Untuk keselesaan kami menempah gerabak yang mempunyai katil, Bapak jaga Khalish, Orang Rumah Bapak jaga Ilhan.
Sampai di Stesen Keretapi Padang Besar untuk mengecop pasport pada lebih kurang pukul 8 pagi, Khalish muntah pula. Lepas muntah baru dia ligat merayau persekitaran stesen keretapi itu.
Itu cerita pergi, dalam perjalanan pulang pula Ilhan yang baru berjalan jatuh teruja praktis di sekeliling Stesen Keretapi Hatyai. Terkedek-kedek berjalan perlahan, sesekali meminta ibu dan makngah (Kima) memimpin sebelah tangannya.
Pukul 4 petang, keretapi mula bergerak dari Stesen Keretapi Hatyai menuju ke Stesen Keretapi Padang Besar. Tak lama lebih kurang 45 minit je. Mungkin sebab terlalu letih, Khalish tertidur.
Sedar-sedar sebab perlu menjalani pemeriksaan imigresen, Khalish mula mengamuk. Yelah, tak cukup tidur. Pegawai imigresen Malaysia lebih bertimbang rasa mempercepatkan proses pemeriksaan setelah melihat Khalish melalak.
Tapi pegawai imigresen Thailand tak hirau, nak juga Khalish berdiri depan kamera web untuk dirakam imejnya. Makin kuatlah dia melalak. Khalish hanya berhenti menangis selepas dibenarkan masuk semula ke gerabak...
Pukul 8.30 malam, perut rasa lapar. kami nekad ke kafe. Bapak dukung Khalish, Orang Rumah Bapak pula dukung Ilhan. Untuk ke kafe, kami kena lepasi kira-kira enam gerabak sambil mendukung budak yang beratnya setiap seorang lebih 10 kg dengan keadaan gerabak keretapi terhuyung-hayang.
Setibanya di kafe, rasa hampa sebab cuma tinggal mee segera je. Nasib baik sudah hampir sampai ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam. Sampai je, kami terus turun dan terpaksa berebut-rebut menapau nasi.
Bab berebut mengambil lauk takde hal sangat, yang lebih letih terpaksa menepis rengekan Khalish yang lebih teruja nak makan aiskrim daripada makan nasi. Kena cepat, kalau lewat ada yang kena tinggal keretapi.
Sampai di Stesen Keretapi Ipoh kira-kira pukul 3 pagi, keadaan semakin stabil, Khalish dan Ilhan tak banyak meragam. Kereta pun meluncur laju ke rumah sebab jalan lenggang.
No comments:
Post a Comment