Translate

Sahabat Bapak

Monday, October 10, 2011

Racing moto dalam rumah

Sedar tak sedar sudah lebih setahun motosikal mini (kisahnya di sini) yang dibeli Atuknya sebagai hadiah Aidilfitri tahun lalu menjadi hak milik Khalish.

Sebelum ini motosikal mini tak berapa meraih perhatian Khalish, dia lebih suka bermain dengan kereta mininya.  (entry ini) Namun selepas adiknya, Ilhan bermain-main dengan motosikal mini itu (pegang-pegang dan bunyikan hon sahaja, mana boleh tunggang lagi, Ilhan berjalan pun belum..heheh), Khalish semakin prihatin dengan hadiah Atuk itu.

Macam biasa laman permainan kesukaan Khalish ialah ruang tamu. Pening juga Bapak dan Orang Rumah Bapak tengok Khalish tawaf ruang tamu itu dengan motosikal mininya. Bukan sekali dua tetapi beratus-ratus kali tanpa mengenal bosan!

Pandai pula Khalish mengawal motosikal mini agar tidak melanggar sofa dan Ilhan yang suka merangkak merayau keliling rumah. Bagaimanapun dengan bunyi bising enjin motosikal dan bunyi hon kadang-kala mengganggu tumpuan untuk menonton televisyen.

Apabila dilarang, Khalish buat tak tahu sahaja, apabila bertegas pula, dia melalak..alahai...Puas cari idea untuk menghentikannya...

Akhirnya saat ditunggu-tunggu tiba...Akibat terlalu lama bermain, dua tiga hari kemudian, bateri motosikal mini mula lemah dan sudahnya ia berhenti sendiri.

Khalish panik sambil menjerit : "Ayah..ayah..(nak minta tolong la tu),"

"Dah rosak, tu la Khalish main lama-lama sampai rosak..," helah Bapak malas nak caj bateri motosikal mini tu.

Bapak dan Orang Rumah Bapak tersenyum apabila Khalish menolak sendiri motosikal mini yang disangkanya rosak itu ke dalam stor semula.

Kegembiraan kami agaknya tak lama apabila suatu pagi, Khalish yang merenung ke luar rumah tiba-tiba memanggil Bapak.

"Ayah..ayah..situ, situ..moto situ..," beritahunya.

Rupa-rupanya Khalish menunjuk bengkel membaiki kereta di seberang jalan rumah, nak suruh baiki motosikal mini dia la tu..

Bapak buat-buat tak dengar dan kembali ke meja makan menikmati sarapan...

10 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Macam2 gelagat anak2 nie kan...penat melayan mentara nak beso...

    ReplyDelete
  2. bagi makcik pinjam boleh tak.. comei je ye tungang motor tu.

    ReplyDelete
  3. Salam...lama tak singgah...kat rumah pun ada beli sorang satu kat hero 2 org tu...tapi dah rosak, memang betul2 rosak, tak tau nak repair, nak buang sayang...

    ReplyDelete
  4. Hahaha...Aliff selalu main bumper car dengan walker adiknya Ryan...pening pala nak melayan..

    p/s : Pak..aku nak terjun semula dalam repekan blog ini...nanti add address baru aku ya..

    http://dcj-online.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Deeja,

    bila dah besar, lain pula cabarannya...

    ReplyDelete
  6. Cikgu Imanshah,

    memang macam2 keletah..

    ReplyDelete
  7. Aishah,

    bertuahlah kalau Khalish nak kasi pinjam...heheh

    ReplyDelete
  8. Daddy Cool,

    biasalah, kita masing2 dah ada 2 hero..hehe..

    selamat kembali!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails