Translate

Sahabat Bapak

Sunday, April 7, 2013

Nostalgia funfair

Kali terakhir Bapak ke pesta ria (funfair) ketika berada di tingkatan 4 di Lumut pada pertengahan 90-an.

Selepas itu Bapak mendapati funfair pada abad ke-21 semakin membosankan. Apatah lagi ia semakin  tenggelam dek hiburan lain yang semakin melambak.
Baru-baru ini semasa berkunjung ke Taiping, Bapak kembali ke funfair atas desakan Ilhan yang begitu teruja. Beriya-iya dia menarik tangan ayah dan ibunya untuk memasuki pesta ria tersebut. Mungkin terpesona dengan pelbagai permainan dan lampu warna-warni yang menerangi kawasan tersebut.

Berpusing Bapak sekejap, permainan yang terdapat di dalam Funfair Taiping ini tak jauh daripada yang ada masa zaman Bapak kecik-kecik.

Satu token berharga RM2 dan rata-rata permainan memerlukan dua token. Agak mahal juga jika nak dibandingkan dengan tawaran hadiah mengarut yang disediakan.
Mula-mula kami kasi Ilhan menaiki keretapi bersama kanak-kanak lain yang baru dikenali. Gembira dia berpusing-pusing dengan tren tersebut lebih 10 kali.

Bapak cuma main satu sahaja permainan memasukkan bola pingpong ke lubang yang lubang bernombor. Rasanya Bapak dah dapat masukkan ke lubang-lubang bernombor besar tetapi ganjarannya cuma sebuah lampu tidur mini.
Orang Rumah Bapak yang macam lepas gian bermain pelbagai permainan. Hadiahnya turut sama mengarut termasuk sebatang pen yang tak pasti ada dakwat ke tak. Kalau yang boleh kata berbaloi, patung monyet yang telah menarik perhatian Ilhan.

Friday, April 5, 2013

Ikan bakar best : Umbai vs Alai

Orang kata Umbai terkenal dengan ikan bakar dan makanan laut. Kali terakhir Bapak ke sana kira-kira 6 tahun lepas.
Mungkin Bapak pergi salah kedai, bukan sekali tapi dua kali kunjungan, rasanya tetap kurang kena dengan selera..biasa je. Paling Bapak tak boleh lupa rupa sotong goreng tepung tak ubah cam pisang goreng tepung beras yang digoreng sendiri petang-petang.

Selepas mengahwini Orang Rumah Bapak, langsung Bapak tak pernah jejak kaki ke Umbai. Walaupun beliau orang Melaka, faktor jarak kerana kampung Orang Rumah Bapak di sempadan manakala Umbai hampir dengan daerah Jasin, buat rasa tak berbaloi.

Kalau nak makan ikan bakar baik ke Pengkalan Balak sahaja tapi situ pun yang cuma sebelah kampung tak pernah kami jejak sepanjang 5 tahun Bapak menjadi ahli keluarga Orang Rumah Bapak.

Berlatar belakang keluarga yang terlibat dalam industri katering, kami biasa makan malam sahaja di rumah. Apatah lagi tagline ayah mertua : "Mak ko masak lagi sedap.."
Sehinggalah baru-baru ini keluarga Bapak untuk makan malam di Medan Selera MBMBB, Alai berhampiran Umbai. Tujuannya untuk meraikan ulang tahun kelahiran Mama dan Wan ( adik nombor 2) serta Mira (adik bongsu) yang memperolehi 8A dalam SPM  baru-baru ini.

Kami pergi berasingan kerana keluarga Bapak masih di Petaling Jaya pada masa itu manakala sudah berada di Melaka.
Sesat juga Bapa, pertunjuk termudah pintu gerbang berhampiran SMKA Sharifah Rodziah. Bapak sampai pukul 8.30 malam sudah ramai di situ, Mama dan ayah yang sudah sampai 15 minit awal sudah memilih makanan laut.

Seperti diduga orang dah ramai, makanan yang dipesan sampai lebih sejam kemudian.
Dalam tempoh menunggu makanan itu, Ilhan yang sebelum ini menunjukkan kecenderungan lebih suka makan di restoran yang berhawa dingin mula meragam sambil di satu tahap berguling-guling ke jalan raya untuk meraih perhatian,.

Untuk mengalih perhatian Ilhan, atuk melayan membelikannya permainan mini keyboard. Khalish pun nak permainan namun yang dipilihnya sendiri sebuah troli permainan.
Ikan bakar, sotong goreng tepung dan udang butter kena selera. Cuma Orang Rumah Bapak komplen sambal kicapnya, kicap semata yang ditabur kepingan bawang mentah dan sebiji limau kasturi yang belum diperah. Air asam langsung tiada.

Thursday, April 4, 2013

Taman Rama-Rama Ayer Keroh

Apabila cuti persekolahan hampir habis baru-baru ini, sudah tiba masanya kami membawa pulang Khalish yang hampir setengah bulan menetap di kampung.

Apatah lagi tahap kesihatannya sudah semakin baik. Begitu juga dengan Bapak dan Ilhan.
Sebelum pulang ke Ipoh, Bapak membawa Khalish ke Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Ia sebagai ganti kunjungan ke Zoo Taiping yang tidak dapat disertai dia tempoh hari. Ikut serta Orang Rumah Bapak, Ilhan, mak mertua dan adik ipar bongsu, Umai.

Taman Rama-Rama ini terletak bersebelahan Muzium Lebah Sedunia dan boleh dilihat dari Plaza Tol Ayer Keroh, Lebuh Raya Utara-Selatan. Jalan masuknya di persimpangan sama ke kampus induk Utem dan Kolej Yayasan Saad.
Rama-rama yang terdapat di sini tak la banyak variati sangat tapi sudah cukup membuatkan kanak-kanak seperti Khalish dan Ilhan teruja.

Selain rama-rama, taman yang telah dibuka sejak 1991 ini juga mempunyai koleksi buaya, ular, burung, kura-kura, penyu, ikan koi, emu, katak, kala jengking dan emu.
Terdapat sebuah galeri yang menempatkan koleksi serangga seperi kumbang dan rama-rama yang diawet.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails