Translate

Sahabat Bapak

Friday, November 18, 2011

Luk Choop

Sewaktu mendengar taklimat Datuk Bandar Songkhla di Majlis Perbandaran Songkhla tempoh hari, mata Bapak sesekali menjeling ke pinggan yang berada di atas meja.

Selain secawan kopi, pinggan itu berisi kuih comel berwarna-warni yang dibentuk menyerupai buah-buahan dan sayur-sayuran seperti mangga, terung, cili, oren, pisang dan jambu.  Namanya Luk Choop.

Pada mulanya Bapak cuba tumpukan kepada taklimat yang menggunakan bahasa Inggeris sepatah-sepatah. Sesekali tersenyum melihat kesungguhan tuan rumah menjawab setiap persoalan kami biarpun nampak payah payah menyusun ayat...

Namun setelah melihat rakan di depan meja Bapak semakin licin pinggannya, Bapak mula mengunyah Luk Choop itu. Terasa isi kacang hijau, macam kuih rengas. Cuma kulitnya dibentuk daripada gelatin sebelum dibentuk dan diwarna menjadi buah-buahan dan sayur-sayuran comel itu.

Semasa mengunjungi Walking Street Songkhla pada sebelah malam, Bapak perasan Luk Choop ada dijual di situ. Di Pasar Terapung Hatyai pun ada jual. Tak mahal dalam 20 Bath (lebih kurang RM2) je sebungkus.
Orang Rumah Bapak bising tidak dibawa pulang Luk Choop sebagai ole-ole. Macam mana nak beli, kalau ia cuma dibungkus dengan daun pisang je..heheh. Takkan nak ditatang dengan tangan sepanjang perjalanan ke rumah..heheh..

16 comments:

  1. semasa IM pergi Hatyai tak nampak pula kuih ni. IM cuma makan nasi pulut ayam.

    ReplyDelete
  2. IM,

    kat sebelah-sebelah peniaga jual nasi pulut ayam tu la..hehe..

    ReplyDelete
  3. Peh...aku ingat kuih buah kaca tadi!

    ReplyDelete
  4. Daddy Cool,

    kuih buah kaca camner pulak rupanye? yang buah perhiasan tu ka? hehe..

    ReplyDelete
  5. Kat kota bharu ada di jual. saya suka kueh ni, selalu tempah bila ada kenduri atau majlis. nak beli sikit2 kat pasar pun ada.

    ReplyDelete
  6. hehehe... len kali klu pegi sini kena bawa tupperware... ;p

    ReplyDelete
  7. nampak sungguh menyelerakan


    lawa kaler nyer

    ReplyDelete
  8. kalau nik..nik bawak tupperware.. =p

    ReplyDelete
  9. bestnye bapak..XD hehe..jeles i~

    nape tak mintak beg plastik kat org tu~ hehehe

    ReplyDelete
  10. Kak Hani,

    Orang Rumah Bapak kata x dapat jalan2 Hatyai, KB pun jadi..hehe

    ReplyDelete
  11. Maria,

    mana Bapak tahu, kalau tahu Orang Rumah Bapak dah siapkan tupperware dr umah..heheh

    ReplyDelete
  12. pB,

    warnanya naik kerana disalut gelatin

    ReplyDelete
  13. Nik,

    lain kali Bapak bawak tupperware walaupun jalan ke mana2..heheh

    ReplyDelete
  14. Cikgu Iman,

    Bapak ikut delegasi MBI kaji Walking Street Songkhla. ceritanya ada kt http://azliadlan.blogspot.com/2011/11/kemeriahan-walking-street-songkhla.html dan http://azliadlan.blogspot.com/2011/11/pusat-budaya-dan-warisan.html

    ReplyDelete
  15. Yayah,

    sebenarnya x fikir pulak Orang Rumah Bapak boleh termengidam manisan tu..heheh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails