Seperti ramalan awal, pasukan Sepanyol yang berada di ranking nombor dua dunia muncul juara buat kali pertama.
Tak perlu dipertikai gol jaringan Andres Iniesta pada minit ke-116 biarpun ia berlaku pada situasi yang agak kontroversi; situasi sahaja yang kontroversi, bukan gol itu.
Agak menarik selain Dirk Kuyt yang dikeluarkan pada minit ke-71 dan penjaga gol, Maarten Stekelenburg, semua pemain kesebelasan utama Belanda menerima kad kuning termasuk John Heitinga yang diarahkan keluar padang pada minit ke-109.
Oklah, mari lihat lihat pemain-pemain yang menerima pengiktirafan kerana beraksi cemerlang sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.
Anugerah Bola Emas
---------------------
1. Diego Forlan (Uruguay)
-Kapten Uruguay ini merupakan salah seorang daripada empat pemain yang menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol. Tak perlu diragui hampir semua gol yang dihasilkannya amat menarik.Beliau juga berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma terus ke pintu gol semasa perlawanan suku akhir menentang Ghana; untuk rekod sepanjang kejohanan, cuma empat gol berjaya dihasilkan menerusi sepakan percuma...
2. David Villa (Sepanyol)
-Walaupun tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir, beliau adalah pemain penting membawa Sepanyol pergi jauh dalam kejohanan ini menerusi lima gol yang dijaringkannya.3. Wesley Sneijder (Belanda)
- Bersama Arjen Robben, beliau menjadi arkitek di bahagian tengah membawa Belanda mara ke perlawanan akhir buat pertama kali dalam tempoh 32 tahun.Pemain Harapan
-----------------
Thomas Muller (Jerman)
-Pemain Bayern Munich berusia 21 tahun ini turut menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan.Ketiadaan beliau pada perlawanan separuh akhir menentang Sepanyol akibat pengantungan perlawanan agak memberi kesan kepada skuad Jerman.
Sarung Tangan Emas
-----------------------
Iker Casillas (Sepanyol)
-Kapten Sepanyol ini cuma melepaskan dua gol sepanjang kejohanan; semuanya di peringkat kumpulan termasuk semasa tewas 0-1 kepada Switzerland.Beliau juga beraksi cemerlang terutamanya menafikan dua percubaan bahaya Arjen Robben dalam perlawanan akhir.

