Semasa berada di Cameron Valley Tea House, Tanah Rata, Khalish beriya-iya nak bergambar di kebun teh.
Ia terletak di bawah kafe kami minum pagi. Untuk turun terdapat sebuah tangga yang agak curam.
Oleh sebab itu Bapak tak berani hendak turun memandangkan kaki masih belum pulih sepenuhnya.
Nak melepaskan Orang Rumah Bapak turun bersama Khalish dan Ilhan pula tak berapa yakin beliau mampu mengawasi kedua-duanya yang agak lasak menuruni anak tangga yang curam.
Untuk menjaga hati Khalish, kami bergambar dari atas bukit; bersebelahan anak tangga yang paling atas.
Tapi Khalish terus merengek nak turun juga ke kebun teh tersebut. (mungkin dia tengok makin ramai pengunjung yang berbuat demikian..)
Sebenarnya bukan tak pernah berposing di kebun teh, boleh dikatakan telah dilakukan tiap- tiap tahun.Cuma tahun ini, pertama kali kami berkunjung di Cameron Valley Tea House, Tanah Rata.
Akhirnya Bapak untuk memujuknya untuk bergambar di Cameron Valley Tea House cawangan Kampung Raja yang lebih landai. Sememangnya kami melalui kawasan itu sewaktu hendaki menuruni tanah tinggi untuk pulang ke Ipoh.
Namun sebaik sahaja sampai ke Cameron Bharat pada sebelah tengah hari, Khalish sudah tertidur akibat kepenatan.Tak sanggup nak mengganggu lenanya, kamu meneruskan perjalanan pulang.
Mujur dia tak mengungkit pasal nak bergambar tu sebaik sedar dari tidur semasa kami sudah sampai di Simpang Pulai. Takde kerja nak patah balik Cameron...lain lagi insyaallah hajat Khalish itu akan ditunaikan pada kunjungan akan datang..hehe
No comments:
Post a Comment