Translate

Sahabat Bapak

Friday, February 3, 2012

Jalan kaki sahajalah!

Di bandar Hatyai, kenderaan utama yang biasanya dinaiki ialah tuk-tuk. Namun sejak awal lagi, Khalish sudah menunjukkan sikap tidak berkenan dengan kenderaan itu.

Dalam perjalanan ke Hotel New Season dari Stesen Keretapi Hatyai, muka Khalish berubah pucat dan meronta-ronta nak mahu turun dari tuk-tuk. Nasib tak berapa jauh, kira-kira 300 meter je perjalanan...
 Duduk di belakang tuk-tuk yang lebih merupakan lori kecil yang diubahsuai, ruang kiri dan kanan terbuka untuk angin masuk (hanya ditutup dengan plastik apabila hujan), tempat duduk diperbuat daripada bangku kayu yang disusun menghadap antara satu sama lain dengan duduk dalam keadaan agak sempit (sebab lapan orang termasuk Khalish dan Ilhan) dan pemanduan agak laju mungkin membuatkan Khalish kecut perut.

Kemuncaknya pada petang hari pertama semasa kami menggunakan sekali lagi perkhidmatan tuk-tuk untuk ke Pasar Terapung Klonghae, Khalish merengek sepanjang perjalanan.

"Jalan kaki sahajalah...jalan kaki sahajalah," itu rengekan itu dari mula hingga sampai di pasar terapung itu. (Gigih betul kalau nak kena jalan kaki, jauh tu Khalish...heheh)

Esoknya sebab perjalanan yang dirancang lagi jauh iaitu ke Songkhla yang memakan masa lebih kurang sejam setengah, demi Khalish Bapak memutuskan untuk tidak naik tuk-tuk lagi.

Pagi-pagi Bapak mula survey van. Kebanyakannya mengenakan caj Bath 1,500 (RM150), tuk-tuk pula Bath750 (RM75). Akhirnya sudah rezeki, kami jumpa dengan pengendali MPV yang cuma caj Bath1,000 (RM100) sahaja.

Tambah lagi RM25 dapat kenderaan yang lebih selesa, yang penting tak perlu dengar lagi Khalish meragam sepanjang perjalanan..heheh...
 Hari terakhir mungkin sebab mood nak balik kuat, Khalish semakin selesa dan gembira naik tuk-tuk.


4 comments:

  1. bestnya pergi hatyai
    pernah pergi sana sekali
    masa sekolah dulu
    :-)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. anak kecil..tapi tengok juga, kalau dilayan sgt, teruk juga..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails