tenggelam

Semasa Bapak sekeluarga berkunjung ke Hatyai dan Songkhla, cuaca tak menentu; asyik hujan. Nak buat camne, kena pandai cari masa sesuai untuk berjalan.

 Salah satu lokasi wajib yang Orang Rumah Bapak tetapkan apabila sudah ke Hatyai ialah Pasar Terapung Klonghae. Nak cari luk choop katanya, siap bawa tupperware lagi..heheh (Bapak pernah ceritakan tentang luk choop dalam entri Luk Choop tidak lama dulu)

Menaiki tuk-tuk dengan tambang Bath450 (RM45), kami sampai ikut jalan belakang (memasuki Pasar Terapung Klonghae menerusi jambatan) dalam keadaan hujan mula renyai-renyai.

Bapak pelik sebab Pasar Terapung Klonghae yang dilihat tidak serupa yang Bapak pernah pergi beberapa bulan lepas.

Selain lokasinya nampak pelik, peniaga di perahu di penambang pun tak ramai, tak sampai 10 orang pun. Tak banyak makanan dijual, luk choop langsung tiada.
 Peniaga di daratan pasar terapung itu juga banyak yang kosong. Garu kepala Bapak sekejap..salah tempat ker? tengah berfikir tu, hujan semakin lebat. Sedar-sedar adik ipar Bapak, Kima dah beli baju hujan untuk kami...

Bapak cuba tanya beberapa peniaga tetapi akibat masalah bahasa, komunikasi jadi seperti ayam dan itik (walaupun Bapak cuba cakap English sebroken mungkin..hehhe)

Akhir selepas merayau dalam hujan seketika barulah Bapak perasan lokasi asal Pasar Terapung Klonghae sudah ditenggelami air sungai berikutan musim hujan ketika itu. Malah pangkin yang Bapak lepak makan  mee tom yam pun sudah dihanyutkan bah.
Kempunan lah Orang Rumah Bapak nak rasa luk choop, kami cuma dapat beli sosej dan sotong bakar. Begitupun shopping sakan jugalah Orang Rumah Bapak sebab peniaga turunkan harga pakaian dan kasut sebab pelanggan tak ramai ekoran cuaca tak baik.

1 comment:

  1. alamak..kempunan orangrumah bapak..

    tapiorg kata dalam duka tetap ada suka.. =p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails